Tuesday, November 30, 2010
Me and the Banks 2
Kisah Me-and-the-Banks menceritakan tentang bank dapat cek pembayaran via epf money untuk housing loan a customer, which is, me. Dimana bank senyap saja dan tidak pun call customer untuk melakukan semakan, iyalah, manalah tahu, kot-kot customer (which is, me) nak tolak kat pokok sikit, akar sikit, daun sikit, postage pun makan 50.00, duit telefon pun 10.00 kot, so, i really appreciate it if bank can call me upon receiving money doesnt matter if it's my husband's epf money ataupun your husband's epf money, OOPS! maaf kak, maaf.
Ini tentang kereta nasional yang masih ada loan lagi 15000 to settle (lebihkurang). Kita ada tunggakan lama 1 bulan, dan bila masuk bulan november (this month) kita lewat sebab gaji kita bukan 20 haribulan, tapi adalah dibayar pada hujung bulan. Bank pun call, 2 kali dah called. Bank juga hantar surat, satu postage entah berapa puluh ringgit dah kena cas, kan. Satu panggilan telefon pun mahal juga, macam dari rombau nak call ke rusia lebihkurang chargesnya tu.
Surat dan call tu mengingatkan customer untuk jangan culas dalam membuat pembayaran.
Kesimpulannya, bank akan call call customer masa nak duit, bank tak call customer masa dapat duit unless jumlah yAnG BESarrrr PUNYER seperti 8 juta, 8 bilion and etc.
My feeling: feelingless, tak tahu nak cakap apa, depa betoi sajalah, yang salah tu semua aku, yang jahat tu aku yang tak reti tu aku, bbluuweeekkkks
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Me and the Banks
Keluarkan duit epf hubby tahun ini baru-baru ini sebab akaun 2 aku memang dah habis langsung dah, baru nak bermula semula sebab all these whiles memang cuma keluarkan duit epf aku saja. Memang asal niat tak mahu usik duit hubby sebab konon nak enjoy masa dia bersara nanti. So, epf janji akan keluarkan cek dalam masa 3 minggu dan aku boleh call bank on and off untuk check. Aku called bank pada minggu ke-3 dan bank kata tak ada terima cek.
- 2 hari kemudian, aku called lagi, dan jawapan yang sama, belum terima cek.
- 2 hari selepas itu pula aku terima surat reminder dari bank kata sudah tertunggak November 2010 1 bulan housing loan, juga ada surat dari epf kata duit hubby dah dikeluarkan dan cek berjumlah 8k+ dah dipost ke bank directly.
- the next day immediately called bank dan bank kata dah bank-in cek dan dah proses as future instalment. Aku kata aku biasanya bahagi dua jumlah cek iaitu tolak pokok separuh dan future instalment separuh, masalahnya kali ni, epf terus post ke bank, jadi aku tak dapat monitor teknik pembayaran.
- bank kata kena keluarkan surat.
- bank kata normally mereka akan call customer andainya jumlah yang tertulis di cek adalah JUMLAH YANG BeSAr.
kesimpulannya: kalau setakat 8K+, jangan harap bank akan call customer untuk double check sebab besar apa barang lapan ribu? orang lain bayar rumah dia adalah 8 ribu sebulan tau? dan aku punya lapan ribu itu (duit epf laki aku), boleh cover instalment untuk lebih lebih lagii dari kebiasaan, so duduk diam-diam sudahlah...
Ralat:
1) kebiasaannya aku memang tolak sikit dari duit epf ke bahagian pokok - tak dapat buat sebab cek terus dihantar ke bank
2) loan amount adalah 71000 pada 4, 5 atau 6 tahun yang lalu bermula dari upacara pecah tanah, dan jumlah sekarang adalah 69000, cuma 2 ribu sahaja berkurangan after many-many-many payments!!?
3) walaupun amount atas cek cuma 8 ribu +, tolonglah call customer untuk semakan. Aku tahu aku tak boleh makan duit epf aku sampailah aku umur 50 tahun or 55 tahun or mati whichever comes first, aku cuma nak uruskan bab pembayaran portion portion untuk housing loan jer, bukan nak pergi makan ikan bakar kat muara pun....
4) regulations ni bertukar suka-suka hati, ek? now my instalment adalah banyaakkkkkkk tau, aku boleh rehat dari fikir loan rumah sehingga 2012. sekarang ni tahun berapa? katanya epf instalment untuk dibuat selama berapa bulan? aku suka juga, whateverlah, anyhow, DUit tu pergi kat rumah juga. Aku cuma pelik bab regulation mereka, sekejap gitu sekejap gini.
p/s: paksu chot kata di tahun 2012 tak yah fikir rumah dah, kiamat.... bak kata cerita omputeh
a'ah..... iyalah kan.....
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Wedding photographer
Semoga bisnes anda pula sentiasa sukses dan berkembang maju.
Untuk menghargai pelanggan pertama, saya dengan suka hati nak buat promo, anda boleh cari dia di facebook.com/akieekoakiee [Akie: 0123401804]. Dia boleh mengambil gambar wedding, bertunang, school's events, anniversary dll. Tanyalah apa saja dengannya.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Monday, November 29, 2010
Hendakku merintih kepada Allah
Aku memang rasa terseksa di tempat cari makan ni, aku tak kisah cari kerja lain yang memerlukan qualification yang lebih rendah asalkan dapat gerak pergi, keperluan tangga gaji pun aku sangat-sangat tak kisah tapi janganlah kau bayar aku RM700 sebulan (nak beli pad pun tak lepas, mouse pad lah, bukan apa pun) tapi tak dapat, sehingga hari ini aku dah terima TUJUHHH jawapan rejek beralasankan dah dapat orang yang lebih sesuai dengan pekerjaan dan dengan qualification yang sesuai, sedangkan aku adalah overly qualified, however they thank my interest in the company
(mungkin juga mereka nak cakap yang aku dah tuwa tapi mereka segan kot, aku dah 41 tahun, entah siapa yang sudi.......TAPI, kalau aku ni pelakun filem lucah umur 81 tahun baru nak bersara, sohih tentu mereka terima aku kerja sebagai apa-apa pun kan, tak pakai tudung, pakai skirt, high heels 5 inci, beg tangan kaler merah, lipstik kaler shocking pink, CILLAKKKAAA).
