Tuesday, November 29, 2011

Kenangan 2011: KL - Hatyai - Songkla

Assalamualaikum... nak kongsilah sikit gambar-gambar berjalan ke Hatyai dulu, bulan 7. Family day anjuran majikan. tErima kasIh majiKan. tahun dePan ke mana ya? hehehe

Gambar-gambar yang ditepek di sini adalah not in random order , sebab dah tak berapa mahir dengan blogger.... huhuhu, walaupun sudah berblog sejak tahun2006. skil blogging dah luntur kot. huhuhu. sedihnya... Jom TengOK GAMBAR!

ni kat floating market, area songkla

ni kat kedai muslim jual nasi dan roti canai yang sangat sedap! lebihkurang 2 - 3 km dari kawasan imigresen, tempat persinggahan kami yang pertama

ha... ni kat luar kawasan floating market tadi. kraftangan, 100 baht jer.

ni kat pantai apa ntah, tak ingat dah tau... ada statue cat and mouse dan golden mermaid.

paksu layan dak w main pok amai-amai

jom naik bas!

aiskrim kelapa!


tu dia.... signboard! hehehe

ni pukul 6am kalu tak silap, kat imigresen, nak masuk ke Thailand.
nanti aku cari lagi gambar kenang-kenangan 2011 ya :)

Sunday, November 27, 2011

teruk!!

yakkss!!!! what de happeng? aiyo.....

Bermula dengan meriah

Gol!!! malaysia 2, bahrain 0.

harimau muda, bermain dengan cemerlang

1433H bermula dengan meriah!!

excited!

p/s: SELAMAT TAHUN BARU 1433 Hijrah buat anda semua.

Terima kasih kat new followers ek, luv ya!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, November 19, 2011

Jenguk sikit.... :D

Assalamualaikum geng-geng kosong semua.... Jenguk sat ... hehehe

Tadi aku menghadiri majlis penyerahan sijil tamat sekolah pra untuk dak w, dia buat persembahan dengan kawan-kawan sekelasnya... tapi hadiah cemerlang tak dapat, sebab dapat nomor 5 jer... hadiah utk budak 1 - 3 sahaja.

Tak per lah w, tahun depan belajar dengan lebih gigih, kan....

Satu lagi perkembangan, novel tulisan aku yang I bertajuk Syukran ya Allah tu dah terjual lebih dari 1340 copies... hehehe... Feeling seronok dua ronok rasanya :D

Kalau ada yang berminat nak beli, bolehlah emel saya kat ceritakosong@gmail.com

Tuesday, November 15, 2011

Salam bersalam

[Krinnggg]

* Assalamualaikum

# Assalamualaikum

* jawablah waalaikumsalam

# waalaikumsalam, naper ibu telefon?

* saja jer

# naper saja jer?

* alah, ibu nak borak-borak ngan anak ibu yang bushuk ni

# tapi saya tak busuk, saya dah mandi, saya wangi

* oh.... bye......

# bye

~~~~~~~~~~~~

Terima kasih kepada follower terbaru iaitu rz_nurliyanatiqah2 atas kesudian following blog ini.

Cumanya.... saya rasa saya akan semakin jarang berada di sini :(

Saya nak beritahu tu jer :(
~~~~~~~~~~~~

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, November 11, 2011

Hilai_rious tak cukup perbendaharaan kata

semalam w, anak kecik saya yang berumur lima tahun tu ajak pi johor!!

katanya dekat jer ngan umah.

keluar dari rumah, belok kiri. lepas tu belok kanan. lepas tu belok kiri

DAH SAMPAI...

alah. johor.. tau tak?

tempat orang bersembahyang ramai-ramai tu ler...

Hhhmmm... pelik nih! dekat sungguh johor tu ek???

fikir punya fikir renung punya renung...rupa-rupanya she meant SURAU!!

hu hu hu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

seminggu lepas dia nak puasa...

sebenarnya bukan puasa, kan... tapi pereksa.

sabo jer lah.....


