Tuesday, May 28, 2013

APA MASALAH HANG SEBENARNYA?

Saya sangat stress lately. Saya diuji dengan bermacam ujian oleh Allah Taala. Tapi... ya betul, saya belum diuji macamana kamu diuji.

Ada ujian tu saya boleh lepasi dengan mudah. Kacang, macam minum cendol jer. Pahit di mata kamu, manis di hati saya. Asalkan cinta saya kepada Allah tak pernah pudar, saya sanggup redah apa saja hatta ke lautan api pun.

Apa? kamu tak percaya. Kerana Allah, saya sanggup mati. Asalkan Allah tidak jauh dari saya.

Tapi ada satu ujian ni saya rasa tak tertanggung. Jelas, saya rapuh di situ.

Ujian lelaki.

Ujian lelaki yang menggatal ataupun cuba cuba nak test saya samada saya ni boleh dimakan ataupun tak.

Ya Allah, tolonglah aku, berilah aku kekuatan untuk melepaskan diri daripada ujian lelaki gatal buaya darat vavi bertopeng setan berkulit manusia....

Jika itu adalah hadiah untukku, aku terima dengan hati yang lapang, apatah lagi jika hadiah itu baik untukku, untuk agamaku, untuk masyarakatku, untuk keluargaku.... anugerahkanlah kepadaku Ya Allah

TETAPI

andainya barang laknat itu adalah jambatan ke neraka untukku, jauhkanlah daripadaku. Apatah lagi jika barang laknat itu membawa kerosakan kepada agamaku, kepada diriku, kepada masyarakatku, kepada keluargaku. Jauhkanlah daripadaku Ya Allah, dan peliharalah aku dan kuatkanlah hatiku, tabahkanlah hatiku untuk melupakan semua nikmat keburukan barang laknat dan tetapkanlah imanku, Ya Allah, supaya aku tidak melihat dunia lagi, aku hanya melihat keindahanMU YA ALLAH YA RABB ku.

amin amin ya rabbal alamin.


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

7 comments:

Masy said...

apekah??

Mak Su said...

masy... iye lah ....... hhmmmmm

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

semoga terus tabah bila diuji

JunAina said...

Kita diuji dengan berlainan cara, moga kita tabah hidup dalam redha Allah.

MOKCIK AZWA said...

Semoga Allah sentiasa melindungi mu Maksu...

Silbi Abigail said...

jgn skali2 bg atau beri peluang..

Brahim Nyior said...

Salam Maksu,

Adakala ujian tersebut cuba kita elakkan, tapi tetap perlu didepani.

Berdoa kepada Allah, di samping berusaha mengelakkan apa jua ujian yang tidak baik dan tak mampu kita hadapi,.. Itulah nasihat saya.

Moga Maksu boleh mendepaninya. AMIN..