Dah tu, baru sebentar tadi aku kena marah via email dengan nada kegeraman yang amat sangat (ingin aku gunakan perkataan MAHA untuk melambangkan besarnya marah makhluk itu, tapi dia itu siapa di sisi Allah sedangkan kita tak sembah tuhan yang sama puuunnn).
Ceritanya begini:
1. 'tali leher' kata nak cuti, aku ambil inisiatif tanya, 'you nak i applykan cuti u tak?'
2. 'tali leher kata, 'nak, mekasih, applykan pada tarikh2 ini ini itu itu itu ini itu'
3. 'tali leher' kata, cancel cuti no 3 dan 4 sebab tali leher kena pergi overseas atas urusan kerja
4. aku pun applykan cuti untuk dia, no 1, 2, 5, 6, 7
5. aku juga apply cuti untuk aku, aku kan banyak cuti, maklumlah, aku ni orang spesis tak cuti, sebab tak ada uwang nak gerak sana sini, daripada dok umah melongo, baiklah aku datang kerja, tarikh aku bercuti adalah tarikh 'tali leher' kena pergi overseas. tukang approve cuti aku adalah si 'tali leher' itulah.
6. dapat emel tulis, 'kenapa awak apply cuti saya pada hari saya kena pergi overseas?? kan saya dah beritahu jangan jangan jangan!!!'
7. jawapan aku: 'tali leher', cuti itu adalah untuk saya, saya nak ambil cuti, nak habiskan cuti tahunan, tarikh cuti itu adalah bersamaan dengan tarikh anak saya pereksa SPM dan tarikh dia dan kawan-kawan dia bercadang nak outing. tarikh saya applykan cuti 'tali leher' adalah pada tarikh seperti diarahkan iaitu 1 2 5 6 dan 7. Tidakpun apply untuk 3 dan 4.
Hendakku merintih kepada Allah, siapakah lagi yang boleh memahami situasi aku? Aku hendak berambus dari tempat yang aku TIDAK DIHARGAI ini... !!! aku bukan baghal yang hendak kau herdik selalu
"Bismillahir_rahmanirrahim: Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu maka tidak ada yang dapat menolak kurniaan-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Yunus: Ayat 107).
Walaupun sudah aku terangkan, tidak pun 'tali leher' memohon maaf -> 'sori', 'sowi', 'alamak! i tersalah baca', 'sorilah, i tertekan sangat pagi ni', 'oohh, i tersilap pandang', 'my mistake', 'pardon me', 'i am wrong', 'aiyoyo apa i sudah buat kat u?' dan sebagainya.
TAK ADA PUN! NON ADO!
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Jangan salah-sangka
Saya masih orang yang sama, yang selalu tak ada modal nak memulakan bicara tapi kerap tersengih kerana nak cover bab kekurangan idea tu.
Tidak perlu cakap, "oh dia dah lain, dia popular". Itu adalah sangat salah.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Sunday, November 28, 2010
Saya telah diupah
Aku dah selesai projek membuatkan 2 sales blogs untuk member, of course aku tak type coding sebab aku bukan orang IT pun, aku buat seach here and there untuk cari template, background yang sesuai selama beberapa
Beri dia tengok dan see her comments, tak sesuai ngan citarasanya maka ditukar lagi, dan so on, sehinggalah dia kata ok boleh go to the next steps, begitulah seterusnya sehingga dapat seperti yang di bawah ini.
Macam ni, berbackground biru - adalah untuknya meletakkan kain-kain cotton yang menjadi passionnya sekarang, dan juga kelak akan jual pelbagai items lagi menurutnya. Linknya di sini VIPCOTTON.
Anak panah menunjukkan free font yang aku guna di header tapi tak keluar kat semua pc, sedihnyer..... header cuma tunjukkan 2nd type of font, sebab tak semua pc support true type font berkenaan hu hu hu, penat bersengkang mata mencari font yang bersesuaian ngan konsep.
Seterusnya ada kartun dan hijau lembut adalah untuk jual rugged outfit for kids JEANS FOR KIDS. Proses yang sama juga berlaku.
Selepas dah suka, aku tukar nama owner, tukar alamat emel dan handover kepadanya, dan aku jadi administrator saja, dan sekarang dah boleh tarik diri dan dia boleh meneruskan projek jualannya :D, selamat berjaya!
Terimakasih atas kepercayaan. Bagi orang seperti aku yang ada limited resources, tak ada photoshop ni, aku terpaksa gunakan apa saja software yang ada, luckily sekarang banyak free templates, free backgrounds boleh digunapakai. Cuma itu sajalah kemampuan aku. Tapi aku akan cuba sebaik mungkin mencari-cari design yang berkenan di hati client, eh wah.
Overall, i am beginning to love this task. Sebab leh dapat extra income jugalah ni... ;)
~ cemana? nak contact ker i? hi hi hi
: kita ni memang dah lama, tapi reality is -> masih ada yang baru, baru nak mula, baru nak bertapak, baru nak melangkah :
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.Friday, November 26, 2010
SOHO
Okey, sambung cerita;
Sesekali kena tunggu hubby, aku bersidai di pondok sekuriti, sekuritinya adalah mat bangla. Selalu panggil aku "kaka, kaka, kaka" (tiba-tiba aku terasa macam professional footballer pula).
Setiap kali singgah di situ aku hairan, akhirnya aku bertanya pada hubby, 'mat bangla ni rumahnya di mana?' Paksu chot kata inilah rumahnya inilah pejabatnya (pejabat tau, bukan pondok sekuriti).
Sekali pandang, memang agak lengkap untuk sekadar dipanggil pondok sekuriti, gambar-gambar yang tertera di bawah membuktikannya. Ada kapas korek telinga, sikat, gunting, log books, pinggan, beras, periuk nasi, tilam, bantal, kerusi typist, sofa pvc, kipas meja, peti tv, poster footballer, baju yang disangkut dihanger dengan kemas; pemain cakera padat pun ada tau.
Aku bertanya, 'bini tak ada?'. "Bini tak adalah kaka, saya satu orang saja sini".
"Kat kampung tak ada bini?"
"Takkan mahu tunggu, saya sini banyak lama, kasi lepas sajalah kaka".
