Monday, December 17, 2012

lawak kau memang bangang

aku bosan dengan lawak lawak 'kau kau kau kau kau' yang bangang.


Wednesday, December 5, 2012

BENCI

saya benci dengan orang yang membabi buta

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, December 4, 2012

K.E.L.I.R.U ... dan jiwa kacau

Assalamualaikum

jiwa saya sedang kacau sekarang ni... ini salah satu sebab kenapa lama saya tak berblog. Saya ingin berbicara, tapi saya tak tau nak cakap dengan siapa. Saya belum jumpa seorang kawan yang betul-betul sanggup dengar saya merepek meluahkan perasaan tanpa hentam saya sedangkan apa yang saya nak lakukan, hanya menggetarkan kotak suara sahaja.

saya nak menulis buku, saya diminta oleh seseorang untuk menulis satu kisah benar berdasarkan pengalaman hidupnya, tetapi saya tak dapat lakukan. sebab jiwa kacau juga. saya ingin menulis, menaip, menterjemah perasaan ke kertas, ke komputer tapi saya gagal lakukan kerana tidak bertemu lagi saat, detik yang amat tenteram untuk tenggelamkan diri saya ke mata pena.

saya nak update blog ni hari-hari, seperti dulu, seperti di zaman kegemilangan blog-blog, termasuk blog ini, tapi kekacauan di jiwa membuatkan jari-jari saya kaku dan minda saya kelu. Saya masih belum bertemu ayat-ayat indah dan menarik untuk dipostingkan di blog ini buat tatapan dan perkongsian dengan awak.

Ya Allah, kenapa hati saya perlu menghadapi ujian yang tak sepatutnya saya hadapi langsung apatah lagi di saat usia sudah bergerak semakin laju dari hari ke hari meninggalkan alam sebenar dan alam maya.

Banyak kali saya sesali keberadaan saya 'di sini' kerana saya tidak pernah menjangka akan diuji sebegini dan perkara yang berlaku membuatkan saya keliru dan buat-buah bodoh tidaklah lagi sesuai menjadi trade mark saya. Sebaliknya saya harus akui, saya benar-benar sudah bodoh kini.

Kenapa saya harus lalui permainan-permainan yang tidak lagi sesuai untuk saya lalui di kala ini sedangkan permainan-permainan yang saya lalui itu sebenarnya lebih sesuai untuk awak lalui.

Kenapa orang suka berlelucon dengan orang yang tidak mau berlelucon sedangkan dia boleh memilih rakan yang lebih sesuai dan meneruskan permainan dengan gembira sedangkan saya lebih layak melangkah lebih jauh mempersiapkan diri untuk ke alam barzakh sahaja.

Dan saya benci kepada diri saya sendiri kerana saya terpaksa melalui kerenah kerenah dan liku liku yang sudah pun saya lepasi dengan jayanya suatu ketika dahulu.

Dan saya amat benci kepada manusia yang ada mata tapi tidak melihat yang telah menumbuhkan pohon keliru di minda saya.

rindu itu adalah untuk perkara yang telah lama berlalu yang tidak akan muncul lagi.....

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, October 5, 2012

TIMBANGTARA

percaya tak saya x tgk tivi selama hampir 4 bulan!? Well, minggu ni saya tengok tivi. Saya juga baca buku cerita. Tadi malam, saya tengok tivi cerita Tamil. Sambil baca buku cerita.

Ni ceritanya...

scene: Majlis timbang tara. dipengerusikan oleh saudara Guna.

Kes: caci-maki antara penjual ikan dan pembeli ikan.

Guna: apa kes?

Penjual ikan: dia tanya saya kenapa ikan lain2 harga padahal ikan datang dari kolam yang sama.

Guna pun tanya, so kamu jawab apa?

penjual ikan pun kata ler dia jawab macam ni, memanglah lain-lain harga. sedangkan suami isteri yang duduk di rumah yang sama pun lain-lain pakaian. isteri pakai sari suami pakai dhoti padahal mereka duduk di dalam rumah yang sama.

kerana memang ada beza. itu sebab ikan saya jual lain-lain harga.

Guna: apa ni cerita macam ni?! cerita semula dari asal. saya tak layan cerita separuh jalan!

penjual ikan: cerita asal dari mana?

Guna: cerita asal dari bermulanya papan tanda masuk ke kampung ini.

so, penjual ikan cerita dari mula, sama jer ceritanya. itu itu jer. tak de tambahan pun dan Guna sound lagi, suruh cerita dari asal juga. dari papan tanda masuk ke kampung ni. ulang ulang 2, 3 kali. lama-lama penjual ikan geram....

