Tuesday, December 24, 2013

BELI novel dapat Handphone (tuah ayam nampak di kaki)

Macam itulah, kan... hari ni kita di sini, esok hari kita di sana. Begitu juga dengan aku. Haritu aku merupakan editor di sebuah syarikat majalah kanak kanak popular seantero malaysia brunei singapore dan lain lain... Kemudian aku bersama dengan syarikat lain pulak...

Ya .. aku di tempat baharu, bermajikankan majikan baharu...

Untuk permulaan ini, aku nak perkenalkan tiga novel dari syarikat ini, baru bertapak di Malaysia, baru lahir. Semoga boom.



Siapa berminat nak order... mari order di ceritakosong@gmail.com

:D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, December 3, 2013

Iya ke? ish ish ish... Iya ke?



iya ke?

[pengumuman, ini gambar saya cilok jugaaa... sebab macam menarik je, macam iyaa je, macam menarik je, macam iyaa je...... aaaaaaaarrgghh]


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, November 18, 2013

1 MALAYSIA 1 SATE

Baru baru ni kami ke restoren sate popular seantero Malaysia tu... meja memang penuh, restoren padat, biarpun sate sejuk dan kuah kacang dah suam suam hujung kuku. Tapi disebabkan nak sangat, layan jugaklah. bukan selalu pun, last kitorang ke situ pada 2 tahun lepas.

Masa pegi baru baru ni, aku terperasan... yang meja kami dikelilingi oleh non-Malays. Ada india. benggali, cina. Sama ramai dengan pengunjung Melayu. Meja penuh penuh, sama dengan meja pengunjung melayu.

Memang sangat sangat 1 Malaysia.

1 Malaysia 1 Sate...

motto baru ke ni?

(haa.... gambar ni ambil kat google je... bukan dari kamera sendiri.
tengok tu, ada nama ownernya tu. terima kasih ya)


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, October 2, 2013

ESE BOLARI BOTINGKEK-TINGKEK

UNTUK pengetahuan semua, maksu masuk lumba lari... hehehe. sendiri geli hati sebab dari kecil tak pernah masuk lumba lari. bila dah berumur 40an ni, kemaruk pula nak berlari.

Ha... Kenapa ek? Buang tabiat kot. Alhamdulillah kalau mati muda... Lega dunia ni rasanya :)

Ok, kita mulakan dengan diari maksu pada 29 september 2013.

Mula dengan sarapan roti canai, teh tarik, dan sampai di bank rakyat jam 6.54am... Polis tak bagi berhenti, tapi hubby kata nak drop maksu @ peserta marathon di situ. So, maksu pun bergerak ke tugu negara untuk ke starting point. Dan seperti yang dijaualkan, 7.15am, pelepasan peserta 10km cruise dan maksu ialah salah seorang peserta veteran. Veteran dah iols ni....

Maksu pun lari lari lari (dah berlatih berlari beberapa kali, so ada lah sikit sikit stamina). Lari punya lari punya lari, ingatkan dah 6km, tiba tiba ternampak sign board, 10KM: 3Km. What?? baru 3km?

Lepas tu, 4Km.  Ada air!! minum!

Lepas tu 5km. Lepas tu 6km.

tak lari dah, berjalan jer.

Lepas tu 7km. Cilakak betol penganjur ni, bila nak 10km? Eden penat dah ni.... Lepas tu lari jalan lari jalan lari jalan, masuk ke area taman burung. Tu dia!!!! NAIK BUKIT! cilakak penganjur, apsal ada bukit??

fuh fuh fuh, sakit sakit... lari 5 langkah, jalan 50 langkah, menangis dah ni, menangis dalam hati. Ada pulak pom pom girl, cepat auntie cepat! Alamak, jatuhlah maruah kalau mengalah depan teenagers! lari lari lari, 16 langkah, berjalan.

lepas tu, 9KM!! cilakak botolll. bilo nak sampai ni??? lotih dah ni!!!

finally, 10KM. TAPI, ada lagi!!! 600 meter terakhir.. memang den sekeh an penganjur ni.....

ujung-ujung, sampai jugak maksu ke garisan penamat... Masyallah, penatnya hanya Tuhan yang tahu.

namun apa pun, gembira kerana tidak memerlukan bantuan ambulan mahupun power gel mahupun krim sapu kat betis. Sihat dan masih mampu gelak dan hari ni, rasa nak masuk lagi lumba lari berjalan. HEHEHE





Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, September 12, 2013

ADUH! SAKITNYA

Weekend lepas, bawak anak ke klinik. SEminggu lebih dok komplen sakit gigi, tak boleh buat kerja, tak boleh buat apa.