"Tak rindu kampung?"
"Mesti rindu juga, tapi saya sudah sayang sama ini Malaysialah kaka, itu Bangladesh kampung halaman, ma ada, ayah ada, abang ada, kalau hati ada ingat, boleh kol".
"Dah berapa lama duduk sini?" (aku ni tiba-tiba ada banyak soalan pula, layanzz)
"Sudah 10 tahun kaka, kawan pun sudah ramai sini"
"Awek ada?"
Bangla tersenyum-senyum, "Tak adalah kaka".
C
(jangan terkejut, saya tengah pujuk diri sendiri agar lebihkan taruh cili kat dalam diet harian, hahaha....)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Hanya Mampu Kasihan
Jiran yang baik di rumah ni sakit, kena penyakit yang macam brain tumor tu. Cakap pun macam blurry, ingatan kabur, pergerakan sukar. Kakak tu dah tak dapat nak meniaga di gerai di tepi jalan tu. Kasihan, tak tahu nak cakap apa, dia tu rajin bersedekah.
Seorang lagi jiran pula mengadu badan lemah, sakit kepala dll. Seorang lagi peniaga yang lain, yang menjual ayam madu mengadu yang resepinya hancus biarpun itulah cara masakannya sejak mula meniaga.
Dengar khabarnya ada seorang peniaga tu menggunakan kaedah black magis supaya orang lain tak dapat meniaga ataupun supaya pembeli tidak tertarik/tidak nampak gerai-gerai yang lain melainkan HaNYa NamPaK kedainya sahaja. Tak baiklah buat kat orang macam tu.
Percayalah bahawa REZEKI DI TANGAN TUHAN, bukan di kehebatan magis penunggu, makhluk halus dari zuriat syaitan iblis jin tu.... nauzubillahi min zalik.
Aku berlindung dengan Allah, dari syaitan yang direjam.
Kasihan kepada jiran-jiran di rumah ni yang kepayahan dalam mencari rezeki.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Thursday, November 25, 2010
Status hari ini
- mengikuti diet yang 'betul' iaitu makan nasi 3 kali sehari dengan ayam goreng rendang daging lalala ;p
- jarang-jarang minum sebab malas nak pergi terkucil, di tempat cari makan ni toiletnya adalah jauh skit (doktor marah, kurang liquid dalam badan boleh menjadikan jantung anda lemah)
BERITA GEMBIRA
- rasa badan ringan
- tapi masih ada sikit kesan bengkak di tumit, doktor kata kalau tak jaga boleh kena gout
- pinggang seluar dan kain sudah mula longgar
- lengan baju terasa gedobos-gedobos (longgar)
TAPI,
kenapa lengan aku masih belum berketul-ketul ni?
SETERUSNYA belum lagi masa nak dapatkan baju bersaiz sedikit kecil, sebab aku ni jenis yoyo. Harapnya semua berjalan lancar, kena kuruskan badan sebelum field work. PERCAYAKAH?
Sebelum pergi ambil gambar orang kahwin, kenalah kuruskan badan, takut nanti kena baling kerusi oleh tetamu sebab FOTOgrafer adalah blocking, waakakaka (giler berangan, harap-harapnya termakbullah, amiinnnnnn)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Peribahasa
di tempat yang banyak gula
di manakah kumbang bernyanyi?
di pohon yang banyak bunga
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Wednesday, November 24, 2010
Cantik!!
pemenang entri terunik untuk contest
I LOVE ICT yang dianjurkan baru-baru ini. Wow! Nak tahu? Mak su baru bercadang nak mendapatkan tudung warna hijau. Dan nampaknya tudung biru bercorak tu pun tak kurang menariknya.
Thank you Enna!
Buat Sang Pelukis-Pelukis
3 & 4 Februari 2011 (Cuti CNY)
Bermula 9am hingga 5pm
Yuran: RM400
Subjek:
. buat kon
. lukis garisan
. mencampurkan inai
. design-design
. teknik2 yang patut diketahui sebelum dan selepas melukis
. dan tips untuk membuatkan usia lukisan longer.
Advance
5 & 6 Februari 2011 (Sabtu, Ahad)
Jam 9am hingga 6pm
Yuran: RM500
Subjek:
Syllabus merangumi design yang lebih sukar yang sesuai untuk majlis tunang, kahwin. Menunjuk-ajar teknik-teknik yang betul untuk melukis dan menyambungkan antara garisan-garisan.
Maklumat am: upah untuk seorang pelukis Mehandi adalah dari RM0 hinggalah ke RM250.
maklumat sangat am: RM0 tu kalau saya atau baby w yang lukis di tangan awak, kita pakar melukis orang lidi juga alien dogol, tiada kompromi ;pBoleh atau tak boleh kita ni lukis inai kat tangan? aku adalah keliru okeh.....
Saya membuat carian google dan menemui:
Inai di tangan efatwa dot gov,
Inai di tangan 1,
Inai di tangan 2,
hadis tentang inai di tangan, Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadis riwayat Abu Dawud).
(Iklan ini adalah percuma untuk member itew).
Kepada yang berminat, sila emel kepada ceritakosong@gmail.com.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Nak merancang berdasarkan jadualwaktu
Cuti aku ni kalau tak digunakan akan jadi abu. Cuti ada lagi 8 hari atau 7 hari kot. Hhhmm, 7 hari ni, sebab baru ambil EL minggu lepas sehari.
Kakak kata semalam dah selesai kertas BM dan Seni Visual.
Hari ini adalah BI.
Esok adalah Sejarah.
Isnin minggu depanlah kertas matematik, dan juga ada ICT.
Pendidikan Islam pula pada 30 november.
Lepas tu rehat, 2 disember ada sains.
Lepas tu tunggu 8 disember pula, ada kertas perdagangan, dan
9 disember ada sastera Inggeris (wow? macam Macbeth, Shakespeare, Van Gogh)
Ujung-ujung 13 disember ada seni halus. Aik? 2 kali. Oh, yang semalam tu seni teori.
Dan geografi 14 disember? Favorite aku, lambatnya ek.
Finally, 15 disember, eh! Geografi lagi? Jawab a, b, c pula....... ooOhh......
