Thursday, September 12, 2013

ADUH! SAKITNYA

Weekend lepas, bawak anak ke klinik. SEminggu lebih dok komplen sakit gigi, tak boleh buat kerja, tak boleh buat apa.

Di klinik gigi, kena bebel dengan doktor gigi, ha... elok sangatlah tu. Malas nak cakaplah, budak-budak ni bila umur dah naik je, mulalah tak nak dengar cakap mak bapak dah.... hmmm.

Sambil dengar doktor membebel (maksu kena panggil masuk ke bilik rawatan, sebab doktor nak beritahu charges yang akan dikenakan. Yalah, anak tak de wang, Mak nya ni yang beruwang.. grrr... mahal giler charges dental problem sekarang!), mak su lihat-lihat di dinding klinik. Macam-macam poster ditampal tentang gigi dan permasalahannya.

Seperti gingivitis / sakit gusi.

Salah satu simptomnya, gosok gigi berdarah. Jangan ingat orang mengandung saja yang ada masalah gusi berdarah masa gosok gigi, even tak mengandung pun boleh, tau! Kalau ada, pergilah check, entah-entah gingivitis pulak.

Selain daripada gusi berdarah, bengkak, kemerah-merahan, tanda lain kepada gingivitis adalah bau mulut yang masyallah, busuknya. So, tolonglah. go check, because you use your mouth everyday.

:D

[tengah tunggu giliran]


[bosannya... ngantuk tahap gaban dah ni]


[dulu baby w, sekarang dak w. dah besar dah anak bongsu maksu ni, dah darjah 1 tau]

(ALAMAK! gambar senget pulak lah, dah lama tak letak gambar kat blog, dah terlupa cara nak adjust setting)


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

6 comments:

Irfa said...

huhu..sengsara betul kalau sakit gigi,nak pulak kalau sakit tgh malam.tak sabar tggu pagi sbb nak jumpa doktor gigi

N.A.T said...

huhuhu ...
same to me .. patut hari approinment cabut .. doc cancelled last minit .. kalu aku yng cancel kan apa reaksi doctor tu erk .. ggggrrrr!!

Rose Azadir said...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

makchaq said...

Salam kenal

Klinik gigi.. memang tempat paling tak nak pegi.. bukan pasai charge mahal, tapi pasal ngeri..... seriau bayangkan bunyi drill tu...

tenku butang said...

berapa lak kos nya yang dikenakan.. melayang lagi duit ibu yang berwang ni yea.. kikiki

Marlis Marlis said...

yang last tu lawak - u use your mouth everyday!!

Miss u Maksu

Butterandbanana