Tuesday, February 25, 2014

Anda ada cerita yang mahu dikongsikan?

Boleh saja kalau anda mahu.
Tepuk dada tanya selera.

Hantarkan ke CK Publication (002303577-D).

Yang penting, cerita anda bukanlah sekadar
cerita-cerita kosong sahaja tetapi ada pengisian.

Syarat utama, cerita anda mestilah ada nilai moral positif yang boleh menaikkan semangat pembaca.

CK Publication mengalu-alukan cerita-cerita tidak kira genre yang mampu membuatkan orang menangis, menegakkan bulu roma, ketawa seikhlas hati juga menginsafkan. Tidak kira peringkat usia, tidak kira bangsa, tidak kira latarbelakang, tidak kira tahap pendidikan, asalkan anda ada cerita menarik, hantarkan manuskrip anda ke CK Publication di ceritakosong@gmail.com.

Hantarkan sinopsis cerita anda berserta 5 bab terawal dan 3 bab terakhir. Jangan lupa untuk menyertakan butir-butir peribadi anda juga!

Maklumat penting, karangan anda hendaklah lebih kurang dalam 350 pages A4,
font calibri size 12, double spacing, indent yang standard. Jarak antara perenggan, 2 indent. Jarak antara separator dalam bab, 3 indent. Setiap bab, mulakan di muka surat baharu.


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, February 24, 2014

Mak Su MELAHIRKAN!!!!

Hari ini, lahirlah CK publication, menandakan saya sohih suri rumah yang berusaha untuk meniaga dari rumah dengan jalan mengusahakan syarikat penerbitan buku sendiri.


CK Publication, beralamat di Hulu Langat.

Menerbitkan novel, buku umum, buku agama, buku motivasi, buku masakan.  Dengan rendah hati, mak su mengalu-alukan para penulis pengarang untuk menghantar karya mereka ke CK Publication di emel, ceritakosong@gmail.com

Pembayaran adalah dengan cara royalti.

:D


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, February 22, 2014

Suka

Ada orang suka Jae Suk. ada orang suka Kwang Soo. Ada orang suka Avril Lavigne, ada orang suka Justin Bieber. Tidak semua orang suka semua orang. tetapi tidak mustahil seorang orang suka ramai orang.

Oleh itu, jangan takut untuk menjadi seorang yang menjadi kesukaan orang atau kebencian orang. Kerana Allah Maha Adil, ada orang suka kat kita. ada orang tak suka kat kita.

Nawaitu itu penting, diiringi dengan tata susila yang betul. kan?

Senyum selalu.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.