Makanya kalau aku nak cuti, eloklah kalau aku ambil cuti time di tarikh dia periksa ni, kan? Bak kata orang dalam posting yang ini
dalam posting yang ini, aku nak bercuti pun sebab nak rehatkan badan dan coolkan minda saja, bukan nak pergi berjalan pun, memang aku akui, kami ni tahun ni sangat-sangat inflasi. Itulah sebabnya orang tak suka, mengabihkan boreh dorang saja.... :(
oh well, this is it. Selamat Berjaya buat semua pelajar yang menduduki spm tahun ini.
It's my life
It's now or never
i ain't gonna leave forever
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Tuesday, November 23, 2010
Workout Lawan Workstation
Kalau boleh pilih, nak pilih jadi workstation jer, best, ada orang gosok-gosok lap-lap kasi cantik, ada orang letak bunga, hias-hias, ada orang letak gambar dekorasi, kan, kan? ?
Bila workout, mula-mula start adalah keluar peluh di ujung-ujung sesi, selepas sehari dua ikuti program, keluar peluh mencurah-curah hingga basah tengkuk, kemudian-kemudiannya keluar peluh tengik aku sendiri tak tahan nak bau, tentu badan aku banyak toksik ni! sohih! Peluh keluar mencurah-curah sampai lencun habis, rambut, tengkuk, belakang, semua habis basah.
Bezanya badan dah mula rasa ringan sikit, firm gitu, ahaks.
Kalau workstation... ? ke sana ke sini kena tunggu you all angkatkan, oops!
p/s: Thanks to cheqna, sudi follow blog maksu ni :D
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Tetamu datang bawa rezeki
Terimakasihlah. Dulu engkau tak berduit juga, time-time anak-anak engkau masih cemet-memet kecil dan bersekolah, masa tu aku baru-baru berkahwin. Datang ke rumah engkau pun hidangan yang simple saja engkau hidangkan, sup mee segera, sambal sardin - aku tak kisah, aku tak pernah bawa mulut pun, aku layan, aku makan, aku kenyang.
Sekarang kau dah maju, anak-anak dah besar dah bekerja, dapat beri elaun bulanan pula. Menantu pun hebat-hebat, kacak-kacak bergaya berada.
Tak apa, sekarang baru kau nampaklah maknanya yang aku ni susah, habis tu dulu aku kayakah? Tak jugakan, macam ini sajalah aku. Tambah lagi sekarang ni, aku ada anak bersekolah menengah, dan juga ada anak kecil. Memang aku mengaku, aku dalam keadaan perit sekarang ini, tapi bila kau tolak tetamu yang biasa tidak berkira dengan engkau, maknanya engkau tak suka kepada ketentuan yang kata tetamu datang bawa rezeki ???
Aku ni bukan nak menumpang apa pun ataupun aku nak buka akaun PA&MA dengan engkau, aku sekeluarga cuma menziarah biasa-biasa saja sekali-sekala dan nak tumpang gembira juga tumpang seronok dengan perkembangan hidup engkau tu.....
kenapa? engkau takut kat kamikah? takut kami asyik hulur salam garu-garu tapak tangan, janganlah anggap kami ni pengemis...
Thanks ya aliaroslan, atas kesudian folo blog ini :D
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Out of nothing at all
Kesedihan ini membawa encik kenangan kembali ke zaman retro, ketika lagu ini hebat diperdengarkan di ruangan udara, entah kenapa, mungkin kerana iramanya yang lembut dan tinggi penuh perasaan dilagukan oleh Air Supply membuatkan fikiran aku melayang. Di sini aku kongsikan sedikit liriknya :
I know just how to whisper
And I know just how to cry
I know just where to find the answers
And I know just how to lie
I know just how to fake it
And I know just how to scheme
I know just when to face the truth
And then I know just when to dream
And I know just where to touch you
I know just what to prove
I know when to pull you closer
And I know when to let you loose
And I know the night is fading
And I know the time’s gonna fly
And I’m never gonna tell you everything I gotta tell you
But I know I gotta give it a try
And I know the roads to riches
And I know the ways to fame
I know all the rules and then I know how to break ‘em
And I always know the name of the game
But I don’t know how to leave you
And I’ll never let you fall
And I don’t know how you do it
Making love out nothing at all
(Making love) out of nothing at all
(Making love) out of nothing at all
(Making love)Out of nothing at all
(Making love) out of nothing at all
(Making love) out of nothing at all
(Making love) out of nothing at all
Every time I see you all the rays of the sun are all
Streaming through the waves in your hair
And every star in the sky is taking aim at your eyes
Like a spotlight
Terimakasih Ifah, sebab sudi follow blog ini, yang kadangkalanya bercerita, kadangkalanya bersedih, anyway, have fun! :)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Monday, November 22, 2010
Ramainya
Tapi ilmu yang didapat sangat bernilai :)
Thank you tenaga pengajar dan crew.
Pengalaman berbroadband di rumah
Pada mulanya ambil pakej yang paling murah tapi sangat mengecewakan, sekarang dah upgrade ke home package yang paling mahal. So:-
10pm ke atas, ok selepas 1am.
Selepas 1am ok hinggalah ke 8am.
Ok selepas jam 12pm hinggalah ke 4pm lebihkurang.
Mampu buka setakat 2 IE sahaja. Mozila mampu buka takat 2 pages saja. Lebih maka jadi berat.
Boleh disekalikan dengan buka word atau paint atau kalau dah bosan sangat dengan kelembapannya, buka game juga (aku jenis tak sabar kot).
Setiap 1 page internet memerlukan loading paling sekejap adalah within 1 minit hinggalah ke paling lama 30 min ke atas, kebiasaannya kena reload, sampai naik jemu menunggu.
1 minit loading tu biasanya adalah penggunaan di awal pagi sebelum subuh.
Tidak ada kekuatan untuk berblog hopping.
FB adalah sesuai dilayari di waktu malam sahaja, di waktu siang adalah sangat frustrating.
Itulah sebabnya aku selalu online lewat malam ataupun awal-awal pagi dan tidakpun berblog hopping tika di rumah.
