Tuesday, May 27, 2014

Mendung je pagi ni ek

Tak jemur kain kat luar. tak berani. takut nanti berlumba dengan awan mendung, awan mendung menang, mak su kalah. maklumlah, stamina dah tak strong gitu.

Well, masih cerita tentang novel. Nak cerita apa lagi ek. OH YA!! NAK KABO, maksu tensen dengan blog, well. ekceli tensen dengan broadband topap hari hari RM2 ni, sekejap sangat bagi peluang berjimba jimba kat blog. Therefore, maksu memang sukAAaaAArrr sangat nak blog surfing atau blog hopping. Tak dapek dah nak enjoy blog macam dolu dolu.

So maksu nak jemput semua yang ada kat sini, marilah like page CK Publication. Bukan apa, kalu di fb, broadband ni lama skit tempohnya tu.

Hari ni maksu nak letak sinopsis dan satu review tentang novel Sayang Scarlet.

Sinopsis:

Mengisahkan tentang Scarlet, gadis blogger yang menemui cinta di blog. Dia mahu cintanya berganjak ke fasa seterusnya tetapi ada halangan di mana teman blognya itu telah hilang secara tiba-tiba, tanpa berita, tak dapat dikesan. Kemudian kakak kembar Scarlet pula telah meninggal dunia akibat satu kecelakaan. Seterusnya Scarlet dilanda derita jiwa dan rupa-rupanya dalang di sebalik kehilangan teman blogger Scarlet dan kematian kakak kembar Scarlet adalah seorang penderita skizofrenia yang menyangkakan dirinya menerima arahan untuk melakukan sesuatu yang hebat untuk tujuan kebaikan. Mari dapatkan novel Sayang Scarlet untuk mengetahui kisah ini sepenuhnya (sila wassap 0173347293 untuk order atau emel di ceritakosong@gmail.com)

Review:

Sayang Scarlet ialah naskah umum pertama penulis bertemakan thriller yang diselitkan dengan unsur cinta, dalam genre thriller psiko.

Bagi penggemar genre thriller anda harus dapatkannya, tahniah buat penulis kerana bijak mengadunkan plot cerita, ternyata pada awalnya saya menyangkakan naskah ini bergenre thriller seram tapi bila anda sampai ke hujungnya ia adalah sebuah naskah bertemakan thriller psiko, nyata saya tertipu dgn kebijaksanaan penulis mengolah cerita, tahniah sekali lg buat penulis, seorg penulis baru yg perlu diberikan perhatian oleh pembaca terutama pemggemar genre thriller, sebuah naskah yg baik dan boleh dimilikki (Ayman Hyeqal)



Mintak mahaplah ya, tak de lucky draw atau cenderahati untuk pembeli atau token atau keropok lekor atau keropok ding dang atau key chain atau kucing atau sugar glider dan macam macam lagi barangan percuma, semua ta de. MAHAP YA. Cuma CK Publication akan dermakan beberapa sen daripada setiap pembelian ke sebuah badan ngo yang membantu gelandangan kota raya dengan iringan doa dari CK publication kepada pembeli semoga rezeki anda tambah dimurahkan dan diberi kesihatan yang baik, sejahtera dunia akhirat.

Sedekah itu sudah dimulakan dari naskah jualan yang pertama tama tama tama sekaliii.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

6 comments:

kakyon said...

Salam maksu..:)

sukaxplo said...

salam Moksue

kalau ada line streamyx baik pakai ..jimat sket dari pakai berukband. huhuhu

anntaj said...

Salam MakSU...
Suka tajuk buku tu, kalau sayang kenapa senyap jer :)

anntaj said...

Salam MakSU...
Suka tajuk buku tu, kalau sayang kenapa senyap jer :)

Hafizul said...

Ok..macam best aje sinopsis dia ni..hehe..

Mak Su said...

:D

terima kasih semua yang sudi komen, kakyon, sukaxpola, anntaj, hafizul :)