Terima kasih kepada blogger Mulan, Ungu Violet, Mamaainisudi follow blog ini :)
Pengalaman saya setakat ini sebagai penulis, manuskrip [mss] kena reject adalah perkara biasa. Novel kanak-kanak hasil tulisan saya tu, mesti kena reject. Idea kita mesti tak kena dgn idea tokei syarikat, sebab idea kita adalah kemahuan kita, tokei syarikat berfikir sebagai macam-macam orang, dia editor, dia mak budak, dia pak budak, dia budak-budak, dia salesman, dia marketing man dan lain lain.
Oleh kerana kita sebagai penulis yang mahukan karya kita diterbitkan, saya akur dengan kehendak tokei.
Itupun kira ok lagi... Betul... Saya dah berinteraksi ngan beberapa syarikat penerbitan:
- syarikat A - sampai ke sudah dia tak beritahu samada 'mss' saya diterima ataupun ditolak, hampeh betul... ujung-ujung dia leh kata, 'mss' anda dah hilang. BOLEH HANta BaliK taK?
- syarikat B - kat laman web kata kalau boleh diperbaiki ikut kehendak penerbit, so penulis kenalah perbaiki. tapi apa yang saya dapat, rejek gitu jer... tak offer pun untuk amendment atau bagi cadangan supaya penulis boleh perbaiki novelnya.... hampa.
- syarikat C - dorang ni mmg selamba, tapi still ada tema-tema yang kita kena folo. So, mss saya katanya tak mengikut tema mereka, jawapannya REJEK. tanpa dolak dalih, non negotiable.
Kesimpulannya, tokei saya so far masih lagi bagi peluanglah kat penulis untuk terus berurusan. Bak kata seorang sahabat maya yang saya kenali di blog, Opah De... Tentu semua orang pun kenal kan? Saya quote sebahagian daripada nasihatnya di sini:
"Kalau editor suruh tukar itu tukar ini, jangan melenting. Ikutkan aje meskipun sakit hati dibuatnya. Tapi yang penting, dia nak terbitkan. Lepas tu baru kita boleh put our foot down, kita terangkan logik cerita kita. Kalau awal-awal lagi kita dah kata kita nak macam ni jugak, selamat tinggallah jawabnya."
Opah De, saya kongsi nasihat awak ngan semua orang, harap uols tak marah ya.
P/S: saya nak war-warkan tokei saya nak cari penulis bagi pertandingan pena permata, cari infonya di facebook tokei saya tu, cari kat ruangan photo. ataupun google jer pena permata (punyalah malas aku nak letak link or gambar), hehehe
Bagi yang nak hantar 'mss' mereka kepada majikan mak su, boleh emel kepada saya kat ceritakosong@gmail.com
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.