Aiyo... bila nak selesai bicara kes ni? ikan saya jual tadi, sekarang sudah tukar jadi ikan kering. saya tak mau dah bicara kes ni. saya tak mau.

Guna: cerita pun separuh jalan!

kemudian Guna tanya pada pembeli. Apa dia cakap sama kamu?

dan balance cerita ni.... kalau nak tau, tengok lah sendiri. saya cerita pun separuh jalan juga.

HAHAHAH


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, October 1, 2012

BILA SEDIH DAN KESEPIAN

assalamualaikum kawan-kawan blog dan geng ceritakosong!

kosong sangat blog ceritakosong ni kan..... entahlah. saya bizi ngan kerja. idea nak berblog pun tak ada.

tapi hari ni saya sedih, dan hati dilanda sepi. chewah.... dan tak tau nak luahkan kat sapa.

sebenarnya tak pernah saya bayangkan saya akan diuji dengan dahsyat ketika saya sudah pun berusia 40 tahun +

Saat ini, saya hanya fikir nak tunggu mati saja... life bukan baru bermula bagi saya. Bukan!

Dahsat, dahsat. permainan hati.......


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, July 20, 2012

You, yes you... yang suka jaga tepi kain orang

No No No... jangan suka jaga tepi kain orang. Tambahan lagi berasa risau atau muntah lahar semata-mata mata awak tak suka tengok sesuatu pada orang lain PADAHAL perkara yang awak benci tu tak sikit pun mengganggu hidup awak.

No No No - faham-fahamlah orang yang suka buat diri dia risau untuk perkara yang tak kena-mengena dengan diri dia mahupun keluarga dia akan mudah mendapat sakit.

No No No - jaga-jaga ya.... takut-takut nanti semua duit yang ada di tangan habis kat berubat untuk mendapatkan kesihatan diri yang semakin susut dek kerana penyakit hati iaitu banyak risaukan orang, suka jaga tepi kain orang.

HATI - HATI.

p.s: Opps , terlupa pulak iols ni tau!! babap diri sendiri. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Nurdiyanah Zulkarnain dan Kayna atas kesudian follow blog cerita kosong yang semakin kosong ini. Terima kasih dan maaf ya kalau blog ini tak seperti yang diwar-warkan suatu ketika dahulu.... sob3

saya juga ada di sini

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, July 13, 2012

Bukan berpindah

Bukan lari, tapi saya juga ada di sini... leh follow :)
{kalau sudi lah}

Cerita Kosong di Facebook

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, June 30, 2012

IKLAN IKLAN IKLAN, Nak cari covergirl

Sebuah majalah berkonsep muslimah (same group as Ana Muslim) mencari gadis-gadis yang berminat untuk menjadi cover girl . Sesiapa yang berminat & cukup syarat boleh menyertai. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut : -
BERTUDUNG
BUJANG, berumur antara 18-25 TAHUN
TINGGI : 5' 5" KE ATAS (165/169CM KE ATAS)
BERAT : 55-60 KG
BERPERWATAKAN MENARIK
EMELKAN PROFIL & DUA KEPING GAMBAR ke Puan Aznor di aznor@blue-t.com.my 

atau pos ke: BLUE-T Publication Sdn Bhd , No. 12, Jalan 3/4C, Desa Melawati, 53100, Kuala Lumpur. Untuk perhatian : EDITOR, Unit Kreatif, Siti Aznor Anuar.

***BAGI MEREKA YANG MASIH BERMINAT NAMUN TIDAK MENEPATI SYARAT KETINGGIAN/BERAT MASIH BOLEH DIPERTIMBANGKAN.

***SEMUA PENGHIAS MUKA DEPAN MAJALAH AKAN DIPERTANDINGKAN DALAM PERADUAN PENCARIAN WAJAH MUKA DEPAN MAJALAH INI.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada puan aznor ya :D

Friday, June 15, 2012

lemak tu rupanya macam mana?

Assalamualaikum geng kosong yang tak kosong. Aku nak cerita tentang perbualan aku dengan dak w baru-baru ni.... Seperti biasa, sebagai anak bongsu, dia demand macam-macam. Suruh suapkan makan, suruh mandikan, suruh lapkan. satu pagi tu aku kata aku sibuk, tak boleh nak lapkan dia selepas mandi.

Dia pun tanya kenapa. Aku kata sebab aku sibuk, nak sapu losen anti lemak kat badan.