Apa aku buat? Kerja aku adalah belajar coding html, self teach dan kadang2 paksa orang lain teach aku sampai kerja dorang sendiri adalah terbengkalai (i think)
ha ha ha (gelak evil-lish)
Aku dah berjaya siapkan 2 sales blog untuk seorang rakan yang menghire aku sebagai pembuat sales blognya. Nanti selepas dia puas hati, aku akan berkongsikan addressnya.
ciao.......
p/s: terima kasih Jemari Seni, sudi mengfollow blog ini :D
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Luckily it's only a virtual mall
Masalahnya saya mempunyai taste yang pelik, saya suka elegant tapi selepas dilihat pada samplenya, saya tak suka.
Saya suka girly, tapi selepas ditengok, saya tak suka untuk merealisasikan sebab ia too girly.
Saya suka minimalist tapi konsepnya mungkin tak sesuai pula.
Saya suka cute, tapi seleps dicuba, saya masih tak berpuas hati.
Dan hari ini, rasa-rasanya saya dah pun berpuas hati dengan design ini, Mall yang kelihatan ala-ala sweet.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Sunday, November 21, 2010
Bertanding dengan Burung
Anyway, aku nasihatkan dia, kalau nak cari kerja, kenalah BERTANDING DENGAN BURUNG. Dia tak faham kenapa kena bertanding dengan burung ??
Iyalah kan, kan ada peribahasa cakap 'burung yang keluar awal akan dapat cacing lebih cepat dari yang lain'. Tapi adakah patut, dia kata, "Tapi Mak, kakngah bukan nak cari cacing, kakngah nak cari kerja".
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Friday, November 19, 2010
Babywear Mei Tai
Sekarang saya nak mengutarakan Mei Tai sebagai produk pemula bagi My Special Mall.


Haaaaaa.... tengok tu, puan-puan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang (oops!), betapa gembiranya mom dan baby di atas tu, berbonding dengan bantuan Mei Tai.
Saya pasti anda tentu sukakan ini kerana ia datang dalam pelbagai corak, warna dan apa yang penting, bukan sebagaimana di tahun 1990an dulu, semuanya terhad.
Bagi yang baru nak mengenali Mei Tai, ia adalah satu alat mengendong bayi (baby wear) yang diadaptasi dari China yang mana dengan Mei Tai ini dapat menampung berat bayi hingga 10kg lebih. Dan yang paling utama adalah ia boleh digunakan seawal bayi anda berusia 2 bulan!
Anda boleh mengendong bayi anda secara Front Carry, Back Carry mahupun Hip Carry di mana jika anda ingin mengendong bayi anda secara Back Carry; anda hendaklah pastikan bayi anda sudah tegap dan dapat mengimbangi kepala dan badan mereka dengan sendiri iaitu lebihkurang 8 bulan ke atas.
Berminat? Sila emel ke ceritakosong@gmail.com ataupun boleh tinggalkan emel anda di blog ini ataupun di blog 'mall' supaya saya dapat contact anda.
Okey, seterusnya, mari melawat ke My Special Mall untuk melihat gambar-gambar yang disediakan.
Reselling of the products is with the approval from Puan Shais.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Tentu awak pun sama
Aku rasa itulah juga yang akan anda rasa, jikalau anda terlihat satu figura berupa makhluk perempuan di rembang senja, selepas azan maghrib berkumandang, rambut hitam hingga ke paras pinggang, berpakaian putih, di tepi semak-samun sambil berdiri tegak.
Ketika itu, aku sedang memboncengi motosikal dengan hubbyku, tiba-tiba aku terlihatkan 1 figura seperti yang tersebut di atas. Aku ingatkan perempuan merajuk mana pulak ni duduk sms di bawah pokok di tepi belukar di waktu senjakala selepas azan maghrib.
Selepas beberapa detik, aku terfikir, ini orangkah apakah?
. . . . .
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Thursday, November 18, 2010
Tidak rasa seronok pun....
Sudah terima gifts dari makdara TERdiva
TQ mdt! :D
Gambar diambil dari sudut lain, almaklumlah, orang tengah giler mengambil gambar, hahaha (ada tisu keronyok dan cermin di sana, nampak tak?), oops! syarat ambil gambar adalah kena clearkan sekitaran... hu hu hu
Ada GA kabolah lagi.
Wednesday, November 17, 2010
Terima award interesting blog
KELLA yang sudi memberikan award 'Interesting Blog' ni kepada maksu. Ini merupakan pemangkin semangat agar maksu akan lebih berusaha untuk menambah interest kepada blog ini dari sehari ke sehari, insyallah. moga-moga idea dan masa jadi rakan baik kelak.
Dan maksu percaya, semua followers yang ada di sini, Geng tak kosong, semuanya mempunyai blog-blog yang sangat-sangat interesting, terimalah, sudikanlah, untuk anda juga :D
p/s: raya anda happening tak?
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Mengantuk kenalah berehat
Isterinya yang memang tidak boleh membuka mata hanya mengiyakan dalam kantuk yang dalam.
Dari jauh kelihatan berbalam-balam pondok tol bersusun-susun. Rosman bergegas mencepatkan kelajuan kereta kerana sudah tidak sanggup menahan kantuk.
Sebaik sampai di petak, dia menarik hand brake dan secara otomatis, matanya terus terlelap tanpa dapat dikawal-kawal lagi.
Tak lama kemudian romzi dan isterinya terkejut bangun, kedengaran bunyi hon kereta bersorak-sorai seolah-olah ada keramaian, dan ada suatu ketukan di tingkap cermin kereta, “Bang, bang, bang, kak, oo kak, cepatlah bayar duit tol ni, sini bukan tempat tidur. Kalau nak tidur pergi sana, tempat rehat dan rawat'.
Dengan mata terpisat-pisat, Romzi dan isterinya cepat-cepat mengangkat tangan memohon maaf dan Romzi bergegas membayar duit tol. “Tak sangka pula”, katanya, “Kita tertidur di depan pondok tol, abang ingatkan kita di tempat meletak kereta tadi”.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Tuesday, November 16, 2010
Tag 25 random
Gadis kampung separa bandar
Tanpa berlengah, ini hasilnya (baca semua tau, jangan tak baca):-
1. sekarang tiada handphone, tiada blackberry atau apa-apapun, back to basic, public phone ;p
2. boleh bawa kereta tapi tak suka bawa kereta
3. ada 4 anak perempuan
4. anak bongsu dari 12 adik-beradik
5. lahir di tengah malam pada 19 haribulan sepuluh.
