Tuesday, June 10, 2014

Sedikit tentang Sayang Scarlet

Ulasan yang diterima tentang novel ini.

1. Marr Najib, best ceritanya. seram. suspen.syahdu. happy. sedih. semua ada.

2. Ash,  dari satu bab ke satu bab memang excited nak baca. menimbulkan rasa cemas, ngeri dan jugak ghairah. memang best.

3. Ayman, bagi penggemar genre thriller anda harus dptkannya, penulis bijak mengadunkan plot cerita, pada awalnya saya menyangkakan naskah ini bergenre thriller seram tapi bila sampai ke hujung ia adalah sebuah naskah bertemakan thriller psiko, nyata sy tertipu dgn kebijaksanaan penulis mengolah cerita, tahniah buat penulis. Sebuah naskah yg baik dan boleh dimiliki

4. Nurdiyanah Dzulkarnain, bahagian prolog memainkan peranan utama kerana berjaya menarik minat saya di awal pembacaan. Bermula je konflik watak utama, konflik sampingan pun muncul daripada watak-watak sampingan. Fuhhh!!! Masa ni berdebar, tak percaya, eh semua perasaan adalah! Rasa tak boleh berhenti membaca. Mula-mula saya ingatkan saya boleh teka apa yang bakal jadi seterusnya, tetapi sangkaan saya meleset sama sekali. Ternyata plot cerita Sayang Scarlet lain daripada yang lain. Satu demi satu cebisan misteri dihuraikan dengan baik oleh penulis. Perlahan-lahan pembaca akan nampak jalan ceritanya ke mana dan hubungkait antara watak utama dan watak sampingan. Saya suka bila watak utama menghadapi konflik yang hebat dan dalam novel ini, watak utamanya juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Sesuatu yang bagi saya keluar daripada kebiasaan untuk watak utama yang selalunya nampak 'sempurna' di mata pembaca.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

No comments: