Terima kasih kepada blogger Mulan, Ungu Violet, Mamaainisudi follow blog ini :)
Pengalaman saya setakat ini sebagai penulis, manuskrip [mss] kena reject adalah perkara biasa. Novel kanak-kanak hasil tulisan saya tu, mesti kena reject. Idea kita mesti tak kena dgn idea tokei syarikat, sebab idea kita adalah kemahuan kita, tokei syarikat berfikir sebagai macam-macam orang, dia editor, dia mak budak, dia pak budak, dia budak-budak, dia salesman, dia marketing man dan lain lain.
Oleh kerana kita sebagai penulis yang mahukan karya kita diterbitkan, saya akur dengan kehendak tokei.
Itupun kira ok lagi... Betul... Saya dah berinteraksi ngan beberapa syarikat penerbitan:
- syarikat A - sampai ke sudah dia tak beritahu samada 'mss' saya diterima ataupun ditolak, hampeh betul... ujung-ujung dia leh kata, 'mss' anda dah hilang. BOLEH HANta BaliK taK?
- syarikat B - kat laman web kata kalau boleh diperbaiki ikut kehendak penerbit, so penulis kenalah perbaiki. tapi apa yang saya dapat, rejek gitu jer... tak offer pun untuk amendment atau bagi cadangan supaya penulis boleh perbaiki novelnya.... hampa.
- syarikat C - dorang ni mmg selamba, tapi still ada tema-tema yang kita kena folo. So, mss saya katanya tak mengikut tema mereka, jawapannya REJEK. tanpa dolak dalih, non negotiable.
Kesimpulannya, tokei saya so far masih lagi bagi peluanglah kat penulis untuk terus berurusan. Bak kata seorang sahabat maya yang saya kenali di blog, Opah De... Tentu semua orang pun kenal kan? Saya quote sebahagian daripada nasihatnya di sini:
"Kalau editor suruh tukar itu tukar ini, jangan melenting. Ikutkan aje meskipun sakit hati dibuatnya. Tapi yang penting, dia nak terbitkan. Lepas tu baru kita boleh put our foot down, kita terangkan logik cerita kita. Kalau awal-awal lagi kita dah kata kita nak macam ni jugak, selamat tinggallah jawabnya."
Opah De, saya kongsi nasihat awak ngan semua orang, harap uols tak marah ya.
P/S: saya nak war-warkan tokei saya nak cari penulis bagi pertandingan pena permata, cari infonya di facebook tokei saya tu, cari kat ruangan photo. ataupun google jer pena permata (punyalah malas aku nak letak link or gambar), hehehe
Bagi yang nak hantar 'mss' mereka kepada majikan mak su, boleh emel kepada saya kat ceritakosong@gmail.com
20 comments:
mesti rasa macam dilema sape yg patut buat follow up lepas antar mss kan?
kang kalo kita terkedek-kedek sangat kang dorang kata annoying pulak.
padahal kalo mss kita tu hits publisher gak yg dapat nama. :)
Assalamualaikum Mak Su
teruskan usaha mak su
Insyaallah
ada kejayaan nanti..
terasa nk anta manuskrip plak..ekekeke
semoga urusan maksu dipermudahkan...dugaan mendewasakan kitakan maksu...
Hihihi...bila la saya ada masa nak buat baru ek...asik malas je ni...
Semoga Mak Su satu masa akan menjadi penulis besar, Amin ya Rabbal Alaminnn
Kalau masa belajar dulu mungkin kakak mesti terpikat Mak Su. Sekarang dah tua malas nak menulis lagi dah...
asalam ... saya tak pandai menulis .. he3
semangat nak kena kuat lah kan...
kalo seklai rejek - pastu patah semangat
sampai bila2 pun tak kan berjaya....
chaiyok2 mak su.. nnt da publish sila war2 kan ye.. nk juga memiliki naskah nurkilan maksu.. :)
semuga kejayaan mengiringi maksu selalu :)
sangat setuju. bukan manuskrip novel saja, karya ecerean macam cerpen dan sajak pun selalu benar kena reject, kalau tak menepati kehendak editor :) tapi kita tak boleh mengalah. hehehe.
p/s : maksu, maaf ye kalau saya silap, tapi setahu saya ejaan 'war-warkan' itu yang sebetulnya adalah 'uar-uarkan' :)
Semoga berjaya....
tak handal sangat nak mengarang...
papapun tahniah maksu...smoga terus sukses
eemmm kita ni klu stakat nak mengarang benda merapu2 tu blh la kot.. tapi klu bab nak mengarang manuskrip ni.. cam blm berapa nak pandai la plak.. blh ajarkan kita tak maksu.. cam berminat gak
semoga mak su terus berjaya dlm penulisan..nurul tak tau sgt tulis2nie..huhu
terasa macam nak menulislah...raso mesti masuk tong sampah awal2..ahaks.
Suka bace novel tapi tak pandai nk mengarang...
Tahniah buat maksu...
salam,
bertambah lagi blogger jadi penulis
novel ...tahniah!
kongsilah tajuk buku maksu tu :)
hehe.. dedulu taim jaman jiwa remaja membara, konon nak buat novel, punye la tulis dalam buku log, bermuke3.. haha. last3 tersadai..
saya memang nak jd penulis.. cuma wktu je x da maksu =))
anyway, tq fr sharing
Post a Comment