So dia tanya ler, 'lemak tu rupa macam mana?'

Ha!!! macam mana nak jawab tu?

ahhahahaa...

oh by de way, please stay around ya... Aku nak buat contest ker lucky draw ker tak tahu lah lagi, ada 3 [tiga tau] buah buku [my novels] nak give away kat uols yang jadi followers blog ni.

So aku mau cari 3 orang bertuah. tapi nanti dulu...... later later.

Sambungan kisah tadi, dak w tanya lagi..... 'ibu, lemak tu boleh bercakap tak?'

hehehe...... soalan menduga akal sungguh!

Ta ta

p/s: lemak tu rupa macam mana?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, June 13, 2012

Lapar, Letih, Haus

Bila lapar - aku nak makan
Bila letih - aku nak tidur
Bila tapak kakiku haus dan tumitku sakit dan ototku kejang aku rasa macam nak tengok movie zombie.

semalam tayar motor pancit betul-betul ketika aku dan paksu sampai di bawah bukit sebelum ke rumah. Jarak dari bukit ke pekan terdekat dengan menaiki motor ada 20 minit dan dari pekan ke rumah adalah 4 batu. Errmm, tak tau nak buat pengiraan dari segi matematik tambahan, anggarkan sajalah ya. Bukit itu dipagari hutan dan gaung, jalannya bengkang bengkok dan sunyi. Oleh kerana tayar dah pancit, terpaksalah aku turun dan menapaklah aku; paksu tolak motor, rasa-rasanya dekat 3km jugalah jalan kaki merentasi bukit tu.

jalan punya jalan - ada 5 buah motor berenti tanya kabar. perlukan pertolongan tak. dalam pada itu, kereta lalu lalang zas zas zas, tak berenti pun. Biasalah....... what do i expect?

what can i say from the experience? kekejangan otot. tu jer...



p/s: terima kasih kesuma angsana sudi follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, June 10, 2012

T.E.W.A.S sudah

akhirnya, aku tewas - pada ketewasan dan kemenangan adalah untuk orang lain.
tahniah pada kebinatangan yang masih wujud di atas dunia ini

** semoga orang yang kuat ketawakan aku bertambah kuat ketawa mereka. aku bertaruh, selama ini mereka tiada bahan hendak diketawakan. hidup mereka bosan kerana static. dan kehadiran aku di ambang mata mereka merupakan sebuah lelucon yang sangat menarik dan sangat menggeletek hati untuk tidak dipedulikan.

* arrgghh, aku ingin menjadi hipster

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, June 6, 2012

Sebuah kisah penglipur lara

Hhmmm... suratan hidup setiap orang tak sama, kan? Orang lain semakin berkembang tapi aku semakin menyusut.... itulah namanya ketentuan Ilahi.

Dahlah, cerita banyak pun tak guna. Tak membawa sebarang hasil. Jom bertelenovela.

Ada seorang pekedai, tokei kedai runcit - dia buka tawaran kredit kepada orang-orang kampung pasir dua butir ni..... Dan tiap-tiap bulan pekerjanya akan mengingatkan tentang baki kredit biarpun tiap-tiap bulan pembeli akan melunaskan kredit.

Setelah beberapa lama, manusia A terasa ingin berborak dari hati ke hati dengan sang pekerja itu. "Tokei memang suruh awak ingatkan orang-orang yang ambil kredit, supaya orang-orang berkenaan membuat bayaran.

Andainya peringatan awak kepada orang-orang yang berkredit di kedai tidak mendapat respon yang baik; awak tahu tak apa akan terjadi kepada awak???

tokei awak akan berleter, membebel, macam-macam - nak bayar sewa kedai, lampu, bilik air, ubat nyamuk, bla bla bla, bateri kalkulator pun dikira juga - sebab apa? sebab ta da masyukkkkk.... Bila ada masyuukkkkk, kewangan runcit tokei tambah baik, tokei akan pergi bervacation atau pun pergi ke timur tengah, kemudian tokei awak akan belikan awak gelang! Gelang kaler hitam or kaler merah tak kesahlah. Awak pun hepi bagai nak rak. Kira dah hebat sangatlah tu..... lalala.

Setakat tu jer lah kegembiraan awak. SEdar, sedarlah. Baiklah awak cari kerja part time."

TAMMAT

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, June 3, 2012

Hari-hari yang berlalu

Minggu lepas aku balik kampung suami, emergency, kerana mak mertua [arwah] nazak, terlantar tidak sedarkan diri sudah beberapa hari. Akur dengan kemahuan suami, aku memohon cuti sehingga hari selasa 29 mei.

