Wednesday, June 13, 2012

Lapar, Letih, Haus

Bila lapar - aku nak makan
Bila letih - aku nak tidur
Bila tapak kakiku haus dan tumitku sakit dan ototku kejang aku rasa macam nak tengok movie zombie.

semalam tayar motor pancit betul-betul ketika aku dan paksu sampai di bawah bukit sebelum ke rumah. Jarak dari bukit ke pekan terdekat dengan menaiki motor ada 20 minit dan dari pekan ke rumah adalah 4 batu. Errmm, tak tau nak buat pengiraan dari segi matematik tambahan, anggarkan sajalah ya. Bukit itu dipagari hutan dan gaung, jalannya bengkang bengkok dan sunyi. Oleh kerana tayar dah pancit, terpaksalah aku turun dan menapaklah aku; paksu tolak motor, rasa-rasanya dekat 3km jugalah jalan kaki merentasi bukit tu.

jalan punya jalan - ada 5 buah motor berenti tanya kabar. perlukan pertolongan tak. dalam pada itu, kereta lalu lalang zas zas zas, tak berenti pun. Biasalah....... what do i expect?

what can i say from the experience? kekejangan otot. tu jer...



p/s: terima kasih kesuma angsana sudi follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

7 comments:

ct rahani said...

alahai ciannya maksu.. memang kejung la otot.. huhu..

shasha said...

Nasib baik mak su tak pakai high heels ek...

rasp said...

memang letih menapak ....

miloais milo said...

kesian nya maksu!
memang penat lah kalo sampai 3 km tu....

MOKCIK AZWA said...

azwa pun rasa simpati pada mereka yang kena menapak bila motor buat hal..

semalam baru nampak satu kereta buat hal betul2 kat trafik light, drivernya terpaksa tolak kereta, sambil isterinya dok rileks kat dalam kereta tu..alahaiii..

Tihara said...

moga dimudahkan segala urusan maksu

Irfa said...

selalu gak tgk org tengah tolak motor pancit tp entahlah..saya tak tahu nak tolong macam mana ;(

maafkan saya