Saturday, April 26, 2014

Sayang Scarlet di PBAKL, PWTC

Sayang Scarlet di pesta buku!! Wow!

Seronoknya maksu tak leh nak cerita!

1. Sayang Scarlet baru je lahir di bulan April 2014 ni.
2. Sayang Scarlet ditubuhkan oleh sebuah syarikat kecil, CK Publication (boleh cari di facebook ya)
3. Sayang Scarlet diterbitkan jugak selepas diperam selama 4 tahun lebih.
4. Sayang Scarlet ialah sebuah cerita yang bukan sekadar cerita kosong. Oops! jangan marah. itu adalah motto CK Publication iaitu untuk melahirkan cerita cerita yang bukan sekadar cerita kosong. saja je , seronok seronok. kan url blog ni ialah ceritakosong.blogspot.com

hehehe

Esok, maksu akan berada di PWTC, Dewan Mawar pada jam 4 petang. ada diskaun tau!

Dan maksu akan berada di sana lagi untuk mempromosikan Sayang Scarlet pada hari Sabtu dan Ahad minggu depan, tengah hari.

Kalau sudi, jomlah kita jumpa jumpa di sana ya. Kalau sudi ler... :D




Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, April 23, 2014

Penulis Sayang Scarlet ini akan ke PBAKL!

Assalamualaikum,

Penulis Sayang Scarlet ini akan berada di booth Online Bookstore (with Fumi Enterprise) pada Sabtu 26/4, 12pm. Ahad 27/4 4pm, Sabtu 3 Mei 1.30pm dan sekali lagi pada hari Ahad 4 Mei 2pm.

Mari membeli belah di PBAKL, booth Online Bookstore (dan Fumi Enterprise) - diskaun diskaun menarik menanti anda di sana.


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, April 18, 2014

Yang ditunggu dah sampai



Yang ditunggu tunggu dah tiba. wewwwiiitttt.. Nak kata makan tak kenyang, sendawa banyak kali. Burp burp.

Nak kata tido tak lena, siap berkeroh keroh, kroh kroh.

Tapi yang penting lega. Syukur sebanyak-banyaknya kepada Allah.

Alhamdulillah.

Terima kasih banyak banyak Ya Allah kerana merahmati dan mengizinkan idea dan kenalkan dengan ramai orang yang baik baik agar cita cita ku nak terbitkan Sayang Scarlet ini jadi kenyataan.

Terima kasih kepada suami, pak su, yang sentiasa menyokong dari depan belakang kiri dan kanan.

Terima kasih kepada anak-anak yang sentiasa menyokong ibu.

Okey, now, yang penting, nak check dulu selai selai lepas tu boleh mula masukkan dalam sampul untuk mereka yang memesan pre order. LALALA. Syukur.

Kepada yang berminat nak order, sila emel ke ceritakosong@gmail.com.

Terima kasih kerana sudi baca coretan maksu ni ya... take care.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, April 9, 2014

Sayang Scarlet

Assalamualaikum,

Novel Sayang Scarlet merupakan novel yang sesuai untuk bacaan 17 tahun ke atas.

Sinopsis Sayang Scarlet:

Kisah percintaan antara blogger iaitu Scarlet dan Dragonfly. Sebagai seorang yang patuh syariah, Scarlet mahu supaya cinta yang mula berputik itu direstui oleh keluarganya. Semuanya berjalan lancar tetapi kehilangan Dragonfly secara tiba-tiba dan kemalangan yang menimpa kakak kembar Scarlet telah merosakkan kegembiraan Scarlet. Pada waktu itu juga, kehadiran satu entiti ghaib mengganggu jiwa Scarlet yang lemah. Segala-galanya jadi berantakan.  

As salam, sehingga hari ini dan mungkin sehingga minggu ini, novel Sayang Scarlet masih lagi dijual dengan harga PROMOSI iaitu RM28 termasuk pos. Kepada yang sudi, boleh hubungi saya di ceritakosong@gmail.com

Bagi yang nak beli novel Sayang Scarlet

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, April 7, 2014

entri ni tak ada tajuk

Assalamualaikum semua, tenang saja pagi ni.. udara yang nyaman dengan bau rumput yang dibasahi hujan tadi malam. segar je rasanya

kicauan burung pun turut mengindahkan suasana

eh, di sana ada orang mesin rumput...

oh, dah tiba masanya untuk bayar duit maintenance rumah flat.

Jom beli novel Sayang Scarlet

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, April 1, 2014

Berani Gagal

Kadang kadang kita tak tau apa potensi kita, sehinggalah kita mencuba.

berani mencuba

Nak Beli Sayang Scarlet?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.