Di klinik gigi, kena bebel dengan doktor gigi, ha... elok sangatlah tu. Malas nak cakaplah, budak-budak ni bila umur dah naik je, mulalah tak nak dengar cakap mak bapak dah.... hmmm.

Sambil dengar doktor membebel (maksu kena panggil masuk ke bilik rawatan, sebab doktor nak beritahu charges yang akan dikenakan. Yalah, anak tak de wang, Mak nya ni yang beruwang.. grrr... mahal giler charges dental problem sekarang!), mak su lihat-lihat di dinding klinik. Macam-macam poster ditampal tentang gigi dan permasalahannya.

Seperti gingivitis / sakit gusi.

Salah satu simptomnya, gosok gigi berdarah. Jangan ingat orang mengandung saja yang ada masalah gusi berdarah masa gosok gigi, even tak mengandung pun boleh, tau! Kalau ada, pergilah check, entah-entah gingivitis pulak.

Selain daripada gusi berdarah, bengkak, kemerah-merahan, tanda lain kepada gingivitis adalah bau mulut yang masyallah, busuknya. So, tolonglah. go check, because you use your mouth everyday.

:D

[tengah tunggu giliran]


[bosannya... ngantuk tahap gaban dah ni]


[dulu baby w, sekarang dak w. dah besar dah anak bongsu maksu ni, dah darjah 1 tau]

(ALAMAK! gambar senget pulak lah, dah lama tak letak gambar kat blog, dah terlupa cara nak adjust setting)


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, September 3, 2013

Apa tunggu lagi? Let's go out!

Best tak kalau semuanya berada di luar??


Outside kitchen.



Outside living room.



Outside bathroom.


Outside bedroom.

The house with no walls.... :D

Tuesday, August 27, 2013

Cantik, memang cantik

Selepas menonton The Conjuring, aku jatuh cinta dengan suasana sekitar rumah tu, dengan pond yang tenang, rumah yang luas dan selesa, halaman yang luas - boleh masak lemang, boleh sidai kain banyak banyak.... CUMA. tak mo ada hantu ahli sihir... ouch, jauhkan jauhkan.

Aku memang dah lama mengidam nak ada rumah gaya country / rumah kampung dengan halaman luas saujana tangan memandang (tangan sebab sure banyak kerja nak mengemasnya, macam rumah arwah abah kat kampung kek rombau sanun, luas dan penat nak bersihkan tapi best giler!!!).

Tak nak rumah 2 tingkatlah, nanti penat, sakit lutut. maklumlah, kita dah tua, buat cara tua... vavava

HOWEVER, rumah yang ada loteng nampak romantik pulak ek...

BERANGAN JER NI


* gambar cilok kat google ler, apa lagi. tak berani letak gambar lain, seram. cuma berani letak gambar ni je

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, August 26, 2013

Seperti paku dengan penukul

bosan jugak menjadi paku ni. kadangkala, teringin menjadi gergaji. kerat jer terus


* gambar cilok kat google

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, August 13, 2013

World peace


bermaaf-maafan.
untuk ketenangan fikiran.
untuk kelegaan.

kata orang lah...

[picture credit to google]

BUT, in one way or another. I do hope that i have delete button, so that i can delete names, persons, memories yang memberikan pengalaman pahit to me.

:'(
:'(
:'(
:'(
:'(

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, July 30, 2013

Badan badan yang panas

"arrrrrrrr..."

"awak sebut r? nama awak bermula dengan huruf r?"

"hmm, robert? richard? randy?"

"bukan?"

"hmmm... row row row your boat? bukan?"

"run chicken run?"

"bukan jugak?"

"ala, aku giveuplah ramli. ramli jer lah."

