Tuesday, March 18, 2014

Buku pertama terbitan CK Publication 'Sayang Scarlet'

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum

Dengan ini, Maksu nak tepekkan cover buku pertama keluaran CK Publication bertajuk Sayang Scarlet. Kisah seorang gadis blogger yang menggunakan nama samaran, Scarlet yang telah jatuh cinta kepada seorang blogger. Cinta yang baru mula berputik diuji dengan kehilangan demi kehilangan yang dihadapi oleh Scarlet. Keadaan itu membuatkan dia sedih dan menjadi murung. Kelemahan jiwanya itu mendedahkan dia kepada gangguan makhluk halus. Harapannya untuk berkahwin dengan blogger yang dicintainya bertemu jalan buntu.

Hidup Scarlet diselubungi kesedihan demi kesedihan. Adakah dia dapat berkahwin dengan pilihan hatinya? Adakah jiwanya akan kembali ceria?

Maksu dah buka pre-order, dan harga promosi ialah RM22 untuk Semenanjung Malaysia, RM25 untuk Sabah, Sarawak. Harga pos ialah RM6 untuk sebuah buku.

(Harga di back cover ialah RM24 dan RM27, so, maksu mulakan dengan harga promosi. Mau pecah telur, hehe)

Kalau berminat, boleh bank-in di mbb, 114178-805003 dan emelkan resit ke ceritakosong@gmail.com.

Terima kasih banyak kerana sudi singgah di sini.



Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

9 comments:

Kniedaz said...

wah..tahniah Mak Su...lepas ni ada dijual di kedai2 buku la ye...alhamdulillah..moga sukses selalu

Mak Su said...

tak tahu bila kniedaz. sbb CK Publication baru ada satu produk je ni, sayang scarlet jer... but lambat laun memang akan masuk ke kedai buku... kniedaz tak mo ke? cerita ni genre THRILLER MYSTERY disulami rasa cinta yang kiut tapi sopan.

Kakzakie said...

First of all congratulation Mak Su!

Insya-Allah kalau ada masa kakak teringin juga membacanya. Scarlet ni macam salah satu nama teman blogger kakaklah Mak Su...

Daddy Ziyyad said...

Congrats Mak Su!!!!
Kisah cinta sesama blogger...:)

Saya ni pemalas nak baca novel...hahahaha..rajin baca suratkabar ajeee...

N.A.T said...

Congrats Mak su! ...
Nak beli .. Inbox Nat detail k ...
Wallah!

Mak Su said...

tq kakzakie, boleh pre order. nanti dah ada di tangan, terus baca :)

daddy ziyad, hahaha... saya paham

nat... jom emel :)

cikceriacorner said...

tahniah mak su..alhamdulila da buat buku sendiri..bestnye..tahniah maksu..

miloais milo said...

tahniah maksu!
am happy for you! <3

Mak Su said...

thanks cikceria, semoga cikceria sudi beli dan baca ;)

thanks miloais, atas sokongan :D