Thursday, March 27, 2014

CK Publication mencari manuskrip novel dan sebagainya

As salam, ya lah... syarikat penerbitan memang dah banyak - bertaraf gergasi, monster, dinosor, elephant, mammoth, tiba-tiba muncul pulak CK Publication (bukan sekadar cerita kosong) mencari manuskrip.

Sapa tu sapa tu sapa tu?

Tak de sapa, maksulah. Daripada duduk kira jisim tubuh, at least, otak maksu bergerak, bekerja. Untuk itu, maksu tubuhkan syarikat penerbitan CK Publication. Novel pertama bertajuk Sayang Scarlet. Harapnya para peminat novel bergenre misteri, saspen berminat untuk beli dan baca Sayang Scarlet ni.

Okey, berbalik kepada manuskrip, maksu mengalu-alukan para penulis untuk menghantar manuskrip kepada maksu, emelkan ke ceritakosong@gmail.com.

Maklumat yang diperlukan ialah butir2 peribadi, sinopsis cerita untuk pemahaman maksu, 5 bab awal, 3 bab akhir.

Cerita tu kalau dah ada, dah siap penulisan, nak hantar semua pun tak apa.

Tapi kalau maksu dapat cerita berunsur seram, misteri, saspen, aksi,  adoiii.. seronoknya. Best tau sebenarnya cerita cerita cenggini. Ada je peminatnya. Misteri , seram, saspen tapi poyo, gedik, manja-manja, comel-comel.. best tu.

Bagi yang berminat nak beli Sayang Scarlet, klik sini

:D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, March 18, 2014

Buku pertama terbitan CK Publication 'Sayang Scarlet'

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum

Dengan ini, Maksu nak tepekkan cover buku pertama keluaran CK Publication bertajuk Sayang Scarlet. Kisah seorang gadis blogger yang menggunakan nama samaran, Scarlet yang telah jatuh cinta kepada seorang blogger. Cinta yang baru mula berputik diuji dengan kehilangan demi kehilangan yang dihadapi oleh Scarlet. Keadaan itu membuatkan dia sedih dan menjadi murung. Kelemahan jiwanya itu mendedahkan dia kepada gangguan makhluk halus. Harapannya untuk berkahwin dengan blogger yang dicintainya bertemu jalan buntu.

Hidup Scarlet diselubungi kesedihan demi kesedihan. Adakah dia dapat berkahwin dengan pilihan hatinya? Adakah jiwanya akan kembali ceria?

Maksu dah buka pre-order, dan harga promosi ialah RM22 untuk Semenanjung Malaysia, RM25 untuk Sabah, Sarawak. Harga pos ialah RM6 untuk sebuah buku.

(Harga di back cover ialah RM24 dan RM27, so, maksu mulakan dengan harga promosi. Mau pecah telur, hehe)

Kalau berminat, boleh bank-in di mbb, 114178-805003 dan emelkan resit ke ceritakosong@gmail.com.

Terima kasih banyak kerana sudi singgah di sini.



Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, March 14, 2014

Semakin nampak rupa bentuknya [tak glemer]

Alhamdulillah, hari ni maksu dah pergi ambil sijil atau lesen penerbitan di perpustakaan negara, jalan tun razak. dengan itu, maksu sudah boleh mengeluarkan bahan bahan terbitan maksu iaitu buku mencakupi pelbagai topik.

Maksu masih mengalu alukan sesiapa yang ada bahan untuk diterbitkan untuk menghubungi maksu di ceritakosong@gmail.com.

Boleh kita berbincang lebih lanjut.

Bayaran adalah mengikut sistem royalti

cuma satu hallah, kampeni ni kecik je, so royalti cuma mampu 7% je. insyallah.

Dan maksu juga dah dapat nombor isbn untuk buku sulung keluaran syarikat CK publication.

ni link facebooknya ek, marilah lawat, dan kalau sudi, marilah like. CK Publication, sebuah syarikat penerbitan yang kecil dan comel seperti tuannya.

maksu berharap agar buku cerita yang maksu tulih tu dapat sambutan hangat. maksu risau, maklumlah, maksu tak glemer... huhuhu

okay... nak sambung kerja

syarikat penerbitan maksu dah dapat beberapa ketul manuskrip, maksu nak kena study manuskrip tu. maksu akan teliti dari pelbagai segi seperti jenis konflik, tema, genre, moral values, attraction, creativity, faktor pasaran, target market etc... fuh, bepeluh tiak... hehehe

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, March 13, 2014

Usaha Doa Tawakal

Bismillah... dengan kejadian yang baru menimpa negara baru baru ini... marilah kita berdoa dan bertawakal kerana usaha sudah pun dijalankan untuk menjejaki MH370.

#prayforMH370


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, March 5, 2014

Ku yang dulu bukanlah yang sekarang

iya! ramai yang heran. maksu dulu sekolah menengah lepas srp tu ditolak masuk ke kelas sains. tapi entahlah sesuai entah tak, matematik tambahan fail. hadoiyai... tak upaya nak capai cita cita den nak jadi estronout. hmmmm...

lepas tu jadi pembantu peribadi bos, tapi maksu tak pakai skirt singkat nampak underwear di punggung, kita pakai tudunglah. dan tak pernah ada affair dengan bos. dan tak pernah mengeluarkan dialog macam drama melayu tu... eiiuuu... it's not like that lah.

tup tup bila dah berusia 40, jemu pulak. beralih bidang ke editorial.

dan kini, bercita cita untuk mengeluarkan, menerbitkan buku2 sendiri buku buku orang. syarikat dah ada.. mengeluarkan tu dalam proses, hehehe

marilah.. kalau percayalah. maksu tak paksa. tapi yang penting, berpeganglah kepada kata-kata, rezeki di tangan Allah, bukan di tangan maknusia.

hantarkan proposal anda, manuskrip lengkap anda, untuk novel remaja, novel dewasa, bahan bacaan umum, kata2 motivasi, bahan bacaan islamik kepada maksu di ceritakosong@gmail.com

Terima kasih! :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.