6. semalam adalah anniversary perkahwinan saya dengan paksu chot, 18 tahun
7. metabolisma aku dah lemau, badan tersangat mudah & suka menyimpan lemak sekarang ni.
8. dulu suka tengok cerita hindi, sekarang suka tengok cerita tamil
9. kalau nak tengok tivi kena pujuk baby w dulu sebab dia nak tengok kartunnnn ajer
10. tak pandai berbasikal, gayat
11. semulajadi adalah tak suka bercakap, tapi bukan juga pendiam sesangat
12. kalau orang benci, saya tak mahu jual muka
13. tidak berleter, jangan haraplah saya akan enjoy dengar orang berleter/membebel
14. pekerja makan gaji, tapi tak pernah mencintai kerja apatah lagi sekarang ni
15. tidak pandai ambil hati orang atasan itu sebablah tiada siapa mahu rekomen gaji atau bonus yang kencang untuk aku
16. selalu jadi perhatian orang, entah kenapa.... aku pun tak tahu, mungkin sebab mereka gelihati tengok badan aku yang manthop... oops!
17. anak bongsu tapi tak manja
18. ingin nak manja tapi tak reti
19. dengan husband aku taklah romantik tapi gedik, oops!
20. tidak ada mekap kit kerana tidak bermekap pun
21. nak beli kamera dlsr
22. nak cari software yang sesuai dengan kamera dlsr
23. dingin, mungkin banyak kecewakan hati orang dolu-dolu, rasa ralat sesangat
24. suka lagu-lagu rock, ketuhanan, balada
25. suka bila dapat tulis blog
Selesai , puas nak memikirkan :), thanks buat Gadis kg separa bandar sebab sudi mengenakan tag.
Tidak mahu tag sesiapa.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, MAAF ZAHIR DAN BATIN - BUAT SEMUA PEMBACA BLOG INI.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Percaturan kehidupan
aku selalu kalah
samada aku dikalahkan
ataupun aku mengalah
aku memang tidak tahu banyak teknik permainannya
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Monday, November 15, 2010
Wedding portrait: I learnt basic
Model ada disediakan untuk sesi praktikal.
Gambar-gambar yang dipaparkan adalah gambar model, outdoor.
Oklah, cuma berani kongsikan 3 gambar pengantin saja, hehehe.
Seterusnya, mari bergambar dengan cikgu, sifu, master Ijam...
Cepat-cepat senyum, crew nak ambil gambar.
Lastly, yang selalu menjadi model di sini, dak w :D
Don't touch
Selepas itu aku terfikir, if I am not allowed to touch computer at the dot dot dot place, what can I touch? I have to touch you know, I want to touch! Touch something!
p/s: terimakasih kepada Dhani atas kesudian following blog ini :D
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Sunday, November 14, 2010
Mana butang saya Pah?
Mana?
Mana?
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Friday, November 12, 2010
Tag tentang makanan
blog Herba Tihara. Tihara ni banyak siarkan gambar-gambar tumbuh-tumbuhan yang gorgeous di blognya, bila kena tag makanan, aku macam tak sangka pulak. Terimakasih tihara, ini tanda ingatan ni, maaf lambat ek.
1. Bagi 3 makanan yang kamu paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it:
- nasi goreng kampung, masak pedas-pedas
- rendang hitam negeri sembilan, yang pedas-pedas dan banyak seredaknya
- puding caramel
2. Dua jenis air apa yang paling korang suka?
- teh halia
- air epal, air belimbing besi
3. Which type of food yg korang prefer, pilih 3 saja : Malay, Indian, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian?
- malay
- western
- chinese
4. Apa makanan yg korang paling expert masak? Dalam kata yg lain, takyah tgk resepi tapi at the same time bile org lain rasa, org akan kata "wahhh, gila sedap".
- ayam masak kicap (uuuu, malunya nak tulis ni....)
5. Semahal mana korang pernah bayar untuk makanan korang?
-di bawah RM20.00 [western]
6. Beri nama restoran favourite. Apa makanan kat situ yg paling sedap?
Tak adalah, semua pun suka
7. Ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak-wak, rusa, landak, merpati, ayam denak. Mana satu yg korang suka?Kalau korang ada suka yg lain, tapi tiada dalam list ni, beritahu saja.
- Rendang ayam
8. Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan? Dan makan/minum apa?
- Tak ingat dah pun, agaknya gerai kat area Kotaraya, tempat dating dolu-dolu, hahaha, tak ingat makan apa. Malu-malulah katakan, aaauuwww
9. Apa makanan yg selalu remind korang terhadap pasangan korang?Kenapa?
- nasi goreng USA, sup ekor [favorite paksu chot]
10. Kalau pegi rumah orang, korang selalu berharap orang tu hidang apa?
- cakes, cookies, caramel
11. Makanan yg korang mmg tak buleh nak telan langsung. Samada tak sedap atau tekak korang dah kembang.
- kuah asam belacan untuk ikan bakar, memang tak boleh nak terima. Biar saya cicah kicap cili bawang aje ler.
12. Menu raya paling disukai.
nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang, kuih cornflakes, kuih biskut kacang
13. Jajan favourite?
- mamee
14. Beri dua makanan yg mak korang masak yang korang suka?
- pindang pucuk ubi garing-garing
- ikan bilis garing pedas
15. Makanan paling pedas korang makan? Sapa masak?
rendang ayam style nogori, kakak ipar yang buat, walaupun hidung berair-air, aku tetap belasah sebab dah suka
16.Korang kalau jumpe orang yg tag korang ni, apa agaknya korang nak hidang/belanja
cheese cake
17. Sile tag 5 orang dan paksa mereka buat tag ini.
tak apalah, tak tag sesiapa :D
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Ku doakan engkau jadi jurugambar pro dan sukses
Aku doakan sukses untuknya sebagai pro photographer (kalau ada usahanya ke arah itu). Nanti boleh kita berganding bahu buat projek wedding photograph, nanti mak belanjalah engkau ayam penyek ya kakngah.. alah, dengan mak sendiri janganlah pow lebey-lebey ya...orait? orait tak ?
