Friday, March 23, 2012

Saya, pelajar universiti yang lekit

Semalam i went to Universiti malaya to attend a kursus on penyuntingan karya kreatif. Ceritanya menarik, kepada saya ler... so, teringat nak kongsi kat blog, yang sunyi sepi ni, hehehe.....

Hari rabu senja tu baru nak google map cari lokasi UM [ai tak tahu lokasi UM uols, maklumlah, ai belajar kat uitm].

SO Semalam tanya kat pakcik yang jual minyak petrol cara nak ke UM, ngan hubby saya pun tak tahu lokasinyer... hahaha.

Pakcik: "Anak masuk universiti ker?:

Saya anggukkan kepala sambil kuarkan duit nak bayar petrol.

pakcik: alhamdulillah, masuk universiti. berapa tahun belajar?

Saya senyum lagi sambil angguk-angguk..... Tiba-tiba... : "Eh, pak cik, bukan masuk universiti, pergi kursus kat sana sehari jer... he he he."

{bangga tau, pakcik tu kata iols pelajar universiti. lalala}

pakcik pandang aku dengan heran.

So, finally hubby hantar aku di hadapan kawasan tempat kursus tu... Dan... jeng jeng jeng...

berapa lama aku ambik masa dari tepi jalan nak ke tempat kursus???

Cuba teka...

Satu jam!! satu jam uols!! Badan aku melekit ngan peluh jate tino yang bercucuran. Aku sesat di fakulti berkenaan. Uwaaa, letih sampai tak larat nak bercakap, muka pucat lesi kering kontang.

Anyhow, i am happy kerana dapat menambah ilmu dan bertemu kak Sri Diah yang aku hormati dan lain2 penceramah yang ku hormati jua :)

Terima kasih utk perkongsian ilmu.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, March 21, 2012

hati berbunga


Syukran Ya Allah kena diulang cetak, 5000 copies cetakan pertama sudah habis after 6-months in the market. Terima kasih kat kawan-kawan yang order ngan saya dulu, kalau ada kawan2 nak order, jgn malu-malu, cakap jer. Pos Malaysia kan ada :)






Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, March 15, 2012

Raja lawak enam - akhir

Saya nak tengok shiro!!! Shiro, buat lawak jenaka kasik pecah perut ya.... :)

p/s: Terima kasih Mastura, Nizamsani, Lida Rahim, Amira Atiqah atas kesudian following blog ini.


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, March 8, 2012

pengalaman pertama merasa banjir

assalamualaikum & selamat pagi buat kawan-kawan yang baru memulakan kerja.

Ini adalah cerita yang berlaku semalam sambung hari ni, cerita hujan yang masih belum berhenti...

Sebenarnya aku baru bangun tidur pukul 8.30am [just now].

Spekulasi.... pemalasnyer..... tak kerja ker?

Pada pukul 4.45 pagi tadi, aku baru abis mandi selepas balik kerja untuk hari bekerja rabu 7 Mac!!

Ceritanya macam ni, balik dari opis selepas azan isyak malam semalam. lambat kerana langit mencurahkan hujan cats & dogs. so terpaksa tunggu guruh, kilat reda baru brani nak gerak.

Kira-kira lagi 3 batu nak sampai ke rumah kami - banjir sudah melanda. Time tu pukul 9.40pm lebihkurang. Dalam hujan lebat tu, berteduhlah kami dengan ramai penunggang motosikal (30 org +) kat sebuah kedai tinggal. Tunggu punya tunggu, tup tup dah pukul 12 tengah malam. Mata ngantuk, perut lapar, hajat di hati nak dinner ngan anak-anak tapi tak kesampaianlah. Dah janji nak bawak dorang gi kedai ikan bakar. Pak su baru dapat duit kutu.

Sambung cerita banjir. So, finally pukul 3 pagi ada seorang lelaki sedekahkan air teh o panas dgn roti sorang sebungkus kat semua orang yang terkandas - as our dinner. Dinner pukul 3 pagi! perut dah pedih tapi terima kasih dan alhamdulillah.

Akhirnya kerana tak tahan nak buang air kecil, aku paksa hubby redah jer banjir tu. kat satu tempat tu airnya agak tinggi, so kena meranduk airlah. Ada beberapa tempat air sungai naik separas dengan jalanraya.

Akhirnya, kami sampai di rumah dalam pukul 4.30 / 4.35 am.

Hari ni tak kerjalah. Hujan masih turun dengan lebatnya.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.