- adaptasi cerita warm bodies ke bahasa melayu
hehehe


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, July 8, 2013

TANYA SAMA POKOK, APA SEBAB GOYANG

nanti jawab pokok
ada orang yang goncang

TERIMA KASIH BANYAK untuk segala damage you have done. hanya Allah dapat membalas kewajarannya.

sebagai seorang perempuan yang TAKUTKAN nerakaNYA dan IDAMkan syurgaNYA... i do feel awkward and weird and wrong and find myself doing wrong doings atas segala perkara yang tidak dibolehkan.

and i cannot say anything if you think your act is correct memandangkan setiap perbuatan disertakan tanpa niat kamu.

HANYA ALLAH yang boleh membalas setiap kewajaran (yang kamu lakukan tanpa niat).

HANYA ALLAH yang boleh membalas setiap perbuatan (yang aku benarkan tanpa suka).



Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, July 4, 2013

CINTA NAFSU NAFSI

bila lelaki MEMPERDAYAKAN seorang perempuan hanya atas tuntutan nafsu berahi yang ghairah apabila melihat perempuan itu..........

.........

.........

.........

tanpa ada niat untuk MEMPERISTERIKANNYA



Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, June 21, 2013

Yang halal itu halal, Yang HARAM itu haram

Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah aku dari benda HARAM

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bukan dari golongan kami orang yang merosakkan hubungan seorang wanita dengan suaminya.” (Riwayat Abu Daud)


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, June 19, 2013

Dear Friends, I adore you

Hari ni rasa hati ni nak cerita betapa saya KAGUM dengan kawan-kawan yang dapat menghidu kesedihan saya walaupn dengan clue yang sikit. dan terus menghubungi saya untuk bertanya kabar, dan ada yang sudi meminjamkan bahu, lengan, ketiak dan macam-macamlah for me to cry on. I dun have to mention your name, and you dun have to know your name but ALLAH KNOWS your name and i know who you are. saya DOAKAN yang terbaik buat anda, moga anda dikurniakan kesihatan, hidup yg tenteram, murah rezeki melimpah2 dan seterusnya saya doakan anda dapat tempat di al-Jannah AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.

i adore you, friends (yang real friends :D)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, June 12, 2013

Despirited

You will never be


happy


if you continue to hold on


to the things


that make you sad.


[gambar: google]



Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, June 4, 2013

DOS TERAKHIR

Sesungguhnya ubat untuk segala penyakit adalah kematian.

Itulah sebabnya, kematian itu sendiri tidak ada ubatnya. kerana kematian bukanlah satu penyakit. tetapi ia adalah ubat, untuk segala penyakit.

Dos terakhir.


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, May 28, 2013

APA MASALAH HANG SEBENARNYA?

Saya sangat stress lately. Saya diuji dengan bermacam ujian oleh Allah Taala. Tapi... ya betul, saya belum diuji macamana kamu diuji.

Ada ujian tu saya boleh lepasi dengan mudah. Kacang, macam minum cendol jer. Pahit di mata kamu, manis di hati saya. Asalkan cinta saya kepada Allah tak pernah pudar, saya sanggup redah apa saja hatta ke lautan api pun.

Apa? kamu tak percaya. Kerana Allah, saya sanggup mati. Asalkan Allah tidak jauh dari saya.

Tapi ada satu ujian ni saya rasa tak tertanggung. Jelas, saya rapuh di situ.

Ujian lelaki.

Ujian lelaki yang menggatal ataupun cuba cuba nak test saya samada saya ni boleh dimakan ataupun tak.

Ya Allah, tolonglah aku, berilah aku kekuatan untuk melepaskan diri daripada ujian lelaki gatal buaya darat vavi bertopeng setan berkulit manusia....

