Thursday, March 28, 2013

LELAKI BER API BERAPA ADA?

Assalamualaikum

kata orang pengalaman mematangkan, sesuai dengan usia yang semakin meningkat. kata orang lah... Entah ya entah tak. Bergantung kepada individu kot.

bila sebut pengalaman, memang sesungguhnya pengalaman itu adalah satu benda yang sangat ajaib, tidak boleh digambarkan dengan lukisan atau lakaran di tembok tembok besar negeri... err. negeri mana ek?

namun pengalaman memberitahu saya bahawa sesungguhnya dalam dunia ini, ada lelaki yang hobinya, main api.

mereka suka cucuh api sana sini. tak kira tempat tu mudah terbakar, tak boleh dibakar, memang untuk dibakar atau apa. bagi mereka, asal mereka boleh cucuh api, mereka akan cucuh api, tanpa fikir panjang. tanpa tanya tuan tanah mahupun penunggu gua.... kerja mereka... cucuuuuuhhhh jer.

lepas cucuh api tu, tengoklah. kadang-kadang membakar, kadang-kadang disiram hujan, lalu api terpadam. kadang-kadang ditiup angin, sama ada terpadam atau merebak ke tempat lain pula. semua tu nasib. bagi mak su yang berpandangan ikut tahap jerebu ni, kalau clear, clearlah. kalau berjerebu, tak clearlah.... -> lelaki sebegitu suka tengok api.

tapi lepas tengok sesuatu tempat tu berapi, adakah mereka akan stay?

bagi lelaki pengecut, mereka akan lari, dan cuci tangan.


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.