Friday, October 5, 2012

TIMBANGTARA

percaya tak saya x tgk tivi selama hampir 4 bulan!? Well, minggu ni saya tengok tivi. Saya juga baca buku cerita. Tadi malam, saya tengok tivi cerita Tamil. Sambil baca buku cerita.

Ni ceritanya...

scene: Majlis timbang tara. dipengerusikan oleh saudara Guna.

Kes: caci-maki antara penjual ikan dan pembeli ikan.

Guna: apa kes?

Penjual ikan: dia tanya saya kenapa ikan lain2 harga padahal ikan datang dari kolam yang sama.

Guna pun tanya, so kamu jawab apa?

penjual ikan pun kata ler dia jawab macam ni, memanglah lain-lain harga. sedangkan suami isteri yang duduk di rumah yang sama pun lain-lain pakaian. isteri pakai sari suami pakai dhoti padahal mereka duduk di dalam rumah yang sama.

kerana memang ada beza. itu sebab ikan saya jual lain-lain harga.

Guna: apa ni cerita macam ni?! cerita semula dari asal. saya tak layan cerita separuh jalan!

penjual ikan: cerita asal dari mana?

Guna: cerita asal dari bermulanya papan tanda masuk ke kampung ini.

so, penjual ikan cerita dari mula, sama jer ceritanya. itu itu jer. tak de tambahan pun dan Guna sound lagi, suruh cerita dari asal juga. dari papan tanda masuk ke kampung ni. ulang ulang 2, 3 kali. lama-lama penjual ikan geram....

Aiyo... bila nak selesai bicara kes ni? ikan saya jual tadi, sekarang sudah tukar jadi ikan kering. saya tak mau dah bicara kes ni. saya tak mau.

Guna: cerita pun separuh jalan!

kemudian Guna tanya pada pembeli. Apa dia cakap sama kamu?

dan balance cerita ni.... kalau nak tau, tengok lah sendiri. saya cerita pun separuh jalan juga.

HAHAHAH


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, October 1, 2012

BILA SEDIH DAN KESEPIAN

assalamualaikum kawan-kawan blog dan geng ceritakosong!

kosong sangat blog ceritakosong ni kan..... entahlah. saya bizi ngan kerja. idea nak berblog pun tak ada.

tapi hari ni saya sedih, dan hati dilanda sepi. chewah.... dan tak tau nak luahkan kat sapa.

sebenarnya tak pernah saya bayangkan saya akan diuji dengan dahsyat ketika saya sudah pun berusia 40 tahun +

Saat ini, saya hanya fikir nak tunggu mati saja... life bukan baru bermula bagi saya. Bukan!

Dahsat, dahsat. permainan hati.......


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.