Kami tertanya-tanya, bilakah agaknya kami perlu balik ke kampung andainya belum sampai masanya untuk mak mertua [arwah] bertemu Penciptanya.

Namun takdir Allah mengatasi segala omongan kosong dan pertanyaan dan spekulasi, beliau menghembuskan nafas terakhir pada Selasa 29 mei jam 1.30pagi.

Terima kasih Sherwiena Muzzawer atas kesudian following blog ini.... :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, May 6, 2012

Aku di pesta buku 2012

sebagai petugas, kalau tidak kerana tugas, tentu tidak akan ke sana untuk bersesak-sesak, berhimpit-himpit.... uh uh uh.... so not me....

Sebenarnya memang tujuan asal ingin ke pesta buku harini untuk mencarikan buku buat kakngah tetapi hujan lebat sekarang, dan keadaan kaki yang sangat sakit selepas berada di pwtc pada kamis jumaat selasa kamis sabtu - saya serender. saya menyerah kalah pada keadaan semasa. Maaf ya kakngah.

Selama saya di pesta buku tahun ini, rasa seronok sebab ramai kawan-kawan datang. Dan membeli-belah, terutamanya hasil perahan otak saya.... [ambil otak keluarkan dari kepala dan perah perah perah perah sehingga sekarang, idea dah kurang dah, hahaha]

Terima kasih aida z, zareda norman, abang long, noor aishah, abang long, kak ijan dan anak-anak saudara. Saya jumpa Ustaz Amal tapi sayanglah tak ambik gambar dengan dia.... huhuhu


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, April 26, 2012

Sila baca sambil senyap-senyap jer... please

Assalamualaikkum dear bloggers, passers-by, non bloggers aka readers yang membaca dalam keadaan 'senyap'.

Saya akan bertugas di pesta buku KL, PWTC pada 1 mei dan 3 mei - whole day, dan
5 Mei hingga jam 6 petang - booth LH02-LH10. DEKAt-dekat ngan dewan Tun Ismail/pentas utama kalu tak silap..... Saya bertugas menjaga barangan 'novel' dan 'majalah'.

Jumpa anda di sanaa........

Luv uols!
~ mak su


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, April 8, 2012

sejak bila pandai baca blog ini?

assalamualaikum :)

[sori, nampaknya saya sedang dilanda mood berhiatus]



Friday, March 23, 2012

Saya, pelajar universiti yang lekit

Semalam i went to Universiti malaya to attend a kursus on penyuntingan karya kreatif. Ceritanya menarik, kepada saya ler... so, teringat nak kongsi kat blog, yang sunyi sepi ni, hehehe.....

Hari rabu senja tu baru nak google map cari lokasi UM [ai tak tahu lokasi UM uols, maklumlah, ai belajar kat uitm].

SO Semalam tanya kat pakcik yang jual minyak petrol cara nak ke UM, ngan hubby saya pun tak tahu lokasinyer... hahaha.

Pakcik: "Anak masuk universiti ker?:

Saya anggukkan kepala sambil kuarkan duit nak bayar petrol.

pakcik: alhamdulillah, masuk universiti. berapa tahun belajar?

Saya senyum lagi sambil angguk-angguk..... Tiba-tiba... : "Eh, pak cik, bukan masuk universiti, pergi kursus kat sana sehari jer... he he he."

{bangga tau, pakcik tu kata iols pelajar universiti. lalala}

pakcik pandang aku dengan heran.

So, finally hubby hantar aku di hadapan kawasan tempat kursus tu... Dan... jeng jeng jeng...

berapa lama aku ambik masa dari tepi jalan nak ke tempat kursus???

Cuba teka...

Satu jam!! satu jam uols!! Badan aku melekit ngan peluh jate tino yang bercucuran. Aku sesat di fakulti berkenaan. Uwaaa, letih sampai tak larat nak bercakap, muka pucat lesi kering kontang.

Anyhow, i am happy kerana dapat menambah ilmu dan bertemu kak Sri Diah yang aku hormati dan lain2 penceramah yang ku hormati jua :)

Terima kasih utk perkongsian ilmu.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, March 21, 2012

hati berbunga


Syukran Ya Allah kena diulang cetak, 5000 copies cetakan pertama sudah habis after 6-months in the market. Terima kasih kat kawan-kawan yang order ngan saya dulu, kalau ada kawan2 nak order, jgn malu-malu, cakap jer. Pos Malaysia kan ada :)






Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, March 15, 2012

Raja lawak enam - akhir

Saya nak tengok shiro!!! Shiro, buat lawak jenaka kasik pecah perut ya.... :)

p/s: Terima kasih Mastura, Nizamsani, Lida Rahim, Amira Atiqah atas kesudian following blog ini.


