itulah aku
semasa jenazah kekanda aku terbujur di ruang tamu, aku sentiasa memandang-mandang kepadanya dan berharapkan yang dia hanyalah pengsan ataupun tidur dan akan tersedar sambil marah-marah kepada kami, kenapa kami bungkus-bungkus dia atau kenapa kami membaca yassin di sampingnya, apatah lagi ketika sedang dimandikan, aku masih berharapan yang sama.
Tapi bila aku lihat semula kekakuan dirinya, entah berapa kali aku mengesahkan penglihatan aku ini, aku terima kebenaran bahawa yang tinggal, hanya jasad semata-mata, benarlah bahawa tanpa adanya roh, tiadalah jasad kita ini mampu melakukan apa pun hatta menguitkan jari, teramat sedih rasa di hati kerana arwah adalah seorang yang tidak biasa duduk diam.
Kadangkala aku ini seperti anak kecil yang kehilangan orang tua pula padahalnya orang tua aku sudah lama tiada, bagaikan dialah pengganti mereka, untuk aku menumpang kasih. Aku believe in personal touch, whilst hayat dikandung badan, lihatlah sekarang, tiada apa lagi, yang dapat menyambungkan, kami.
Keakraban kami jadi bertambah erat sejak kematian ibu kami, akulah satu-satu adiknya yang sudi melayan dia, aku sudi membalas surat-suratnya, aku sudi menjawab panggilan telefon darinya, aku sudi berbalas sms dengannya walau apa pun keadaanku samada dalam sedih, dalam riang, dalam tak ada mood dalam terang dalam gelap, akulah. Kerana walaupun aku ni anak bongsu dan dia anak tengah, kemanjaan dia kepada mak adalah lebih lagi peratusannya dibandingkan dengna aku........dan dia juga sudi melayan aku, sudi mendengar keluh-kesahku, sudi mendengar luahan rasaku, sudi mendengar omelanku, sudah pastilah, kerana kemana hendak dicurahkan sayangnya melainkan kepada adiknya yang bongsu ini
(tidak ada pengganti)
Aku teringat suatu masa dahulu, pernah dia memandikan aku, ketika aku sudah bersekolah, di sekolah rendah rasanya. Sentiasa ingat untuk memberikan jajan kepadaku setiap kali berjumpa, dan kami berkongsi luahan perasaan masing-masing.
Petanda: ada,
1) mimpi pelik membawa
maksud tidak berapa elok 
dan aku menangis di tempat cari makan setelah dapat tahu
dia susah nak recover selepas pembedahan jantung,
2) kemudian lebih kurang 1 atau 2 malam later, aku terkejut jaga
dari tidur kerana jantung rasa macam dihentak, walaupun penat lelah aku tetap pergi
melawat dia di IJN tidak sedikit pun aku alpa.
3) aku menangis tika melihat keadaannya
yang diletakkan under nurse care 24 jam, sedih itu sebenarnya kerana melihat sesuatu yang telah ditunjukkan kepada aku ketika itu (biarlah ia jadi rahsia kepadaku, melainkan kepada orang-orang yang aku percayai sahaja). Aku keluar dari biliknya sambil mengesat airmata, tidak sanggup menghadapi kebenaran yang mungkin terbentang di hadapan, malangnya airmata aku telah dapat dikesan oleh anak-anak dan suaminya, dan aku cepat-cepat mengesat airmata dan berkelakar dengan mereka. Anaknya melihat aku penuh hairan, sebenarnya sejak arwah sakit, memang katil hospital menjadi teman akrabnya jadi adalah perkara biasa buat anak-anaknya bila mak mereka hospitalised.
Akalku yang tertanya-tanya menjadikan mulutku celupar ketika melawatnya setelah dia pulih dan boleh duduk dan makan-makan, aku bertanya apakah dia ada mendapat apa-apa alamat semasa pengsan? Aku dengan tidak malu bertanyakan soalan itu di hadapan suaminya, tapi arwah menjawab, 'tak ada apa-apa'.
Seterusnya aku membuat kesimpulan bahawa semua yang aku alami, saksikan, mimpi adalah berpunca dari kerisauan aku sendiri. Aku berasa lega.
Oleh kerana itu, aku kurangkan menghubungi dia selepas dia dibenarkan balik ke rumah dan seperti yang aku beritahukan, aku cuma hubungi dia pada hari khamis, iaitu hari yang dia telah pun nazak! itupun aku tak sedar! aku ingatkan dia cuma demam biasa....
Namun tatkala melihatnya di hospital HKL pada kali penghabisan, selepas berbuka puasa, ketika aku seorang di tepi katilnya, ketika nurse meminta bantuan aku untuk mencempung tubuhnya yang kaku kerana perlu menukar cadar katil akibat dilimpahi darah arwah (komplikasi jantung, organ dalaman failure) aku terasakan bahawa itulah salam terakhir darinya dan terasa-rasa bahawa itulah kali penghabisan aku akan melawatnya ke hospital dan aku berbisik pada diriku sendiri, mungkin saatnya telah sampai. 1 jam selepas aku meninggalkan hospital untuk balik ke rumah, dia telah pun pergi selamanya, dalam usia 51 tahun.
Mungkin karangan saya tidak jelas, yang benarnya dia bukanlah makcik saudara saya, tetapi adalah makcik saudara kepada w.
Walau apa pun, terima kasih kepada manje dan kak idalara atas kesudian mereka follow blog saya yang penuh dengan cerita 0 ini :D
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.