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, November 10, 2011

Selamat Pagi Malaysiaaaaa!

Hari ni sampai cepat kat opis.
Saya buat air kopi susu dan makan biskut tiga jenis.
Saya mengadap monitor sambil kira kalori.
Lama saya termenung dok memikir.
Ntah...Tak tahu apa nak buat lagi.
HHmmm.... Update bloglah! Lama sangat sepi...
hi hi hi

~~~~~~~~~~~

Amacam? Best tak pantun ala sajak spontan saya ni?

~~~~~~~~~~~

Buat citarasa rinduan yang bertanya tentang nak beli novel saya tu, boleh jer email kat ceritakosong@gmail.com, nanti saya beritahu no. akaun benk saya dan jumlah yang kena bayar.

~~~~~~~~~~~

People come and go, follower berkurang dan bertambah, saya tak salahkan sesiapa, berkurang sebab dia tengok blog ni sepi sekalik, kot. Dan kepada geng-geng baru ceritakosong, terima kasih atas kesudian following blog ini. Geng terbaru: use_goldfinger dan Ann Huda (Ate)

:D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, November 3, 2011

Pemenang lucky draw novel pertamaku

Assalamualaikum


p/s: novel dalam stok dah kehabisan, kena tambah stok nampaknya ni ;)

p/s 2: Sesiapa yang nak beli via maksu pun boleh juga, bisa diatur :)

* * Friends... thank you for your kind words yang quite menenangkan hati....

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, November 2, 2011

TIGA CERITA ada BUDAK-BUDAK

Budak-budak muka hutduh adalah lebih comfortable or dalam erti kata lain selamat dari fitnah mata jahat jika nak dibandingkan dengan budak-budak muka bodoh....

kita kata, muka macam bodoh

TETAPI

nauzubillah... !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

rasa macam nak menangis di atas sebuah bukit yang tak berpenghuni sebab nak kasik bahu ni tersengguk sengguk dengan selesa tanpa diperhatikan oleh alam maya... TETAPI.... eh, kat atas bukit pun ada budak-budak..... ggrrrrrr

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya dapati ada seorang / seblogger sudah berjaya captured nombor bertuah 86752, saya hanya menunggu dia buat entri khas untuk menyatakan kejayaannya... I AM WAITING... dan novel yang bakal dimenanginya bertajuk Syukran Ya Allah sesuai dibaca oleh budak-budak.

Ya Salam....

yours sincerely,
mak su


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, November 1, 2011

Siapa pemegang nombor bertuah?

* sticky post sampai dapat pemenang :D *
* entri terbaru ada di bawah *


Assalamualaikum kawan-kawan semua...


Hhmm, macamana nak mulakan? when you have many things to do, you dunno know where to start... itulah yang berlaku pada diri saya lately.


Tense + anxiety agaknya, buatkan batuk-batuk yang saya alami sejak bulan puasa tak kebah-kebah.


hari Ahad lepas saya tengok paranormal xtvt kat tv, cilakak sungguh itu cerita, menakutkan! so the next day saya surf internet and found out that cerita itu scripted. tapi ia adalah sangat horrible!! giler seram wa cakap lu!


Dalam pada blog saya senyap sunyi ni, ada juga yang masih sudi follow. Terima kasih banyak kat anda semua. Terima kasih kat ismi ladyjaja atas kesudian anda itu.


Oh ya!! Siapakah pemegang nombor bertuah 086752? (p/s: no hari ni ialah 084748) Anda akan dapat hadiah sebuah buku iaitu novel pertama saya :)


Kalau anda dapat capture nombor itu, sila buat entri di blog anda dan link ke blog ini. Letakkan gambar nombor 086752 sebagai bahan bukti dan emel kepada saya untuk memberitahu saya, di samping itu, sila tinggalkan pesanan di ruangan komen di entri ini.


ceritakosong@gmail.com


Kalau anda mahu purchase novel itu via saya pun boleh juga. Saya berbesar hati, maklumlah, saya kan baru mula menapak di dunia penulisan ni :D


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.