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, March 8, 2012

pengalaman pertama merasa banjir

assalamualaikum & selamat pagi buat kawan-kawan yang baru memulakan kerja.

Ini adalah cerita yang berlaku semalam sambung hari ni, cerita hujan yang masih belum berhenti...

Sebenarnya aku baru bangun tidur pukul 8.30am [just now].

Spekulasi.... pemalasnyer..... tak kerja ker?

Pada pukul 4.45 pagi tadi, aku baru abis mandi selepas balik kerja untuk hari bekerja rabu 7 Mac!!

Ceritanya macam ni, balik dari opis selepas azan isyak malam semalam. lambat kerana langit mencurahkan hujan cats & dogs. so terpaksa tunggu guruh, kilat reda baru brani nak gerak.

Kira-kira lagi 3 batu nak sampai ke rumah kami - banjir sudah melanda. Time tu pukul 9.40pm lebihkurang. Dalam hujan lebat tu, berteduhlah kami dengan ramai penunggang motosikal (30 org +) kat sebuah kedai tinggal. Tunggu punya tunggu, tup tup dah pukul 12 tengah malam. Mata ngantuk, perut lapar, hajat di hati nak dinner ngan anak-anak tapi tak kesampaianlah. Dah janji nak bawak dorang gi kedai ikan bakar. Pak su baru dapat duit kutu.

Sambung cerita banjir. So, finally pukul 3 pagi ada seorang lelaki sedekahkan air teh o panas dgn roti sorang sebungkus kat semua orang yang terkandas - as our dinner. Dinner pukul 3 pagi! perut dah pedih tapi terima kasih dan alhamdulillah.

Akhirnya kerana tak tahan nak buang air kecil, aku paksa hubby redah jer banjir tu. kat satu tempat tu airnya agak tinggi, so kena meranduk airlah. Ada beberapa tempat air sungai naik separas dengan jalanraya.

Akhirnya, kami sampai di rumah dalam pukul 4.30 / 4.35 am.

Hari ni tak kerjalah. Hujan masih turun dengan lebatnya.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, February 27, 2012

Janganlah menyampah ya, hasil kraf saya lagi

Alahai... sorilah, blog ceritakosong ni dah jadi macam suparmarkat pulak dah....
biasalah, saya sekadar mencari rezeki sampingan, buat menambah-nambah duit belanja....

Jadi, di sini saya nak perkenalkan, buku permainan minda ni, harganya RM8.90. Boleh order kalau suka.... Memang hasil usaha saya atas izin Allah SWT.


Ini pula hasil seliaan saya, kompilasi komik. Harga RM8.90. Tema- pengembaraan saintifik.
Alah... Janganlah takut atau jadi teruja dengan tajuk. Itu cuma salah satu tempat yang rombongan kanak2 itu pergi...


MACAM BIASA, siapa minat nak order, boleh order di ceritakosong@gmail.com.

Terima kasih....


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, February 21, 2012

Wahai para penulis....

Sebelum saya meneruskan dengan pengumuman ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada aima, Minah Leter, mastura atas kesudian following blog ini.

****************

Mari sini saya nak habaq! Maaflah lambat... tapi masih ada masa kerana tarikh tutup adalah 28 feb 2012.

Saya tak mo cakap apa-apa, baca jer....

Maklumbalas, boleh contact saya di ceritakosong@gmail.com



Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, February 20, 2012

Masculine KUM - KUM

Alamak! takutnya kalau sungguhlah ada kum-kum jantan!!!!! Ngeri uols!!

Tapi kum-kum maskulin tu handsomelah pulak!!! Agagagagaa....

[kum-kum adalah sejenis hantu adik beradik syaithonirojim, ia tidak diklasifikasikan sebagai lelaki atau perempuan sebaliknya jantan dan betina.]

Hantu kum-kum ni popular di awal tahun 1980an, masa tu aku masih di bangku sekolah, tingkatan 1 rasa-rasanya.

