Saturday, December 31, 2011

Bila nak menangis..?

Tak ada benda nak buat... tak tahu macamana nak kill kill the time. so, ambik ombak rindulah. Selama 2 jam, aku dok menyediakan diri untuk menangis, malangnya.... AKUuuu..
tak menangis

huhuhu.... di manakah part yang orang semua menangis tu? aku tertunggu-tunggu tau.....

adoi laaa..... ni yang sedih ni.

Memang aku dah baca novel-novel ombak rindu, dan cerita wayangnya nampak terlalu fast pace. Mungkin tu sebabnya aku tak sempat nak sedih, tiba tiba dah the end.

Dan.... aku pun bantai perabihkan duit in advance, ambik cerita datin ghairah.

sebab, aku memang tertarik nak tengok lakonan maria farida, dan faizal hussein.

supposedly, datin ghairah adalah cerita komedi. tapi..... BILA Nak gelak ni?

Eh... ada, part yang suara bodyguard halus tapi muka garang macho. ahaks

dengan part yang datin ghairiyah berangan dan terkejut bila sampai ke rumah, dia tanya mana husband dia... "Dato' dah lama meninggal dunia, Datin," jawab bodyguard dengan sora kecik.

ahaks ahaks :D

p/s: kalau esok masih lalui seharian dengan menguap, mungkin nak ambik cerita ra.one pulak. lagu temanya macam sangat catchy. ai loikee!

Friday, December 30, 2011

Penat semput sesak rasa semak

penat sebab tadi dah dera paru-paru untuk merayau-rayau di sebuah pekan bermula dengan klinik untuk buat anak sulung aku punyer medical checkup. 3-hari bekerja siaplah result, katanya. next week leh ambil lah. Tapi bayaran dah settle, RM100.

PENATtttttt................

Lepas tu pergi pejabat pos, jalan kaki sejauh 600 meter dari klinik tu, cadang nak renew lesen memandu. malangnya sistem online rosak. SEbenarnya masalah lesen pelik ni; rasa-rasanya lesen aku mati tahun 2012, tup tup rupanya lesen dah mati pada oktober 2011... alamak!! baru sekarang aku prasan! roadtax keta dah mati dah pun mid December haritu.....

sEMPUtttttTT...... kepala otak bila memikirkan

So, next place, pergi ke maybank untuk buat bayaran yuran pendaftaran. Sekarang semua sistem serba canggih, application via internet, keputusan via internet, bayaran advance katanya. Masa hari mendaftar nanti kao pergi ke sana bawak resit jer sebagai bukti pembayaran. Dah settle dah, RM500 lebeykureng. Lepas tu akaun mebenk dia dah lama tak aktif, taruh RM10, nak bukak akaun mebenk mahal ya ampun!! So, bila dah ada akaun, kenalah jaga. Ya TAK?

SESAK dah poket ni... Sesak sebab semakin ringan

Tup tup ternampak satu tulisan kecik, peserta kursus diminta buka akaun Giro BSN untuk elaun. Eh! peserta kursus dapat elaun! Bagusnya! Terima kasihlah... mak bapak yang ngantar anak gi kursus tu pun [myself] bukannya orang kaya pun. Ada elaun tu alhamdulillah sangatlah.

So berjalan kaki ke bangunan yang lain, malangnya BSN dah pindah ke pekan yang lain. Kena ambil teksi or bas or jalan kaki sepurnama agaknya baru sampai.... Hu hu hu. Bila dah sampai kat BSN, buka akaun, nak RM50. Eh! di tahun 70an dulu macam murah jer rate nyer... Oh... zaman dah berubah.

KEPALA RASA SEMAK sebab kalau ada BSN in the same vicinity, kan senang kan Aku....... malaslah nak gerak sana gerak sini cari bank

Tiba-tiba alarm telepon berbunyi, reminder - "gambar gambar gambar". Kena ambil gambar pulak. Kat kedai foto, cik adik manis ramah mesra mintak RM15.

Badan letih, lepak pulak minum air. Mintak sepinggan mee goreng. Fulus berpindah tangan.

Lepas tu, dari pekan yang kedua ni, ambil teksi untuk balik ke rumah. Fulus berpindah tangan lagi dan lagi dan lagi.

