Wednesday, April 27, 2016

Buku Baru

ALHAMDULILLAH. Syukur.

So hari ni SECARA RASMINYA maksu nak letak cover buku baru, bertajuk, Diari Dajal, terbitan CK Publication.
-Mengandungi 7 buah cerpen iaitu 7 buah kisah tentang 7 yang tidak biasa.

Tajuk-tajuk yang disenaraikan adalah
~ Kerja oh kerja 
~ Ada apa dengan guli? 
~ Aku bukan pembunuh 
~ Diari dajal 
~ Dendam atau kebetulan 
~ Cuti, Chalet dan ... 
~ Tuan Tasik.

-Tiada di kedai-kedai buku, tidak akan dijual di PBAKL 2016 di MAEPS, HANYA JUALAN ONLINE (maksu belum nampak cara jualan bentuk lain as yet).

-Maksu nak ambik kesempatan ni untuk mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada sekalian pakar yang terlibat dalam pembikinan buku cerita Diari Dajal ini - iaitu pelukis cover, jurusolek cover, tukang paksa mengarang pada suatu masa dahulu, tukang penambah idea, pembaca pruf, jurukomen, tukang baca at early stage, tukang bagi idea tentang layout, tukang bagi idea tentang tajuk (sebelum ni tajuknya lain skit), oh ya, koreografer silat, pencetak yang baik hati lagi memahami situasi saya dan sudah semestinya Yang Paling Tinggi, Allah SWT.

Tanpa izinNYA; maksu - tak reti - mengarang langsung.

-(ramai jugak brainstormers untuk buku ni, Alhamdulillah, i lav uols larva larva).


-Harga RM25 di mana pun anda berada (ikut nilaian matawang), postage boleh pilih nak letak setem saja ker, nak poslaju ker - Semenanjung, Sabah , Sarawak - harga berlainan untuk poslaju dan setem

-untuk pertanyaan, marilah mesej maksu di ceritakosong@gmail.com




HANYA JUALAN ONLINE




Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2016 Hakcipta Terpelihara.

Friday, February 5, 2016

Tengok Iklan Wayang

Mula mula dulu masa baru ternampak billboard iklan cerita "IP Man", aku ingat itu cerita tentang lelaki jual komputer, repair komputer, ada kedai komputer, pasang internet, technician freelance dan lain lain berkenaan komputer. Cara sebutan pun Ai Pi Men. Malas nak tengoklah, tah hapa hapa cerita orang pasang komputer saje.

- tapi rupa-rupanya itu cerita kungfu! mengisahkan tentang uncle Ip Man (Yip Man), seorang Grandmaster Wing Chun dan guru Bruce Lee.





Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2016 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, January 19, 2016

Nak kembali berbloglah

yang benar,
maksu

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2016 Hakcipta Terpelihara.