Monday, December 17, 2012

lawak kau memang bangang

aku bosan dengan lawak lawak 'kau kau kau kau kau' yang bangang.


Wednesday, December 5, 2012

BENCI

saya benci dengan orang yang membabi buta

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, December 4, 2012

K.E.L.I.R.U ... dan jiwa kacau

Assalamualaikum

jiwa saya sedang kacau sekarang ni... ini salah satu sebab kenapa lama saya tak berblog. Saya ingin berbicara, tapi saya tak tau nak cakap dengan siapa. Saya belum jumpa seorang kawan yang betul-betul sanggup dengar saya merepek meluahkan perasaan tanpa hentam saya sedangkan apa yang saya nak lakukan, hanya menggetarkan kotak suara sahaja.

saya nak menulis buku, saya diminta oleh seseorang untuk menulis satu kisah benar berdasarkan pengalaman hidupnya, tetapi saya tak dapat lakukan. sebab jiwa kacau juga. saya ingin menulis, menaip, menterjemah perasaan ke kertas, ke komputer tapi saya gagal lakukan kerana tidak bertemu lagi saat, detik yang amat tenteram untuk tenggelamkan diri saya ke mata pena.

saya nak update blog ni hari-hari, seperti dulu, seperti di zaman kegemilangan blog-blog, termasuk blog ini, tapi kekacauan di jiwa membuatkan jari-jari saya kaku dan minda saya kelu. Saya masih belum bertemu ayat-ayat indah dan menarik untuk dipostingkan di blog ini buat tatapan dan perkongsian dengan awak.

Ya Allah, kenapa hati saya perlu menghadapi ujian yang tak sepatutnya saya hadapi langsung apatah lagi di saat usia sudah bergerak semakin laju dari hari ke hari meninggalkan alam sebenar dan alam maya.

Banyak kali saya sesali keberadaan saya 'di sini' kerana saya tidak pernah menjangka akan diuji sebegini dan perkara yang berlaku membuatkan saya keliru dan buat-buah bodoh tidaklah lagi sesuai menjadi trade mark saya. Sebaliknya saya harus akui, saya benar-benar sudah bodoh kini.

Kenapa saya harus lalui permainan-permainan yang tidak lagi sesuai untuk saya lalui di kala ini sedangkan permainan-permainan yang saya lalui itu sebenarnya lebih sesuai untuk awak lalui.

Kenapa orang suka berlelucon dengan orang yang tidak mau berlelucon sedangkan dia boleh memilih rakan yang lebih sesuai dan meneruskan permainan dengan gembira sedangkan saya lebih layak melangkah lebih jauh mempersiapkan diri untuk ke alam barzakh sahaja.

Dan saya benci kepada diri saya sendiri kerana saya terpaksa melalui kerenah kerenah dan liku liku yang sudah pun saya lepasi dengan jayanya suatu ketika dahulu.

Dan saya amat benci kepada manusia yang ada mata tapi tidak melihat yang telah menumbuhkan pohon keliru di minda saya.

rindu itu adalah untuk perkara yang telah lama berlalu yang tidak akan muncul lagi.....

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.