Friday, October 5, 2012

TIMBANGTARA

percaya tak saya x tgk tivi selama hampir 4 bulan!? Well, minggu ni saya tengok tivi. Saya juga baca buku cerita. Tadi malam, saya tengok tivi cerita Tamil. Sambil baca buku cerita.

Ni ceritanya...

scene: Majlis timbang tara. dipengerusikan oleh saudara Guna.

Kes: caci-maki antara penjual ikan dan pembeli ikan.

Guna: apa kes?

Penjual ikan: dia tanya saya kenapa ikan lain2 harga padahal ikan datang dari kolam yang sama.

Guna pun tanya, so kamu jawab apa?

penjual ikan pun kata ler dia jawab macam ni, memanglah lain-lain harga. sedangkan suami isteri yang duduk di rumah yang sama pun lain-lain pakaian. isteri pakai sari suami pakai dhoti padahal mereka duduk di dalam rumah yang sama.

kerana memang ada beza. itu sebab ikan saya jual lain-lain harga.

Guna: apa ni cerita macam ni?! cerita semula dari asal. saya tak layan cerita separuh jalan!

penjual ikan: cerita asal dari mana?

Guna: cerita asal dari bermulanya papan tanda masuk ke kampung ini.

so, penjual ikan cerita dari mula, sama jer ceritanya. itu itu jer. tak de tambahan pun dan Guna sound lagi, suruh cerita dari asal juga. dari papan tanda masuk ke kampung ni. ulang ulang 2, 3 kali. lama-lama penjual ikan geram....

Aiyo... bila nak selesai bicara kes ni? ikan saya jual tadi, sekarang sudah tukar jadi ikan kering. saya tak mau dah bicara kes ni. saya tak mau.

Guna: cerita pun separuh jalan!

kemudian Guna tanya pada pembeli. Apa dia cakap sama kamu?

dan balance cerita ni.... kalau nak tau, tengok lah sendiri. saya cerita pun separuh jalan juga.

HAHAHAH


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

10 comments:

Tihara said...

menarik cerita tu maksu..hehe :)

lupekanje said...

punya la panjang cerita dia...sampai ikan pun jadik ikan kering????? Lol

- G C - said...

hebatnya 4 bulan tak tengok tv. sy ni balik kerja, masuk rumah otomatik terus on tv. hahaha

EpaL c0keLaT said...

sy ari2 ngadap tv :|

muhammad fakhar muhammad nur said...

Salam,

Saya sedang menjalankan survey mengenai masjid bagi tujuan kajian penyelidikan master saya. Harap dapat meluangkan sedikit masa menjawab soalan yang di berikan.
Klik link di bawah untuk terus ke soalan. Kerjasama anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

haha lawak,,

saye pun da lame tak tgk tv =) tggu balik umah baru tgk

Aleeya Atinza Saaid said...

citer tamil jalan cerita lagik best dari citer hindi sebenarnye..klo tak takkan Sivaji The Boss dpt kutip rm8 juta tyg kat msia kan maksu...hahahaha

XMaTaPeJAmCeliKX said...

Saya nak beli ikan...ehehe

CuTeMiUt78 said...

citer ulang2... at last separuh jalan je..

Marlis Marlis said...

Maksu, lama sungguh aku tak lawat blog hang ni. Kau pun dah jarang update ye. Walaupun masa aku banyak focus kat fb, tapi aku rasa berblog ni ada sentimental value dia yang tersendiri. Mmmmm....