Wednesday, October 2, 2013

ESE BOLARI BOTINGKEK-TINGKEK

UNTUK pengetahuan semua, maksu masuk lumba lari... hehehe. sendiri geli hati sebab dari kecil tak pernah masuk lumba lari. bila dah berumur 40an ni, kemaruk pula nak berlari.

Ha... Kenapa ek? Buang tabiat kot. Alhamdulillah kalau mati muda... Lega dunia ni rasanya :)

Ok, kita mulakan dengan diari maksu pada 29 september 2013.

Mula dengan sarapan roti canai, teh tarik, dan sampai di bank rakyat jam 6.54am... Polis tak bagi berhenti, tapi hubby kata nak drop maksu @ peserta marathon di situ. So, maksu pun bergerak ke tugu negara untuk ke starting point. Dan seperti yang dijaualkan, 7.15am, pelepasan peserta 10km cruise dan maksu ialah salah seorang peserta veteran. Veteran dah iols ni....

Maksu pun lari lari lari (dah berlatih berlari beberapa kali, so ada lah sikit sikit stamina). Lari punya lari punya lari, ingatkan dah 6km, tiba tiba ternampak sign board, 10KM: 3Km. What?? baru 3km?

Lepas tu, 4Km.  Ada air!! minum!

Lepas tu 5km. Lepas tu 6km.

tak lari dah, berjalan jer.

Lepas tu 7km. Cilakak betol penganjur ni, bila nak 10km? Eden penat dah ni.... Lepas tu lari jalan lari jalan lari jalan, masuk ke area taman burung. Tu dia!!!! NAIK BUKIT! cilakak penganjur, apsal ada bukit??

fuh fuh fuh, sakit sakit... lari 5 langkah, jalan 50 langkah, menangis dah ni, menangis dalam hati. Ada pulak pom pom girl, cepat auntie cepat! Alamak, jatuhlah maruah kalau mengalah depan teenagers! lari lari lari, 16 langkah, berjalan.

lepas tu, 9KM!! cilakak botolll. bilo nak sampai ni??? lotih dah ni!!!

finally, 10KM. TAPI, ada lagi!!! 600 meter terakhir.. memang den sekeh an penganjur ni.....

ujung-ujung, sampai jugak maksu ke garisan penamat... Masyallah, penatnya hanya Tuhan yang tahu.

namun apa pun, gembira kerana tidak memerlukan bantuan ambulan mahupun power gel mahupun krim sapu kat betis. Sihat dan masih mampu gelak dan hari ni, rasa nak masuk lagi lumba lari berjalan. HEHEHE





Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.