Jika itu adalah hadiah untukku, aku terima dengan hati yang lapang, apatah lagi jika hadiah itu baik untukku, untuk agamaku, untuk masyarakatku, untuk keluargaku.... anugerahkanlah kepadaku Ya Allah

TETAPI

andainya barang laknat itu adalah jambatan ke neraka untukku, jauhkanlah daripadaku. Apatah lagi jika barang laknat itu membawa kerosakan kepada agamaku, kepada diriku, kepada masyarakatku, kepada keluargaku. Jauhkanlah daripadaku Ya Allah, dan peliharalah aku dan kuatkanlah hatiku, tabahkanlah hatiku untuk melupakan semua nikmat keburukan barang laknat dan tetapkanlah imanku, Ya Allah, supaya aku tidak melihat dunia lagi, aku hanya melihat keindahanMU YA ALLAH YA RABB ku.

amin amin ya rabbal alamin.


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, May 23, 2013

Mencari cinta paling suci

Bagi-Mu segala puji, Engkau benar, janji-Mu benar, firman-Mu benar, bertemu dengan-Mu benar, Surga adalah benar (ada), Neraka adalah benar (ada), (terutusnya) para nabi adalah benar, (terutusnya) Muhammad adalah benar (dari-Mu), peristiwa hari kiamat adalah benar. Ya Allah, kepada-Mu aku pasrah, kepada-Mu aku bertawakal, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku kembali (bertaubat), dengan pertolongan-Mu aku berdebat (kepada orang-orang kafir), kepada-Mu (dan dengan ajaran-Mu) aku menjatuhkan hukum.



Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, May 20, 2013

MATILAH KAU

Demi Allah, sesungguhnya aku amat benci kepada orang gedik...... aku harap orang gedik MATI!!!

tercekik!!!

tertelan biji durian

hhmmmmm

well, at least aku tak minta kau mati tertelan kulit durian.

aku still ada simpati, walaupun terhadap orang gedik.



Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, May 9, 2013

LELAKI TAK AKAN MARAH MASA....

Tahukah anda lelaki tak akan marah.

Masa ... dia nak meraih cinta perempuan.

BUATLAH CEMANA pun

lelaki tak akan marah punyer

masa tu lah depa, sabar. Seperti kata pepatah, sabar seperti Nabi Ayub a.s.

HAHAHAHAHAHA

eh, gelak pulak

bahana baca novel.

hihihihi

beli untuk anak, tapi mak nyer yang baca



Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, April 23, 2013

TAK PAYAHLAH CARI SAYA KAT PWTC TU....

assalamualaikum

serius, aku tak suka sembahyang

aku memang tak suka sembahyang

kat pwtc

time pesta buku

sesak

rimas

tak selesa

sempit

so ujung ujung, Allah tolong aku. aku tidak diperlukan untuk jaga gerai di pesta buku pwtc ni. so bolehlah aku rehat rehat di rumah, basuh kain sidai kain angkat kain lipat kain susun kain kemas kain dan segala galanya tentang kain.... :)

kata mereka, petugas dah ramai. cantik cantik, jelita jelita, , ramah tamah, leh jadi daya penarik untuk panggil orang datang membeli belah...

p/s: kita tahulah kita tak cantik jelita tak ramah tamah tak lentik tak gedik. well...........

EH! TAPI UOLS PEGI TAU KAT SITU, CARI BUKU SAYA heheheehe, dan BELI LER... sokong kengkawan blogger ni :D

mekasih!


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, April 16, 2013

Buat lelaki yang mulut )(&^&*%(*&&%^&!!{"!!!

kesian kat orang lelaki yang guna cara lembut gigi dari lidah, lembik tengkok, lentoq lentoq nak berkomunikasi dengan aku. tak tau nak ludah ke nak apa... certainly they judge me wrongly. dont judge a book by its cover. ya. ingat tu. aku tak tangkap leleh lah kalau kau approach aku macam tu. jijik dibuatnya .. tau tak??

oh ya. dan orang lelaki tak perlu jaga tepi kain orang lah.
orang nak kawin ke tak kawin ke nak beranak ke tak nak beranak ke nak mati ke nak sakit ke nak mampos ke nak kawin sepuluh ke apa ke... 

what ever it is, engkau lelaki buat cara lelaki .

janganlah desperate sangat nak jadi perempuan.

kalau kau teringin sangat nak tukar jantina, lebih baik kau terus bedah diri kau jadi langau.

org lelaki is not supposed to be so busy body and yet, it's norm for them nowadays.

oh ya! in fact, women doesnt have to be very busy body too.

especially on things or destiny that you cant control at all.

just keep your, our mouth shut and do our own thingy as taught by our beloved prophet Muhamad,

is that so difficult to do?

