Wednesday, June 6, 2012

Sebuah kisah penglipur lara

Hhmmm... suratan hidup setiap orang tak sama, kan? Orang lain semakin berkembang tapi aku semakin menyusut.... itulah namanya ketentuan Ilahi.

Dahlah, cerita banyak pun tak guna. Tak membawa sebarang hasil. Jom bertelenovela.

Ada seorang pekedai, tokei kedai runcit - dia buka tawaran kredit kepada orang-orang kampung pasir dua butir ni..... Dan tiap-tiap bulan pekerjanya akan mengingatkan tentang baki kredit biarpun tiap-tiap bulan pembeli akan melunaskan kredit.

Setelah beberapa lama, manusia A terasa ingin berborak dari hati ke hati dengan sang pekerja itu. "Tokei memang suruh awak ingatkan orang-orang yang ambil kredit, supaya orang-orang berkenaan membuat bayaran.

Andainya peringatan awak kepada orang-orang yang berkredit di kedai tidak mendapat respon yang baik; awak tahu tak apa akan terjadi kepada awak???

tokei awak akan berleter, membebel, macam-macam - nak bayar sewa kedai, lampu, bilik air, ubat nyamuk, bla bla bla, bateri kalkulator pun dikira juga - sebab apa? sebab ta da masyukkkkk.... Bila ada masyuukkkkk, kewangan runcit tokei tambah baik, tokei akan pergi bervacation atau pun pergi ke timur tengah, kemudian tokei awak akan belikan awak gelang! Gelang kaler hitam or kaler merah tak kesahlah. Awak pun hepi bagai nak rak. Kira dah hebat sangatlah tu..... lalala.

Setakat tu jer lah kegembiraan awak. SEdar, sedarlah. Baiklah awak cari kerja part time."

TAMMAT

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

9 comments:

*SiRibenMerah said...

hehe. saya faham. seronok yg sementara je..

Kakzakie said...

Dalam hal begitu tapi MakSu kakak rasa masih ramai yg tak sedar-sedar lagi - sedihhh...

Zareda Norman said...

maksu

mgkn ada rejeki yg lebih baik menanti tu.. :-)

ibundo said...

assalamualaikum maksu. Apa kabar. kabare.. lamanya tak dengar kabar maksu. Sihat? Ada pertambahan ahli keluarga? hikhik...
hidup nisemilan!!!!! tibo tibo je berkobar kobar nak balik kampung tapi time tak do.

Granny Hani said...

erkk...faham sikit2 jer nih..

shasha said...

errrr.....telenovela selalu berdasarkan realiti kehidupan kan?

ct rahani said...

kisah realiti pun byk macam nih kan maksu.. :)

julietchun said...

saya suka gelang kaler hitam ya maksu :D

Rozita said...

rezeki ada di mana2. asalkan halal