Thursday, March 27, 2014

CK Publication mencari manuskrip novel dan sebagainya

As salam, ya lah... syarikat penerbitan memang dah banyak - bertaraf gergasi, monster, dinosor, elephant, mammoth, tiba-tiba muncul pulak CK Publication (bukan sekadar cerita kosong) mencari manuskrip.

Sapa tu sapa tu sapa tu?

Tak de sapa, maksulah. Daripada duduk kira jisim tubuh, at least, otak maksu bergerak, bekerja. Untuk itu, maksu tubuhkan syarikat penerbitan CK Publication. Novel pertama bertajuk Sayang Scarlet. Harapnya para peminat novel bergenre misteri, saspen berminat untuk beli dan baca Sayang Scarlet ni.

Okey, berbalik kepada manuskrip, maksu mengalu-alukan para penulis untuk menghantar manuskrip kepada maksu, emelkan ke ceritakosong@gmail.com.

Maklumat yang diperlukan ialah butir2 peribadi, sinopsis cerita untuk pemahaman maksu, 5 bab awal, 3 bab akhir.

Cerita tu kalau dah ada, dah siap penulisan, nak hantar semua pun tak apa.

Tapi kalau maksu dapat cerita berunsur seram, misteri, saspen, aksi,  adoiii.. seronoknya. Best tau sebenarnya cerita cerita cenggini. Ada je peminatnya. Misteri , seram, saspen tapi poyo, gedik, manja-manja, comel-comel.. best tu.

Bagi yang berminat nak beli Sayang Scarlet, klik sini

:D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

7 comments:

- G C - said...

wahh.. siap ada publication sendiri. hebat maksu!!! terbaik.

nak tulis manuskrip tu macam mana ye? nak try, kot2 la berbakat. hahaha

Mak Su said...

GC, manuskrip tu karangan. bukan skrip filem yang pelakon dok becakap tu... hehehe

Tetamu Istimewa said...

Wah hebatnya. Tapi, saya belum bersedia nak tulis novel. Setakat ni tulis cerpen saja.

P/S: Buku saya Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM telah pun terbit. Kalau berminat boleh pesan daripada saya. Maklumat lanjut boleh baca di blog saya. Terima kasih.

Mak Su said...

tetamu istimewa, terbaek :D :D

kakyon said...

maksu, saya ada banyak cerita..nak mengarang tu yang rasa lemah sikit..hihi

abez said...
This comment has been removed by the author.
Miss Aisyah said...

Ck publication... Penilaian berapa bulan dan mcm mna nk hantar