Tuesday, February 25, 2014

Anda ada cerita yang mahu dikongsikan?

Boleh saja kalau anda mahu.
Tepuk dada tanya selera.

Hantarkan ke CK Publication (002303577-D).

Yang penting, cerita anda bukanlah sekadar
cerita-cerita kosong sahaja tetapi ada pengisian.

Syarat utama, cerita anda mestilah ada nilai moral positif yang boleh menaikkan semangat pembaca.

CK Publication mengalu-alukan cerita-cerita tidak kira genre yang mampu membuatkan orang menangis, menegakkan bulu roma, ketawa seikhlas hati juga menginsafkan. Tidak kira peringkat usia, tidak kira bangsa, tidak kira latarbelakang, tidak kira tahap pendidikan, asalkan anda ada cerita menarik, hantarkan manuskrip anda ke CK Publication di ceritakosong@gmail.com.

Hantarkan sinopsis cerita anda berserta 5 bab terawal dan 3 bab terakhir. Jangan lupa untuk menyertakan butir-butir peribadi anda juga!

Maklumat penting, karangan anda hendaklah lebih kurang dalam 350 pages A4,
font calibri size 12, double spacing, indent yang standard. Jarak antara perenggan, 2 indent. Jarak antara separator dalam bab, 3 indent. Setiap bab, mulakan di muka surat baharu.


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

10 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mak Su

tak da cerita....he he

lupekanje said...

InsyaAllah....klu siap nnt accik anto...hehe..pnah tulis skerat jalan..pehtu komputer rosak..ilang smua...dah givap...copek bona givap nya kan...

anyss said...

Assalamualaikum,
Berapa tebal maksu?
dah berkurun belum siap taip lagi ni ;)

Masy said...

MALUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

Mak Su said...

atuk beli tau, 10 naskah. hehehe

accik lupekanje, kemon kemon kemon

anyss, kasik ler dalam 350 pages a4, font calibri size 12, double spacing

masy, janganlah maluuu... hehehe

Kakzakie said...

Kakak dah lama benar tak mengash bakat Mak Su.. memang dah berkarat.

malaysiatercinta.com said...

Tak pandai bercerita

Kak Tie said...

nak kena belajar karangan semula la nampaknya..dah lama tinggalkan,banyak yang dah lupa

Abe Kie said...

salam mak su. satu idea yg baik. sy x mampu nak sumbang manuskrip sbb x pandai sgt menulis. cukuplah membebel di blog aje. tp sy pasti akan beli naskah mak su bila diterbitkan kelak. In Sha Allah.

P.S. Abe Kie dtg follow blog mak su. keep in touch, ok?

N.A.T said...

mmm tulis sajak x le ke maksu?