Ingat esok nak belikan baju skolah untuk anak-anak yang bersekolah menengah, so, dun know how.... Boleh tak pakai kain perca jer, jahit-jahit gaya sulam tampal. Vintage skit kalu skolah gaya macam tu, KAN?

ngee..... sempoouuttttt

gi blogseeing ndak lagik.... sebab rasa tensen, so mood hilang. camno nak buat ni? rasa guilty sesangat :(


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, December 29, 2011

Bicara hujung tahun

First and foremost, thanks to nananane atas kesudian menjadi follower blog ini.

Terima kasih dgn info yang diberikan untuk entri kesenyapan seekor kambing. aku tak tahu pun yang johnny depp dan anthony hopkins ada sejarah hitam mereka tersendiri. tetapi talking about sejarah hitam, rasa-rasanya every soul in this world ada sejarah hitam.

selain sejarah warna gold, warna autumn, warna winter dan lain-lain. Pakar kaler kata, tahun 2012 bakal menjadi tahun yang berwarna-warni dengan trend pakaian akan menggunakan dalam tiga jenis warna utama as an attraction.

Apabila menulis, kebanyakan yang ditulis adalah sejarah, selain daripada reka-rekaan, imaginasi, khayalan si tukang tulis. adakalanya seorang penulis kena melakukan aksi-aksi spontan dengan fizikalnya untuk mendapatkan idea yang mantap dalam penceritaan, kadangkala akan menangis dan ketawa sendirian.

Kadangkala tak lari dari tema cliche, tidak dapat dielakkan tapi cuba dijauhkan.

Apa yang terjadi sepanjang tahun 2012 ni ya?

Aku berenti kerja, cari kerja, dapat kerja baru. beralih bidang dari blogger jadi editor, dan juga writer... tanpa tauliah dari pihak kesusasteraan rasmi. itu besar sangat dah sedangkan aku ni kecil-kecilan, sekecil kemuncup di tepi seluar kamu, yang biasa ditarik dibuang... huhuhu.

Selamat tinggal 2011 yang mencabar. Selamat datang 2012. Selamat datang... macam manakah rupa tahun baru sebenarnya? apakah tahun baru itu serupa aku? serupa kamu? serupa dia? sesuatu yang tak wujud dalam bentuk warna bau dan rasa tapi dinanti-nantikan. pelik, kan?

Whatever....

Salam mesra,
mak su ceritakosong

p/s : nantikan novel kanak-kanak keduaku, akan berada di pasaran tak lama lagi. Insya-Allah.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, December 21, 2011

Sebelum kesenyapan seekor kambing...

Sebelum "kesenyapan seekor kambing dalam pinggan"

lamb = daging kambing siap masak or kambing ek? Aku keliru.

Bila sebut cerita kesenyapan seekor kambing, tentu tak lain tak bukan, watak penjahat tentu disandang oleh anthony hopkins pelakon tua yang berjaya menghidupkan watak-watak lelaki yang menghadapi masalah mental illness.

Sekaligus menjadi idola ku... bukan untuk aku jadi mental illness. Tapi untuk aku mencuba menggarap suatu watak yang sebegitu. SaNGAt mENcabAR minda cita-cita ku ini.

Tapi haritu aku heran, dr hannibal dah berjaya lepaskan diri dari kurungan, tup tup dia ada lagik dalam kurungan? Pengarah dan penerbit ciplak cerita ker apa???

Dahlah aku tgk cerita pun dah ujung-ujung, susah nak faham! Last last baru aku faham, 'naga merah' adalah perkara yang berlaku sebelum 'kesenyapan seekor kambing' dimana fbi yang terlibat adalah lelaki.

Apa tujuan aku kongsi perasaan aku ngan korang kat sini ek? Dahlah tentang kesenyapan seekor kambing. ish ish ish, kambing tu - buat barbeque pun sodappp!

I am not sure.... ;P

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, December 17, 2011

Angka

Semalam ada member ofis bawa timbang bmi. aku pun tak lepaskan peluang nak menimbang.. sekalikk..... usia dalaman tua lebih ++ 20 tahun dari usia sebenar!!! dan lemak di organ lebih satu takuk daripada paras normal!!

argghhh! trauma lihat angka.

tup tup tertengok talk show dr oz mehmet, rupa-rupanya dorang pun dgn bantuan bob sedang handle projek 'umur dalaman' jadi muda 10 tahun dalam masa 60 hari. malangnya episod lepas aku tak tengok. tapi rata-rata caranya sama jer tu, breakfast, susu soya, senaman - yang mana yang memang aku tak pernah tinggal adalah breakfast. lemauuu sungguh rasanya.

uwaaa waaa waaa, sedihnya!!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, December 11, 2011

