Sunday, May 4, 2014

Novel mak su ini lain daripada yang lain

Maaflah semua. Nampak macam masuk bakul angkat sendiri. Huhuhu. Yelah. maafkan saya ya

Assalamualaikum, salam sejahtera. Didoakan semua worang happy ya.

Bercakap tentang tajuk. Memang benar. Sebab maksu ni sukakan konsep bold, outstanding, rare, non commoner (cheh wah cheh wah)

Marilah dapatkan novel Sayang Scarlet ini untuk mengetahui kelainannya.

Antara komen-komen yang telah diterima setakat ini,

komen dari pembaca lelaki - Sayang Scarlet ialah novel yang bukan indie, bukan main stream. Ia ada di streamnya yang tersendiri.

komen dari pembaca lelaki - Sayang Scarlet sesuai dibaca oleh golongan lelaki dan perempuan

komen dari pembaca lelaki - Bagus untuk student U yang ingin membuat thesis tentang mental health issue.

komen dari pembaca lelaki - ada falsafah yang diketengahkan

komen dari pembaca perempuan - Semua ada, cinta, lucu, ghairah, suspense, takut, seram, ngeri.

komen dari pembaca perempuan - Novel Sayang Scarlet ni berat, mengetengahkan isu keluarga, cinta dan seram. Saya suka novel yang ringan-ringan.

komen dari pembaca perempuan - Penulis novel Sayang Scarlet ni banyak letak monolog. Saya tak suka novel banyak monolog. Saya suka novel banyak sembang (komen diberikan sebaik sahaja tamat baca bab 1).

komen dari kanak-kanak perempuan, 14 tahun - Mak cik, tulislah lagi! saya suka baca buku cerita mak cik!

komen dari kanak-kanak lelaki, 13 tahun - menulis lagi ya!

komen dari kanak-kanak perempuan, 16 tahun - tak boleh berhenti baca, sebab tak sabar nak tahu ending cerita ni. Suspense!

Novel ini mengisahkan tentang Scarlet, seorang blogger yang jatuh cinta kepada seorang blogger lain. Mereka saling menyintai. Namun cinta mereka terhalang. Teman blognya tiba-tiba menyepi tanpa berita. Dalam masa yang sama, Scarlet diganggu oleh makhluk halus dan hidupnya menjadi tambah porak peranda disebabkan oleh seorang pesakit skizofrenia. Adakah cinta blognya dapat direalisasikan? Apakah yang dilakukan oleh pesakit skizofrenia itu yang telah menghancurkan ketenangan jiwa Scarlet?

Harga RM30 (SM), RM 36 (SS) - termasuk postage. Boleh emel di ceritakosong@gmail.com untuk pembelian online.



Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

8 comments:

Maryam said...

salam
maksu,
tahniah atas kelahiran buku... nanti saya order ye...

saya sihat, alhamdulillah.

Mak Su said...

terima kasih Maryam :)

Time Traveller said...

Waaa.. hebat ada kelaurkan buku.. boleh la nak cari.. membaca mengisi masa lapang :D

Salam Kenal.. :D - http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-7-natural-history.html

miloais milo said...

maksu..... tersentap hoccay!
ahahahaha

ye... iols akan sambung baca....
definitely!

lieyalatif said...

menarik ni mak su....

Alhamdulillah....tahniah mak su....lieya kagum dgn penulis2...sbb tu bukan satu bende yg senang...nak perah idea mmg susah....tahniah lagi sekali mak su...

Shukri Mohd Ali said...

salam maksu.

Ya Allah...lama gila tak jenguk blog maksu, tahu-tahu dah ada novel! kalau la saya jenguk, mesti saya pi cari maksu kat pwtc hari tu. uhuks.

tahniah maksu! novel saya juga tak siap-siap hahaha!

MOKCIK AZWA said...

Saya baru baca intronya..lepas habis sampai ke penghujung baru saya beri review yer maksu hehehe

Mak Su said...

time traveller. silakan cari ;)

miloais milo, silakan. sori, penceritaan tak menepati piawaian semua worang nampaknya. sori... syok sendiri mengarang, tak ikuti kursus penulisan dengan karangkraf bukuprima dan pts. tapi terima kasih sebab menyokong kerjaya maksu ni
:(

lieyalatif, hehehe. meh lah try baca cerita karangan maksu ni. kot kot serasi dengan jiwa lieyalatif. ada orang suka, ada orang tak suka. huhuhu

shukri mohd ali. hehehe. ada saya kabo saya akan berada di pwtc pada entry2 di bawah. tak pe lah, lain kali ek

mokcik azwa, terima kasih, dalam kesibukan tu. huhuhu
terima kasih menyokong