Konon ceritanya seperti yang diterbitkan dalam sebuah majalah tabloid ketika itu, hantu kum kum memang berasal dari perempuan yang mengamalkan ilmu cantik dan tengok cermin sebelum tamat tempoh berpantangnya. Ia bermula di utara tanahair dan menyamar dengan memakai purdah warna hitam [seperti gambaran pelukis di akhbar ketika itu], ia berjalan ke sana-sini menjual kain [macam penjual kain dari kampuchea], dan pergi dari satu rumah ke satu rumah cakap kum-kum-kum... Sesiapa menjawab salamnya, adalah seperti memberikan laluan passage kepadanya untuk masuk ke rumah dan mendapatkan mangsa.

Please take note that hantu kum kum ni setannn, ia tidak memberi salam kepada manusiawi - kata orang-orang di masa itu ler...

Memang sangat takut masa tu sebab kepopularitiannya mengalahkan artis popular ketika itu.

Gitulah ceritanya...

Sebenarnya aku baru beli cerita kam-kam tu, dan aku puas hati dengan cerita yang disampaikan. Tidaklah mengaruk dan mengarut seperti satu cerita yang ada kaitan dengan tongkat dan aku secara iklas kata tajuk 'bingung' adalah lebih sesuai untuk cerita itu [cerita yang berkaitan dengan tongkat].

Selain daripada itu, terimakasih Madame Blossom, Lieyna, Wan Nurul dan Aima atas kesudian following blog ini.


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, February 16, 2012

Saya sudah dapat pemenang!

Tahniah Pinqib dan terima kasih atas kesudian memberikan respon untuk contest maksu yang serba kekurangan ini :)

Hadiah novel ini akan diposkan kepada anda :)


Jawapan yang dicari adalah telur rebus :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Ada sesuatu di sini!

Semalam anak saya, w mahukan menu kegemarannya disediakan... cara memasaknya begini:

ambil telur, letak dalam bekas bulat-bulat tu, ada kat dapur tu, lepas tu letak atas api, lepas tu tunggu telur tu keras, lepas tu... eh!! kena letak air!

Soalannya, apakah nama masakan itu??????

Orang pertama dapat jawab di sini (jawapan yang betul) dan terus buat posting berkenaan hal ini di blog mereka as soon as possible dan tinggalkan link url di sini, dan cepat-cepat emel saya -> AKAN DAPAT CENDERAHATI sebuah novel saya ini.... (kalau anda sudi...)



Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, February 8, 2012

Menghantar karya macam cari kerja

Terima kasih kepada blogger Mulan, Ungu Violet, Mamaainisudi follow blog ini :)

Pengalaman saya setakat ini sebagai penulis, manuskrip [mss] kena reject adalah perkara biasa. Novel kanak-kanak hasil tulisan saya tu, mesti kena reject. Idea kita mesti tak kena dgn idea tokei syarikat, sebab idea kita adalah kemahuan kita, tokei syarikat berfikir sebagai macam-macam orang, dia editor, dia mak budak, dia pak budak, dia budak-budak, dia salesman, dia marketing man dan lain lain.

Oleh kerana kita sebagai penulis yang mahukan karya kita diterbitkan, saya akur dengan kehendak tokei.

Itupun kira ok lagi... Betul... Saya dah berinteraksi ngan beberapa syarikat penerbitan:
- syarikat A - sampai ke sudah dia tak beritahu samada 'mss' saya diterima ataupun ditolak, hampeh betul... ujung-ujung dia leh kata, 'mss' anda dah hilang. BOLEH HANta BaliK taK?

- syarikat B - kat laman web kata kalau boleh diperbaiki ikut kehendak penerbit, so penulis kenalah perbaiki. tapi apa yang saya dapat, rejek gitu jer... tak offer pun untuk amendment atau bagi cadangan supaya penulis boleh perbaiki novelnya.... hampa.

- syarikat C - dorang ni mmg selamba, tapi still ada tema-tema yang kita kena folo. So, mss saya katanya tak mengikut tema mereka, jawapannya REJEK. tanpa dolak dalih, non negotiable.

Kesimpulannya, tokei saya so far masih lagi bagi peluanglah kat penulis untuk terus berurusan. Bak kata seorang sahabat maya yang saya kenali di blog, Opah De... Tentu semua orang pun kenal kan? Saya quote sebahagian daripada nasihatnya di sini:

"Kalau editor suruh tukar itu tukar ini, jangan melenting. Ikutkan aje meskipun sakit hati dibuatnya. Tapi yang penting, dia nak terbitkan. Lepas tu baru kita boleh put our foot down, kita terangkan logik cerita kita. Kalau awal-awal lagi kita dah kata kita nak macam ni jugak, selamat tinggallah jawabnya."

