Wednesday, October 29, 2014

Saling menyokong adalah amalan mulia

Apabila seseorang dalam kesusahan dan dia berdoa, aminkanlah doanya, dan doakanlah agar kesusahannya diangkat. kerana apa? kerana kita memahami kesusahannya, kepayahannya. kerana kita mengalami, pernah mengalami dan mengetahui betapa berat tanggungannya.

Tetapi apabila kita berada dalam kesusahan, memohon doa, tidak semestinya doa kita akan diaminkan oleh orang lain. kerana kesusahan dan kesukaran kita, tidak difahami oleh orang lain. kerana kasut kita berada di kaki kita, bukan di kaki mereka.

al-kesaaahhh....


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, October 21, 2014

P.E.L.I.K

dunia sekarang semakin pelik...

hhmm... pelik bebeno....

mana tah datang idea pelik mereka tu?

ish2... tak paham, tak paham...






Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, October 15, 2014

Sini ada CONTEST! sini ada CONTEST! sini ada CONTEST!

Assalamualaikum semua,

selamat sejahtera, selamat berbahagia.

Syukur kerana niat maksu nak adakan contest untuk memperkenalkan lagi syarikat kecik ni, CK Publication fb page telah dipermudahkan oleh Allah Taala.

Mula-mula tu, maksu dapat tajaan 4 buah novel dari syarikat Fumi Edar, iaitu syarikat yang mengedarkan novel Sayang Scarlet ke MPH dan Kedai Buku 1Malaysia.

Kendian, dapat tajaan sehelai sampin dari saudagar TEH Songket yang beroperasi di Jalan TAR.

Lepas tu, syarikat Warkah Pesona, yang beroperasi di Selayang juga telah bersetuju hendak menaja satu hadiah misteri.

Lagi! Dapat pulak satu set kopi supplement HKCC bernilai RM150.

Untunglah pemenang. Hadiah semua menarik belaka!

Well.. memang tak de hadiah kereta proton Iriz ke IPhone ke Ipad ke banglow ke, tapi oklah rasanya, setakat ni, berbaloi. Buat permulaan, kan?

Nak join tak? Marilah join! Alahai, janganlah segan-segan. Bukan kena sediakan penjamin dua orang pekerja kerajaan pun, setakat kena baca novel Sayang Scarlet jer. Mudah banget.

Hadiah yang disediakan untuk pemenang-pemenang:
1. Empat buah novel keluaran syarikat terkenal tajaan Fumi Edar untuk 4 pemenang
2. Sebuah buku sumbangan CK Publication untuk seorang pemenang
3. Sehelai sampin tajaan Teh Songket, Jalan TAR untuk seorang pemenang
4. Satu hadiah misteri tajaan Warkah Pesona, Selayang Pandang untuk seorang pemenang
5. Produk HKCC bernilai RM150 tajaan HKCC Maya, Batu Pahat untuk seorang pemenang



Soalan:
1. Nyatakan ciri-ciri orang yang membawa limau.
2. Dinanti-nantikan kepulangannya dan dinamakan sempena nama satu bandar. Di negeri manakah bandar itu terletak?
3. Nama blogger si pemuda yang dicintai oleh Scarlet.
4. Ulasan novel Sayang Scarlet.

Syarat-syarat:
1. Sudah baca novel Sayang Scarlet
2. Nyatakan di mana anda membelinya (Sayang Scarlet) 
3. Tarikh mula / tarikh tutup: 6 Oktober 2014 / 22 November 2014
4. PALING PENTING, emelkan jawapan dan nama penuh ke ceritakosong@gmail.com. Jangan letakkan di blog. Rahsia... hehehe
5. Kalau ada gambar, lagi best!


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, October 5, 2014

Selamat Hari Raya Haji

Contest CK publication

Assalamualaikum, seperti biasa, pagi ni ke masjid, bersama keluarga untuk menunaikan solat sunat aidil adha.

Hari ni, antara isi khutbah, mengingatkan tentang penyakit umat islam di zaman moden iaitu berlebih-lebihan mencintai dunia dan sangat takutkan mati. nauzubillah. semoga maksu terlepas daripada penyakit itu. hidup ni hanya sementara.

juga, ada disebut tentang betapa iman dan kebenaran mudah saja dibeli dengan wang ringgit.

ya. betul tu.

hmmm..... maksu rasa tertekan bila ada orang kata, Tuhan kamu dengan tuhan kami sama je.

ya ke? dari segi apa?

semua agama suruh umat dia menjadi baik, tapi menyamakan Allah dengan makhluk adalah salah sama sekali. Maaf.

,
,
,
,
,
,
,
,

Ya Allah, peliharalah aku dari orang sebegitu. Yang terang2 tidak menyembahMu malah menyamakan Kamu dengan yang lain pula....



Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.