Thursday, March 8, 2012

pengalaman pertama merasa banjir

assalamualaikum & selamat pagi buat kawan-kawan yang baru memulakan kerja.

Ini adalah cerita yang berlaku semalam sambung hari ni, cerita hujan yang masih belum berhenti...

Sebenarnya aku baru bangun tidur pukul 8.30am [just now].

Spekulasi.... pemalasnyer..... tak kerja ker?

Pada pukul 4.45 pagi tadi, aku baru abis mandi selepas balik kerja untuk hari bekerja rabu 7 Mac!!

Ceritanya macam ni, balik dari opis selepas azan isyak malam semalam. lambat kerana langit mencurahkan hujan cats & dogs. so terpaksa tunggu guruh, kilat reda baru brani nak gerak.

Kira-kira lagi 3 batu nak sampai ke rumah kami - banjir sudah melanda. Time tu pukul 9.40pm lebihkurang. Dalam hujan lebat tu, berteduhlah kami dengan ramai penunggang motosikal (30 org +) kat sebuah kedai tinggal. Tunggu punya tunggu, tup tup dah pukul 12 tengah malam. Mata ngantuk, perut lapar, hajat di hati nak dinner ngan anak-anak tapi tak kesampaianlah. Dah janji nak bawak dorang gi kedai ikan bakar. Pak su baru dapat duit kutu.

Sambung cerita banjir. So, finally pukul 3 pagi ada seorang lelaki sedekahkan air teh o panas dgn roti sorang sebungkus kat semua orang yang terkandas - as our dinner. Dinner pukul 3 pagi! perut dah pedih tapi terima kasih dan alhamdulillah.

Akhirnya kerana tak tahan nak buang air kecil, aku paksa hubby redah jer banjir tu. kat satu tempat tu airnya agak tinggi, so kena meranduk airlah. Ada beberapa tempat air sungai naik separas dengan jalanraya.

Akhirnya, kami sampai di rumah dalam pukul 4.30 / 4.35 am.

Hari ni tak kerjalah. Hujan masih turun dengan lebatnya.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

16 comments:

*SiRibenMerah said...

alahai.. kesiannya maksu.. moga dilindungi Allah selalu... takpe, dugaan kecil je nk kuatkan iman kita..

Take care dan selamat berehat...

kakngah said...
This comment has been removed by the author.
kakngah said...
This comment has been removed by the author.
kakngah said...

pg ni tgk MHI duk gebang pasal banjir mlm semalam. banyak kete dah jadi sampan katanya...

maksu, nak mintak tolong sikit. tinggalkan komen kat SINI
eh!
thanks in advance.

Tihara said...

saya dpt bayangkan situasi mak su n keadaan anak2 yg menunggu di rumah..ujian kan maksu..tp alhamdulillah selamat sampai ke rumah ea maksu :)

miloais milo said...

kesianya kat maksu...

memang lebat banget hujan semalam... sampai ke pagi ni... skang ni pun - matahari masih malu2 nak keluar....

iols terselamat dari jamed teruk semalam - sebab balik naik train...

MOKCIK AZWA said...

Alahai maksu..kesiannya..

ni boleh dijadikan idea untuk penulisan Maksu ni..

- GC - said...

maksu, baik hatinya lelaki yg sedekah air dgn roti tu.

kat lumut ni pun asyik hujan je

Daddy Ziyyad said...

lamanya stranded...kesian maksu..

mulia hati insan yg menderma tu kan..

aNIe said...

Assalamualaikum maksu...

Akak merasa duduk kat penempatan org yg dilanda banjir masa kecik je dulu... pastu setakat air sampai betis je...

Bila rumah mertua dah ditinggikan...dah tak rasa banjir lagik dah...

Semoga hujan akan berhenti...dan keadaan pulih seperti sediakala

Kakzakie said...

Dahsyat memang cerita banjir di sana. Kakak tengok berita air ada sampai paras peha Mak Su...

Kella said...

mai aihh.. sesetengah tempat tu begitu teruk ye banjirnya!! mujur ada orang yang bersedekah tu kan maksu... murah resekinyya.

So'od said...

sambil meranduk air tu tak buang air sekali ke? rugi. hahahah!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

maksu..semua ni dugaan dari Allah..

ada hikmahnya...

kak mah said...

Sesekali main banjir memang menyeronokkan.

kemey said...

perkara yg bes time banjir mancing ikan=)