Hai kawan-kawan,
Anak-anak aku beritahu yang mereka tak boleh lagi menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL untuk ke sekolah pergi/balik, sebab bas tu sekarang or dalam masa 2 minggu ni nak gunakan sistem kad pengenalan pelajar. Ya ke?
Kad Pelajar tu kena dibuat di Pasar Seni. Kalau jalan kaki dari rumah kami di kawasan ulu uluuu uluuuuuu selangor ni, tak tahulah berapa jam nak sampai.
Tidak ada disediakan perkhidmatan buat kad pengenalan bas rapid kl untuk para pelajar di daerah masing-masing yang berkenaan. Betul ke?
Dan kelak kalau tanpa kad pengenalan tu, TAK BOLEH NAIK BAS rapid kl. Wah... dahsyatnya undang-undang baru ni..... Kenapa dengan bayaran 50 sen pergi dan balik tu? Tara untung ka? Kalau macam tu, susah sangat, dengan gaji pekerja, dengan maintenance bas, dengan kenaikan harga minyak di bawah pemerintahan... err..... Well. naikkanlah tambang kepada RM1.00 satu perjalanan. Itu lebih baik dari WAJIB BUAT kad pengenalan pelajar, dan kena dibuat di Pasar Seni, dan aku laki bini bekerja, dan anak aku nak pergi buat dengan sapa? Dan sapa nak jaga anak aku kalau mereka ke KL sendirian untuk buat kad pengenalan pelajar....
..
..
supaya mereka boleh guna bas rapid kl untuk pergi balik sekolah yang jarak perjalanan lebihkurang 30 minit berbas.
!!!
Bukan semua orang mampu sediakan supir dan mobil untuk uruskan hal persekolahan anak.
p/s: i am not laughing, if you may find this posting amusing....
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.