Kakngah seronok dapat pegang dslr yang canggih!
pokok ini ada talipinggang merah... awak ada ker?
teruja melihat view
Thanks to anip harun, sebab sudi follow blog ni :D
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Thursday, November 11, 2010
Teruja melihat homemade chocolate
zafiranabilah.
Thanks so much nabilah :D
Rasa seronok sangat, bagaikan sesuatu sedang beralih arah.
Buat pengetahuan semua, secara amnya, dengan sedih aku nak beritahu bahawa aku terasakan yang luck aku di tahun 2010 ni agak terumbang-ambing. Dengan beberapa giveaways ini, aku harap ia dapat memberikan aku semangat juang yang baru, pantang maut sebelum ajal! (dengan perginya (kematian) kakak yang paling rapat dengan aku, dengan luck di tempat kerja yang tak tentu hala, dengan cabaran-cabaran di rumah, dengan menjauhnya orang yang biasa berada dekat dan erat , dan lain-lain lagi, aku betul-betul rasa sangat down dan ingin pergi kepada arwah mak bapak aku - ingin saja aku mengaku kalah dan menerima
Thanks again to
nabilah. Maksu memang suka homemade coklat :D
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Menang Entri Terunik (ICT)
Enna Banana.
Kalau nak lihat entri itu, klik di sini.
Bersyukur kerana entri itu terpilih dalam pemilihan terakhir yang dilakukan oleh heroes enna, seterusnya dinobatkan sebagai entri terunik.
p/s: seronok tak terkira ni, ini kali ke2 terpilih sebagai penerima giveaway selepas yang terbaru hari tu dari makdara Terdiva.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Sakit-sakit
Aku bukan tak sihat nak katakanlah, tapi dah seasonlah bang.... anyway, aku akur dan ikut turut tangga dari tempat cari makan di tingkat 20! Masa turun tangga tu sakit lutut, gris dah kurang gamaknya.
Tapi bangun-bangun ni, sakit betis pula!! Nak mintalah ihsan sesiapa tolong urutkan ya... lainkali tak buat dah, aku nak buat excuse, "Bang, saya ni perempuan dalam pantang, tak boleh turun tangga naik tangga, takut 'bintan'!"
* gambar akan diupload later
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Tuesday, November 9, 2010
Percaya
But what they don't know is, i am the one who really needs the encouragement, when i have received like almost none nowadays.
And what they don't know is, i am the one who fears the failure;
And what they don't really know is, i am the one who needs to believe. To believe.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Ketagihan (2)
(itu gambar lama, masa eksplorasi gua di Gunung Senyum)
Aku tak akan overshadow mempelai, dijamin halal! oops!
Okey ya, remember me, when you need someone to klik klik, please do look for me. I datang dengan lenggang-kangkung ;p
Aku dah cakap dengan paksu chot, aku siap lompat-lompat bintang dan buat shuffel, abangg... belikanlah untuk ayang anje stroberi cupcake blueberry muffin sebuah kamera yang gedabak tu. Dia kata ok, 'tunggu duit epf'. Sukanya!!!
Aku dok tunggu sampai menggigil lutut dah ni (lambatnya lagi.. huhuhu). Kelak time aku dah nak masuk ke pasaran nak bersaing ngan kameraman lain, aku dah easily can ask pengantin to tersenyum, coz gigi dah tak ada, muka happy dan ceria jer, auuwww... pengantin akan tersenyum happily ever after.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Kerenah
Lantai bilik pula dipenuhi dengan helaian-helain rambut yang tak berapa panjang. Angkara siapa ni?
Tak lain tak bukan.....
.
.
.
.
.
.
Bila dimarahi, dia kata, 'tak nak kawan'.
Eh wah...yang engkau tu berkreatif ngan gunting aku tak pa ka? Cubit kang.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Monday, November 8, 2010
Sebuah suasana di dalam sana
Terima kasih buat princeduyong, sudi mengfollow blog ini :D
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Benci Benci Benci
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Dah dapat, Menang
Aku dengan ini nak berkongsi kegembiraan menerima RM10 saguhati dari kakinakl untuk contest gambar Kenangan Raya Open House tu.
Selain dari itu, makdara TERdiva dah umumkan pemenang-pemenang untuk Oktober Pink Giveaway. Inilah pertama kali aku dapat Giveaway, dan terus berada di tempat ke2. Yahuuuu!!! Thanks mdt!
Selain dari itu, keterujaan menggodek laptop last week telah menghadiahkan gores
atuuiii!!
Paksu chot letak kipas kecil di belakang lappy tu, dan aku tak perasan yang kipas tu tak ada cover.. so apa lagi.. kena sagatlah.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Sunday, November 7, 2010
Jawapan adalah maaf
Okeylah, aku berkongsi lagi perkara terkini yang baru terjadi minggu lepas.
Syarikat ni hebat, terdengar saja namanya di tv, radio aku dah kagum! Apatah lagi baru-baru ni banyak banner terpampang mengenai syarikat ini, ia adalah sebuah syarikat yang terkini dan aku ingin nak masuk jadi ahli, tapi jawapan mereka adalah maaf.
"Thank you very much for your application. You have a wide range and impressive experience, and we are pleased that you considered us in exploring career opportunities. Thank you for your interest in us and we wish you every success in finding a rewarding and challenging position.
Yours sincerely, Mister Vice President."
hurrmmm, aku sangat sangat sangat berputus asa......
:(
ada pengalaman tak leh, tak da pengalaman tak leh, ada sijil tak leh, tak da sijil tak leh, ada kemahiran tak leh, tak da kemahiran tak leh.... kaki jer yang tak da.... ooopppss!!!
p/s: saya gatal-gatal pergi renovate template blog ni, itu orang yang menyorok sudah langsung terus menyorok di sebalik dinding, hahaha
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Saturday, November 6, 2010
Kesukaan sangat
Tapi lainkali aku rasa aku dah nekad dah, "Bang, bungkuskan saya satay 5 cucuk, kuahnya bungkus untuk 8 orang makan"
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Friday, November 5, 2010
Salam Satu Malaysia
"Kak, errr, ni Aji lah"
"Eh, alah, salah orang. Sori ya aji, akak tak perasanlah, suara
"engkau orang sama je, engkau pun cakap macam orang melayu, hi hi hi"
"Tak pa kak, tak pa"
"Nanti engkau call ya, Happy Deepavalilah, nanti bawa balik muruku minggu depan ya"
"Thank you kak"
Aji adalah Sivaji, pembantu stationery di tempat cari makan.
