Saturday, June 30, 2012

IKLAN IKLAN IKLAN, Nak cari covergirl

Sebuah majalah berkonsep muslimah (same group as Ana Muslim) mencari gadis-gadis yang berminat untuk menjadi cover girl . Sesiapa yang berminat & cukup syarat boleh menyertai. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut : -
BERTUDUNG
BUJANG, berumur antara 18-25 TAHUN
TINGGI : 5' 5" KE ATAS (165/169CM KE ATAS)
BERAT : 55-60 KG
BERPERWATAKAN MENARIK
EMELKAN PROFIL & DUA KEPING GAMBAR ke Puan Aznor di aznor@blue-t.com.my 

atau pos ke: BLUE-T Publication Sdn Bhd , No. 12, Jalan 3/4C, Desa Melawati, 53100, Kuala Lumpur. Untuk perhatian : EDITOR, Unit Kreatif, Siti Aznor Anuar.

***BAGI MEREKA YANG MASIH BERMINAT NAMUN TIDAK MENEPATI SYARAT KETINGGIAN/BERAT MASIH BOLEH DIPERTIMBANGKAN.

***SEMUA PENGHIAS MUKA DEPAN MAJALAH AKAN DIPERTANDINGKAN DALAM PERADUAN PENCARIAN WAJAH MUKA DEPAN MAJALAH INI.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada puan aznor ya :D

Friday, June 15, 2012

lemak tu rupanya macam mana?

Assalamualaikum geng kosong yang tak kosong. Aku nak cerita tentang perbualan aku dengan dak w baru-baru ni.... Seperti biasa, sebagai anak bongsu, dia demand macam-macam. Suruh suapkan makan, suruh mandikan, suruh lapkan. satu pagi tu aku kata aku sibuk, tak boleh nak lapkan dia selepas mandi.

Dia pun tanya kenapa. Aku kata sebab aku sibuk, nak sapu losen anti lemak kat badan.

So dia tanya ler, 'lemak tu rupa macam mana?'

Ha!!! macam mana nak jawab tu?

ahhahahaa...

oh by de way, please stay around ya... Aku nak buat contest ker lucky draw ker tak tahu lah lagi, ada 3 [tiga tau] buah buku [my novels] nak give away kat uols yang jadi followers blog ni.

So aku mau cari 3 orang bertuah. tapi nanti dulu...... later later.

Sambungan kisah tadi, dak w tanya lagi..... 'ibu, lemak tu boleh bercakap tak?'

hehehe...... soalan menduga akal sungguh!

Ta ta

p/s: lemak tu rupa macam mana?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, June 13, 2012

Lapar, Letih, Haus

Bila lapar - aku nak makan
Bila letih - aku nak tidur
Bila tapak kakiku haus dan tumitku sakit dan ototku kejang aku rasa macam nak tengok movie zombie.

semalam tayar motor pancit betul-betul ketika aku dan paksu sampai di bawah bukit sebelum ke rumah. Jarak dari bukit ke pekan terdekat dengan menaiki motor ada 20 minit dan dari pekan ke rumah adalah 4 batu. Errmm, tak tau nak buat pengiraan dari segi matematik tambahan, anggarkan sajalah ya. Bukit itu dipagari hutan dan gaung, jalannya bengkang bengkok dan sunyi. Oleh kerana tayar dah pancit, terpaksalah aku turun dan menapaklah aku; paksu tolak motor, rasa-rasanya dekat 3km jugalah jalan kaki merentasi bukit tu.

jalan punya jalan - ada 5 buah motor berenti tanya kabar. perlukan pertolongan tak. dalam pada itu, kereta lalu lalang zas zas zas, tak berenti pun. Biasalah....... what do i expect?

what can i say from the experience? kekejangan otot. tu jer...



p/s: terima kasih kesuma angsana sudi follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, June 10, 2012

T.E.W.A.S sudah

akhirnya, aku tewas - pada ketewasan dan kemenangan adalah untuk orang lain.
tahniah pada kebinatangan yang masih wujud di atas dunia ini

** semoga orang yang kuat ketawakan aku bertambah kuat ketawa mereka. aku bertaruh, selama ini mereka tiada bahan hendak diketawakan. hidup mereka bosan kerana static. dan kehadiran aku di ambang mata mereka merupakan sebuah lelucon yang sangat menarik dan sangat menggeletek hati untuk tidak dipedulikan.

* arrgghh, aku ingin menjadi hipster

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, June 6, 2012

Sebuah kisah penglipur lara

Hhmmm... suratan hidup setiap orang tak sama, kan? Orang lain semakin berkembang tapi aku semakin menyusut.... itulah namanya ketentuan Ilahi.

Dahlah, cerita banyak pun tak guna. Tak membawa sebarang hasil. Jom bertelenovela.

Ada seorang pekedai, tokei kedai runcit - dia buka tawaran kredit kepada orang-orang kampung pasir dua butir ni..... Dan tiap-tiap bulan pekerjanya akan mengingatkan tentang baki kredit biarpun tiap-tiap bulan pembeli akan melunaskan kredit.

Setelah beberapa lama, manusia A terasa ingin berborak dari hati ke hati dengan sang pekerja itu. "Tokei memang suruh awak ingatkan orang-orang yang ambil kredit, supaya orang-orang berkenaan membuat bayaran.

Andainya peringatan awak kepada orang-orang yang berkredit di kedai tidak mendapat respon yang baik; awak tahu tak apa akan terjadi kepada awak???

tokei awak akan berleter, membebel, macam-macam - nak bayar sewa kedai, lampu, bilik air, ubat nyamuk, bla bla bla, bateri kalkulator pun dikira juga - sebab apa? sebab ta da masyukkkkk.... Bila ada masyuukkkkk, kewangan runcit tokei tambah baik, tokei akan pergi bervacation atau pun pergi ke timur tengah, kemudian tokei awak akan belikan awak gelang! Gelang kaler hitam or kaler merah tak kesahlah. Awak pun hepi bagai nak rak. Kira dah hebat sangatlah tu..... lalala.

Setakat tu jer lah kegembiraan awak. SEdar, sedarlah. Baiklah awak cari kerja part time."

TAMMAT

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, June 3, 2012

Hari-hari yang berlalu

Minggu lepas aku balik kampung suami, emergency, kerana mak mertua [arwah] nazak, terlantar tidak sedarkan diri sudah beberapa hari. Akur dengan kemahuan suami, aku memohon cuti sehingga hari selasa 29 mei.

Kami tertanya-tanya, bilakah agaknya kami perlu balik ke kampung andainya belum sampai masanya untuk mak mertua [arwah] bertemu Penciptanya.

Namun takdir Allah mengatasi segala omongan kosong dan pertanyaan dan spekulasi, beliau menghembuskan nafas terakhir pada Selasa 29 mei jam 1.30pagi.

Terima kasih Sherwiena Muzzawer atas kesudian following blog ini.... :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.