Friday, March 14, 2014

Semakin nampak rupa bentuknya [tak glemer]

Alhamdulillah, hari ni maksu dah pergi ambil sijil atau lesen penerbitan di perpustakaan negara, jalan tun razak. dengan itu, maksu sudah boleh mengeluarkan bahan bahan terbitan maksu iaitu buku mencakupi pelbagai topik.

Maksu masih mengalu alukan sesiapa yang ada bahan untuk diterbitkan untuk menghubungi maksu di ceritakosong@gmail.com.

Boleh kita berbincang lebih lanjut.

Bayaran adalah mengikut sistem royalti

cuma satu hallah, kampeni ni kecik je, so royalti cuma mampu 7% je. insyallah.

Dan maksu juga dah dapat nombor isbn untuk buku sulung keluaran syarikat CK publication.

ni link facebooknya ek, marilah lawat, dan kalau sudi, marilah like. CK Publication, sebuah syarikat penerbitan yang kecil dan comel seperti tuannya.

maksu berharap agar buku cerita yang maksu tulih tu dapat sambutan hangat. maksu risau, maklumlah, maksu tak glemer... huhuhu

okay... nak sambung kerja

syarikat penerbitan maksu dah dapat beberapa ketul manuskrip, maksu nak kena study manuskrip tu. maksu akan teliti dari pelbagai segi seperti jenis konflik, tema, genre, moral values, attraction, creativity, faktor pasaran, target market etc... fuh, bepeluh tiak... hehehe

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

2 comments:

Afandi Othman said...

Salam.
Bestnya dapat terbitkan buku sendiri. Saya ni pandai baca buku je, menulis belum tentu lagi.

Semoga berjaya untuk CK Publication.

Mak Su said...

terima kasih dan all the best to encik afandi othman juga