Sudah matipun mau berjalan

Tajuk di atas adalah tajuk sebuah siri tV yang bakal memasuki musim kedua shortly. Ini adalah adegan yang terdapat dalam episod tiga musim satu.... Untuk basahan otak jer ni... Nothing serius.

para zombi zomba berjalan tak tentu arah di luar emporium. manusia yang masih punyai roh gelabah di dalam empo. mereka membuat keputusan untuk menggunakan enzim yang terdapat dalam badan sekoq zombi yang telah ditembak kepala hotaknya sebentar tadi sebagai teknik penyamaran untuk keluar dari empo itu. Dua orang daripada mereka iaitu pembantu sherif dan sorang lelaki cina akan melakukan penyamaran itu.

'ingat, jangan kena mata ataupun kulit kerana enzim ini beracun,' pesannya.

Seterusnya, mereka pun keluar dan berjalan di antara para zombi zomba, mereka berjalan tersenget-senget meniru langkah zombi zomba 'sudah mati pun mau berjalan' itu.

Namun tak semena-mena hujan tengahari turun dengan lebatnya. Apa nak dikato. enzim-enzim tadi semuanya melorot dan mula hilangkan kesan bau bangkai dari tubuh dua manusia itu. Ada sekoq zombi sudah terbau keharuman dua orang makanan. zombi bermata cemey dan berambut tak terurus itu mengerling tak manja dan ala ala cuak kepada dua orang makanan itu.

si lelaki Cina itu berasa cemas. 'tentu hujan tadi dah buatkan bau bangkai zombi hilang dari tubuh kita," bisiknya kepada lelaki omputih itu.

'relaxlah, tak mungkin.'

zombi mata cemey itu mengekori dua orang makanan itu dengan rapat. tup-tup lelaki cina terpandang kepadanya dan saling merenung.

'otakk,' kata lelaki Cina itu dengan tujuan untuk covering up penyamarannya yang sudah terbongkar.

Background music adalah lagu yang dinyanyikan oleh HUsin yang tak ada SPM tapi dapat beli motosikal besar sebab gaji dia kerja kat Singapura adalah humangous!! (Iklan, hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri elok lagi hujan batu di negeri sendiri)

'kenapa hang becakap dengan dia? mereka tak bercakaplah!" bentak si omputeh.

'tapi apa nak buat ni? kau kata tak mungkin bau busuk hilang dari tubuh kita.."

"mungkin juga dah hilang..." jawab omputeh tu.

'Eh!!! jangan terai terai lagilah... Kau nak jadi lauk ke? LARI!!!!"

mereka berdua lari lintang pukang.

The end......

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terima kasih kepada Yan, Dela Hamid, Tebuan, Mohammad, Zyra yang sudi following blog ini :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, December 8, 2011

Dah penghujung tahun dah.......?

Salam khamis, hari ni aku puasa. bukan puasa ganti atau puasa sunat, tapi puasa yang aku sendiri suka-suki namakan sebagai 'puasa kesyukuran'. haritu dah sujud syukur dah, sekarang puasa pula. Terima kasih Ya Allah. Kerana anak sulung aku, kakak, dah diterima masuk ke salah satu pusat pengajian kelolaan kerajaan. di area kuala lumpur ni juga.

Bukan apa, aku nak dia belajar berjauhan dengan keluarga, berdikari, tahu susah senang hidup 'merempat' di tempat orang / bersendirian, dan lain lain. Kalau ikut paksu, dia nak si kakak bekerja, dan aku disuruhnya berhenti kerja dan duduk di rumah. Boleh bukan tak boleh. Tapi sanggupkah kakak infakkan seluruh gajinya untuk keluarga kecil kami? macam yang aku lakukan tiap bulan?? idaklah teman ni poyo cerita teman ni hebat.... masalahnya teman ni tidak berjodoh dengan ORANG KAYA gitu. So gaji aku memang keseluruhannya untuk family. Sama ada bayar hutang keta, motor, beli beras, hutang kad, bil air, bil letrik, acetero, jajan, gas memasak, gantian duit buku teks hilang, duit pibg, bedak sejuk, bedak nyonya, minyak masak, ayam sekoq dua ekoq, topup untuk 4 sim kad dan lain-lain.

Kalau kakak bekerja dan aku dok umah.... sudah tentu gaji dia untuk bedak dia, baju t-shirt dia yang melekat kat tubuh [ok lah, sbb dia kurus kedeking, tapi pandangan mata aku masih tak gemo... ya lah, kan aku ni mak mak, orang tuwa, yang mahu anak tu kelihatan sopan dan manis di sisi agama all the times!!], lagi apa ek.... untk kasut dia, untuk topup dia, bla bla bla.