Opah De, saya kongsi nasihat awak ngan semua orang, harap uols tak marah ya.

P/S: saya nak war-warkan tokei saya nak cari penulis bagi pertandingan pena permata, cari infonya di facebook tokei saya tu, cari kat ruangan photo. ataupun google jer pena permata (punyalah malas aku nak letak link or gambar), hehehe

Bagi yang nak hantar 'mss' mereka kepada majikan mak su, boleh emel kepada saya kat ceritakosong@gmail.com

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, February 2, 2012

Yea, novel kedua pula dah siap!!

INilah dia novel kanak-kanak saya yang kedua, tajuknya xxx xxx xxx (hihihi, tengok ler kat gambar tu). Harga RM10.90. Hari ni hingga 6 feb ada malaysia ekspo buku di putra world trade center, bolehlah cari kat sana, ada diskaun hebat!

Kalu beli dari saya, saya sain dan letak cek BR1M [gambar fotostat aje lah cek tu, hi hi hi... gurau jer, sowi]


Seterusnya, siri sains teknologi kitar semula, ada 10 tajuk semuanya dalam siri ini. Harga brapa ek? RM9 or RM10 sebuah... gitulah campo tolak. sorilah uols... iols terlupa lah... huhuhuh

Ni buku agama saiz kecil yang saya jadi editornya. Harga RM10 kot.. and again, saya terlufer reganya... huhuhu

Ha, yang ni saya ingat, RM5 sahaja. Sudah diulang cetak dan kulit diberi nafas baru, kehijauan. Gambar terbaru tu saya belum amek.
Pendek kata semuanya within kemampuanlah. Tidak mahal sangat ler... Kalau berminat, boleh emel saya, ceritakosong@gmail.com

MMuuaahh!!!

P/S: NANTI SAYA buat nombor bertuah ya... hadiahnya, tentulah novel saya :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, January 29, 2012

Cuti CNY yang lalu

Ingat nak balik kampung, tengok mak mertua yang uzur. Tapi tak laratlah wealls, perbelanjaan kewangan naik mencanak-canak sebab budak-budak masuk sekolah and kakak masuk ke pusat pengajian separa tinggi sambung pembelajaran selepas SPM. Itupun katanya nak laptoplah.. nak seluar warna hitamlah untuk masuk bengkel, kena buat baju kurunglah untuk masuk kelas... adoi... terasa nak tarik rambuttt orang lain. Ahaks.

So, apa nak buat to kill the time? Kita pergi lepak-lepak kat nearby lake lah. Jogging :D

Jom tengok gambar
(leh ajak tengok gambar jer, nak ajak jogging sesama payah plaks,
tak tau nomor tepon, ahaks ahaks)

1. Mula-mula, kita tolak tiang.

2. Lepas tu kita terbang.

3. Lepas tu dak w merajuk....


4. Sedihnya hatikoouuuu
5. Hari kedua, happy sebab bawa basikal.


6. Naik spider web

7. Aku lompat-lompat

Adios!!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, January 24, 2012

Gambar di Dusun eco resort

Pertama sekali, terima kasih kepada Sinichi Yaya atas kesudian jadi follower blog cerita kosong ini, sebuah blog yang kureng mendapat perhatian daripada pemiliknya [mak su] akhir-akhir ini. Maaf, maaf, maaf.

Jom tengok gambar-gambar semasa kursus motivasi kampeni hari tu.

Mula-mula kami sampai, kami tengok kolam sedang direnovate, alhamdulillah. tiada water game.


Lepas tu, check-in ke bilik masing-masing.

Hari pertama banyak games dalam kelas sahaja. Hari kedua, tengoklah tu, chef-de-mission kata setiap orang kena lalu kat atas tu... gayat tuh!! gila nih!!



Mak aaiii, lutut dah ketaq siuutt.


Oooiii...! Jauhnya!! Ingatkan dua langkah dah sampai!!?


Kena lalu ke?
Kena lalu ke?
Kenalah!
Baiklah...
(aku melangkah panjang-panjang, tangan capai tali jauh-jauh...that's why jalan ala-ala membongkok. Tumpang lalu, cucu cicit nak tumpang lalu)

Ingatkan seksaan dah habis. Lepas tu kena pakai tali spender pulak!!!!! Kena gayut kat tali pulak!!!


Dah selesai... chef de mission kata masuk hutan.

Ish, aku serender. Tak berani beb!


Dah habis program!!! Yea! Yea! Yea!