PLEASE LAH


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, March 28, 2013

LELAKI BER API BERAPA ADA?

Assalamualaikum

kata orang pengalaman mematangkan, sesuai dengan usia yang semakin meningkat. kata orang lah... Entah ya entah tak. Bergantung kepada individu kot.

bila sebut pengalaman, memang sesungguhnya pengalaman itu adalah satu benda yang sangat ajaib, tidak boleh digambarkan dengan lukisan atau lakaran di tembok tembok besar negeri... err. negeri mana ek?

namun pengalaman memberitahu saya bahawa sesungguhnya dalam dunia ini, ada lelaki yang hobinya, main api.

mereka suka cucuh api sana sini. tak kira tempat tu mudah terbakar, tak boleh dibakar, memang untuk dibakar atau apa. bagi mereka, asal mereka boleh cucuh api, mereka akan cucuh api, tanpa fikir panjang. tanpa tanya tuan tanah mahupun penunggu gua.... kerja mereka... cucuuuuuhhhh jer.

lepas cucuh api tu, tengoklah. kadang-kadang membakar, kadang-kadang disiram hujan, lalu api terpadam. kadang-kadang ditiup angin, sama ada terpadam atau merebak ke tempat lain pula. semua tu nasib. bagi mak su yang berpandangan ikut tahap jerebu ni, kalau clear, clearlah. kalau berjerebu, tak clearlah.... -> lelaki sebegitu suka tengok api.

tapi lepas tengok sesuatu tempat tu berapi, adakah mereka akan stay?

bagi lelaki pengecut, mereka akan lari, dan cuci tangan.


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, February 28, 2013

KOSONG

......... bila dituduh perasan
sedangkan sebelum ni
engko yang beriya-iya
bermain perasaan
..........

tak apa, keberanian engko yang tak bertempat tu akan mendapat balasan setimpal.
amin amin ya rabbal alamin





Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, February 5, 2013

K.E.L.I.R.U

anak aku, dak w tu minta belikan macam macam barang untuk dia... lalu aku pun membalas permintaannya,

"W, ibu belum gaji, ibu belum dapat duit. nanti kalau ibu dah ada gaji, ibu belikan. ya."

w balas kata kata ku,
"Ibu, ayah ada gaji!"

"Ya ke?"

"Tu, kat dapo tu... " kata w sambil tunjuk ke arah gergaji yang tergantung di dinding dapur





Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, January 18, 2013

Medical check-up

Assalamualaikum

selamat tahun baru 2013 buat semua :)

Azam maksu tahun ni, nak maintain ayu walaupun usia semakin meningkat, seperti kawan baik arwah mak yang tua tetapi sihat, ceria dan masih tampak keayuannya dalam usia 70an... 

Best tak?

Well, sebagai permulaan, maksu baru dapat voucher untuk buat medical checkup dari socso.... So, hmmm, bila nak pergi buat medical checkup ek? Dan maksu juga dapat vourcher untuk buat ujian mammogram. Katanya, untuk perempuan yang berusia 40 tahun dan ke atas (eeiii, giler seram)

TETAPI, naik hairan jugak ni. Camner dengan orang lelaki yang berusia 40 tahun dan ke atas. Mereka tak perlukah jalani ujian papagram?

Geram pulak bila fikirkan.

Kalau macam ni lah, namanya... TIDAK ADIL.

Apa kata kaum wanita, kita piket dan mintak supaya semua lelaki berusia 40 tahun dan ke atas dipaksa buat ujian papagram or whatever it is.

Tapi... Kita ni hati suci, kan kaum wanita semua? Kita jangan piket kat dataran merdeka ke stadium merdeka ker, tapi kita piket kat belakang kamdar. Sambil sambil tu kita jenguk sales terbaru kat jakel. Abang abang bangla yang meniaga tudung kat sana pasti akan sokong kita. Tak sokong kalu, sapa nak beli produk mereka? Kan?

Errr.... ni cerita tentang apa sebenarnya ni?


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.