Ujung-ujung dia leh lah tolong bayar duit api and acetero kot... tak payahlah. Kang pak su kerja siang malam, ujung-ujung aku terlupa muka dia macam mana. kan susah tu.......! hihihi

Well.... mcm yang pernah aku ceritakan ketika aku mula masuk kerja kat 'sini', gaji aku susut. tapi aku tak kisah sbb aku nak belajar benda baru. sebab aku nak terjun ke dunia penulisan, sbb aku nak mencuba menulis kot kot boleh bawa perubahan baik dari segi kewangan kat family aku. selain daripada itu, aku juga belajar mengedit tulisan. which is a difficult and tough job too.

malangnya di mana-mana pun uols... kat mana-mana kerja pun, ada diskrimanasi.... sedih. frust. kat mana-mana pun ada orang yang akan mengagungkan manusia berdasarkan sijil collectionnyer... padahal ada kelebihan yang diperolehi @ dianugerahkan oleh Allah kepada orang yang tak berkesempatan untuk belajar tinggi-tinggi.

macam aku ni... Takkanlah aku nak eksen beritahu kat orang yang aku ada kemampuan (means i am confident i can do) untuk mengajar orang buat karangan

DAN mereka dapat keputusan A dalam peperiksaan mereka!

dan hasil dah ditunjukkan pada KERTAS/sijil.

by the way, karangan-karangan mereka tentunya diperiksa oleh orang-orang yang berkaliber di sekolah-sekolah tu. tak mainlah rasuah untuk mendapatkan A dalam bahasa malaysia derrr....

ujian bulanan pun mantop!

tapi segelintir orang yang bertuhankan 'koleksi sijil' ni tak nampakkkk...

sebab apa? aku tak tahu! aku tak paham!

adakah sebab aku tak de penonjolan kat diri aku ni?

ya lah... brasserie pun bukan jenama Victoria secret yang mahal diperagakan oleh peragawati seksi in the world tu kaedahnyer.......

....silakanlah terjun ke sungai dengan labu wahai si luncai....

Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar.

Buat husband, biarkan ayang anje stroberi cupcake blueberri muffin [ni nama manja aku. jangan tiru tauuu] teruskan bekerja dulu, well.... don't know for how long. Untuk saling bahu-membahu mencari rezeki untuk anak-anak kita dan sambil tu memperbaiki taraf kewangan keluarga kita. Moga Allah kurniakan kepada kita rezeki yang berkah dan dihujani rahmat. Aminn ya rabbal alamin.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, December 4, 2011

W pandai buat ayat lengkap

peace yaa!! itu gambar w ketika sukan tadikanya pada bulan 11 haritu. w menang nombor 1 untuk 2 acara, dapat hadiah pinggan dan cawan.. hehehe. bolehlah kami gunakan :D

baru-baru ni, aku suruh w masuk tidur, dia pun cakap, "ibu, kita kena tidur awal, kan? supaya kita boleh bangun awal esok pagi."

alamak!! w!!! pandainya anak ibu ni buat ayat lengkap! hehehe..... nanti bolehlah sambung legasi penulisan ibu ni ek... maklumlah, ibu ni baru nak mula menulis tika usia dah agak lewaattt, huhuhu

p/s: ada beberapa orang kakak-kakak maksu pernah melibatkan diri dalam bidang penulisan cerpen, novel, skrip drama radio - tapi mereka dah tak buat lagi dah sebab dah tuwa. nampaknya aura penulisan mereka berpindah kat maksu [kot], malangnya maksu masih belum sukses macam JK Rowling, huhuhu... insyallah, kan...... hehehe

by the way, w tak pandai sebut muntah. dia sebut 'LUNTAH'

saba je lah... hehehe


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, December 3, 2011

Fenomena filem lama oldskool

pasang tivi jer tetiba ada Kaza tengah nyanyi lagu soundtrack gila gila remaja!! gila best! memang lagu tu best!

tup tup azroy faizal hussin pulak datang! dengan khuzie, ravi [hamid ali] pun ada... seronot tengok mereka muncul di kaca tv!

Dan baru hari ni aku ketahui bahawa lagu tu ciptaan Datuk Ahmad Nawad dan lirik oleh Habsah Hassan.

p/s: terima kasih Kisah Hati kerana sudi follow blog ini ya :)