Tuesday, May 20, 2014

Perempuan tak kerja

Pernah ke apabila seorang perempuan tak kerja, dipanggil melakukan kerja di rumah?

tak kan. mesti orang cakap... oh, perempuan tu tak kerja. biarpun dia adalah seorang isteri yang menguruskan rumahtangga, nama dia tetap - perempuan tak kerja.

dan begitulah aku. sedar tak sedar, dah hampir 8 bulan aku berhenti kerja dari syarikat majalah kanak kanak tu.

duduk rumah dan menulis full time. tulis apa ntah. tapi ada gak nampak bendanya, Sayang Scarlet sebuah novel bercorak thriller disulami cinta. Cintanya sikit je, thriller yang lebih, saiko yang lebih.

dan bulan 2 hari tu, aku daftar perniagaan, CK publication, untuk menerbitkan buku dan menjual buku.

walaupun sehingga hari ni, belum nampak pulangan, tapi tak apa. sekurang-kurangnya benda ni, buat aku sibuk.

dan apabila anak kecik aku, W, tanya, apakah pekerjaan aku sekarang dan apabila aku jawab aku tak kerja... Dia akan bantah dan kata, 'ibu kerjalah! ibu kerja kat rumah, kan? ibu kerja suri rumah.'

pandainya anak. kembang hati seorang mak. at least, aku tak dipanggil, perempuan yang tak kerja.

:D

(gambar ni ambik kat google)


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

8 comments:

Irfa said...

pandai adik W

zonaku said...

wahh.. bagus dia.. bela ibu dia...

kakyon said...

Pandainya adik..

MOKCIK AZWA said...

Tak kerja makan gaji jer..bukan bermakna tak buat kerja langsung..yang kena gi kerja tiap pagi ni kalau boleh jadi macam maksu seronok gak hehehehe

Brahim Nyior said...

Suri rumah pun satu kerjaya, cuma tidak memberi pulangan ekonomi kerana kebanyakannya tidak dibayar gaji.

Apa pun,menjadi suri rumah bukan satu tugas hina, ia adalah lambang tanggungjawab seorang ibu atau isteri terhadap keluarganya.

Zaman kini, hampir semua wanita ada kerjaya kesan daripada pencapaian cemerlang dalam akademik. Bagaimanapun majoriti mereka masih berkesan sebagai suri rumah separuh masa..

Mak Su said...

irfa, zonaku, kakyon, hehehe

mokcik azwa - tapi kena buat sesuatu agar otak sentiasa occupied, kalau tak, bosan giler dibuatnya, hahaha

saya sokong kata kata Brahim nyior

sharamli said...

Padahal suri rumah la pekerja sepanjang masa kan. Orang lain lapan jam je. Hehehe

Hafizul said...

Suri rumah pun kan kerja gak..bijak dia haaa...hehe