Sunday, May 6, 2012

Aku di pesta buku 2012

sebagai petugas, kalau tidak kerana tugas, tentu tidak akan ke sana untuk bersesak-sesak, berhimpit-himpit.... uh uh uh.... so not me....

Sebenarnya memang tujuan asal ingin ke pesta buku harini untuk mencarikan buku buat kakngah tetapi hujan lebat sekarang, dan keadaan kaki yang sangat sakit selepas berada di pwtc pada kamis jumaat selasa kamis sabtu - saya serender. saya menyerah kalah pada keadaan semasa. Maaf ya kakngah.

Selama saya di pesta buku tahun ini, rasa seronok sebab ramai kawan-kawan datang. Dan membeli-belah, terutamanya hasil perahan otak saya.... [ambil otak keluarkan dari kepala dan perah perah perah perah sehingga sekarang, idea dah kurang dah, hahaha]

Terima kasih aida z, zareda norman, abang long, noor aishah, abang long, kak ijan dan anak-anak saudara. Saya jumpa Ustaz Amal tapi sayanglah tak ambik gambar dengan dia.... huhuhu


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.