Pertama sekali, terima kasih kepada Sinichi Yaya atas kesudian jadi follower blog cerita kosong ini, sebuah blog yang kureng mendapat perhatian daripada pemiliknya [mak su] akhir-akhir ini. Maaf, maaf, maaf.
Jom tengok gambar-gambar semasa kursus motivasi kampeni hari tu.
Mula-mula kami sampai, kami tengok kolam sedang direnovate, alhamdulillah. tiada water game.

Lepas tu, check-in ke bilik masing-masing.

Hari pertama banyak games dalam kelas sahaja. Hari kedua, tengoklah tu, chef-de-mission kata setiap orang kena lalu kat atas tu... gayat tuh!! gila nih!!

Mak aaiii, lutut dah ketaq siuutt.

Oooiii...! Jauhnya!! Ingatkan dua langkah dah sampai!!?

Kena lalu ke?
Kena lalu ke?
Kenalah!
Baiklah...
(aku melangkah panjang-panjang, tangan capai tali jauh-jauh...that's why jalan ala-ala membongkok. Tumpang lalu, cucu cicit nak tumpang lalu)

Ingatkan seksaan dah habis. Lepas tu kena pakai tali spender pulak!!!!! Kena gayut kat tali pulak!!!




13 comments:
menarik..bila nak dtg kem saya pulak...
seronok lah maksu..femes jugak eks dusun eco resort nih..sy penah jugle treking kat janda baik je dulu..lebih kurang 3 jam dlm hutan..fuhh meletihkan..kalo skrg sy pn surrender :)
Jambatan gantung tu semua zar ok je.. Siap flying fox bagai tapi bila tak de hp signal.. Waduhhh seksa.
Sallam Mak Su,
Ok tu, Aktiviti lasak boleh menyegarkan jiwa..
aduyaiii... gayat nyerrr...
bestnya kursus mcm gini...klu berpeluang, saya pun nak sertainya...
Dulu-dulu memang gayat.. tapi sekarang nak cuba semuanya...
wah seronok wat aktiviti gitu
saya suka gambar zoom tu..pandainye..=]
mmg kegemaran saya aktiviti mcm ni
mak su aktiviti macam ni best tu, sya sangat suka
salam maksu....napa ada gambaq dah hilang...huhuhuhu
Cuti cuti pegi kem motivasi ke mak su?
ooo..saya suka saya suka..hehehe..
Post a Comment