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, January 14, 2012

Pernah mengimpikannya

Salam mesra uols!!! iols kat sini ok ok jer... berat badan bertambah, as expected. usia makin meningkat, of course. dan terima kasih kat ajak atas kesudian folo blog cerita kosong ni. insyallah, apabila Tuhan mengizinkan pada masa yang seswai, akan saya follow anda-anda kembali. insyallah...

as you already knew, saya ni memang tak sempat nak blog surfing macam di tahun 2006, 2007, 2008, 2009, err dan di tahun 2010 dahulukala.

Currently saya memang rasa tak cukup tangan nak buat kerija. kerija kerija kerija... tak tau bila nak abis. for sure.

Anyway, dulu saya pernah berangan nak ke satu tempat ni -> dusun eco resort, untuk bersantai bersama anak dan suami. ujung-ujung, saya akan ke dusun eco today! dengan majikan untuk program retreat.

tapi saya informed kat anak-anak, mak kena attend hari perkemahan pengakap tuwa big size over weight [that is me, orang lain semua elok belaka]...

aduh... malas doohhh! tapi terpaksa ikutkan. kalau pergi berjimba-jimba ai loikee, tapi untuk program pengakap tuwa old oready over sized pulak tu.... waahhh, seksaan tuh!!!



Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, January 11, 2012

Privileges from Allah

Hello there... howdy.

You know what... being old is really a privilege from Allah. you are able to live your life to the fullest and see the changes that happening in malaysia, in the world, in you - and transfrom from a baby to teenager, adult bla bla bla.

Of course my experience is not a miraculous one compared to you, but this is what i do and deserve.

It's really 'something', you know :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, January 9, 2012

Sakit kepalakkk

Ouhh... Dude... i was totally tertipu watching "the tourist". johnny depp dan angelina jolie sangat-sangat menipu... hish...! geram nih. sakit kepalak dibuatnya.
* but i like watching it, angelina jolie tidak berkungfu in that movie, dan johnny depp tidak berlakun weird, yet - i am satisfied and not satisfied at the same time.

Just now myself and husband sent our eldest daughter to asrama, at last, after few months persuading and bla bla bla, she is now a student again kat satu kolej under government's supervision. Alhamdulillah.
*unfortunately, kami parents yang teruk kepenatan, tolong mengangkat barang2 dia dari kereta ke asrama dan tunggu dia habis pendaftaran. Balik rumah sakit kepalak datang lagi....

After the pendaftaran, we left kakak at home, and headed to epf to withdraw money for the housing loan partially settlement or to settle whatever that can be settled. looking at the statement, after a few withdrawals for housing loan purposes and unit trusts investment, my epf money cuma ada 100 jer in accounts a and b.
* sedihnya.... terasa sikit. so how am i going to retire happily ever after? sakit kepalak dohhh

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, January 4, 2012

Tempat pertama

Hari ni aku hantar dak w ke sekolah, tadika, umur 6 tahun.... Jangan keliru ya... baca slow-slow, blog is easy to read, jangan speed reading jer.... kuang kuang kuang.

W adalah murid pertama sampai ke sekolah hari ni, cikgu baru 2, 3 orang datang. Cikgu kelas dia untuk tahun ni dah sampai, cikgu asmah. Cikgu asmah suruh pergi makan dulu, cepat sangat, apa pun lom siap lagi. Apa nak buat cikgu, semangat tahun baru katanya.

By the time kita habis makan kat kedai mamak sinun, mak bapak dah ramai datang. So eventually, w tidak lah mendaftar sebagai pelajar pertama. sudah taken by other kid. Apa nak buat.

Today, i paid only the initial minimal fee, berhutang lagi satu rat lebey, cikgu asmah kata leh instalment. Kalau boleh settlekan secepat mungkin.

Ya lah cikgu, terima kasih sebab memahami :D


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, January 2, 2012

Bila nak kering?

Hari ni dak w, si kecik yang berumur 6 tahun tu kena basuh kasut sekolah dan kapur kasut. recycle kasut lama.

TAPI.... tiap-tiap 5 minit dia gi check samada dah kering ke lom. dah tu, kali ketiga dia checked, dia ambik kasut tu dan kapurkan tapak kasut!!!

"W! pergi jemur balik kasut tu! pukul 5 petang baru boleh ambik!"

naik darah dibuatnya.

So dia pun pergi jemur kasut lagi. bila dah jemur macam tu jugak. kejap-kejap intai, kejap-kejap intai.

eeiiiiii