Happy Deepavali buat kawan-kawan, kenalan beragama hindu dan Salam 1 Malaysia.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Terima kasih sayang
Earlier i was complaining to him that the nights before when i was alone in the living room, in the middle of the night, whatever sound i heard outside really scared me up. Hampeh betul, when i thought i really have the courage to stay up late on my own.
hu hu hu
The sound of the cats, the sound of neighbours opening and closing their doors, sounds of babies. lalllalalala.....
Okey, got to go, that's all i want to share.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Thursday, November 4, 2010
Sibuk
Selepas itu nanti, insyallah dapat lompat-lompat ke serata dunia sesawang semula.
Aku masih juga menyusun atur blog niaga aku, My Special Mall
Banyak lagi benda-benda yang harus diperhalusi.
'ai loikkeeee'
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Carefree
Aku terminate ahli keluarga juga nama-nama yang tidak biasa/pernah menegur aku. Alah, susah-susah, back to the old ages where you just call or sms your kenalan/saudara bila ada keperluan.
Malah, aku juga terminate friend fb dengan arwah kakak aku, satu-satunya adik-beradik aku yang ada FB. Eventhough pada mulanya rasa sayang, tapi setelah difikir-fikirkan : tak tahu apa motif kita masih friend sedangkan dia dah pun berada di alam barzakh. Tentu akaun itu tidak akan didelete kerana cuma arwah saja yang tahu password dia, dan aku?
Apa pula fungsi aku sebagai friendnya?
Setahun sekali letak tulisan AL-FATIHAH kat wall dia? Argghhh! nonsense! Malaslah.
(macam mouseleum pulak)
p/s: Terimakasih buat atidhati sebab sudi follow blog ini.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Wednesday, November 3, 2010
Ingin Menjadi Bijak
Sepotong hadis Rasulullah, mafhumnya, (lebihkuranglah sebab tak ambil nota masa ni). "Orang yang bijak ialah orang yang bermuhasabah diri dan ia beramal untuk hari-hari selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya dan ia berangan-angan ke atas Allah", riwayat, Syaddad bin Aus.
Marilah kita sama-sama berusaha ke arah menjadi bijak.
Terimakasih buat y.a.n.i.e Budak Gebu atas kesudian follow blog ini :D
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Tuesday, November 2, 2010
Penyu, Projek dan aku
why? you don't believe it? believe me, yessss.......
Jadinya mereka tu datang dekat-dekat dan senyum-senyum dan aku pun belilah buku perjalanan bayi penyu ke laut. Selepas itu, mari kita bergambar :)
Errk? sapa tu yang paling rendah tu?
Dua Projek: Seterusnya, aku sudah pun mendapatkan laptop 2ndhand dan telah dirasmikan oleh baby w.
:D
Tiga Aku: Aku akan cuba sedaya-upaya meneruskan niat aku untuk mengembangkan My Special Mall ke tahap yang lebih tinggi, iaitu lebih tinggi dari gunung himalaya.
errr... is that like too high to achieve?
Jadi dikesempatan ini aku nak mengwar-warkan kepada sesiapa yang berminat nak menghubungi aku, boleh emel ke ceritakosong@gmail.com, insyallah akan diperiksa inboxnya hari-hari, untuk tujuan booking ruangan iklan atau berkenalan oops!.
Suatu Panggilan
Sangat tidak mampu aku percayai!!! Aku??
Rasa nak gelak pun ada, tapi aku tolak. Kerana apa? Macamana nak bersemuka, mendengar suara si pemanggil saja sudah buat aku kecut perut!! Dengan nama syarikat yang menggerunkan yang terletak di suatu kawasan terpencil entah di mana, aku takut kalau-kalau terpaksa berurusan dengan loyer dengan bengker pula, oops!
Maaf, terima kasih, tapi saya declined kerana saya tiada keyakinan diri. Setakat melalak di ruangan siber ini? Mampukah aku?
Selain dari itu, aku sebenarnya jadi seriau dan kecut perut tatkala mendengar suaranya yang giler hebat garang dan menyerlahkan keegoan dan kesombongan, baru panggil aku untuk mengenali aku sudah garang! Suara dah ketat terik macam ekzos nak pecah! Ishh, aku takut!
Aku kecut perut! Aku tak berani! Aku boleh jadi dungu bengap berurusan dengan orang macam tu tau.......
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Monday, November 1, 2010
Resipi: Daging Halia Berjus Mangga
lalalala, angkat dan makan dengan nasi panas :)
Toksik
- susah nak buang air besar
- penat, letih
- hitam di punggung
Kalau kulit muka hitam tu namanya sun burn,
Macamana nak lawannya?
- minum banyak air
- masa mandi tu urut-urut dan picit-picit kawasan berlemak seperti di paha, bawah lengan, pinggul dan perut
(- errr... sedut lemak?)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
Resignation
Kalau jenis panjang dan lebar pula bermakna ada perhubungan antara majikan dan pekerja, ada suatu line halus seni yang menghubung-kaitkan mereka, menandakan ada suatu perhubungan baik antara mereka. Mereka ni seolah-olah tak mahu berpisah tapi kerana adanya peluang, sebab tertentu, perpindahan, migrasi - terpaksalah salah-satu pihak menamatkan kontrak; maka terhasillah suatu surat resignation yang panjang lagi lebar. Mereka itu pula adalah orang yang walaupun sudah tiada lagi perhubungan rasmi antara satu sama lain, tapi masih saling menghubungi dan mengambil tahu akan perkembangan. Andainya terputus hubungan, sekiranya terjumpa tersenggol bahu di tepi jalan boleh bergurau senda bertepuk tampar dan menjalinkan semula tali persahabatan.
Tetapi bagi yang berurusan menamatkan kontrak dengan surat resignation yang pendek, maknanya amat mudah, good bye, boleh blah!! I don't want to see your face anymore.
:D
Dan aku ini, masih tercari-cari...........
Al, terima kasih ya sebab sudi follow blog ini :D
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.