Monday, October 31, 2011

TRAGEDI OKTOBER YANG PEDIH

Tragedi Oktober - nyanyian Awie

Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

( korus )
Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...

Hanya satu ku pinta
Kujujuran darimu
Berilah peluang hidupmu

Aku rela bersama
Meranjau onak duka
Agar berkekalan hendaknya

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

( korus )
Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...

Sunday, October 30, 2011

Real Steel

Being naive and looking at other things / people positively only bringing me bad luck.


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, October 28, 2011

Batu belah batu bertangkup

Some said that some curses could be broken.

But it seems that some curses are not meant to be broken, they just - remain.


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, October 27, 2011

KAMEHA MEHA MEHA!!!

oh... katanya tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia ya? macam mana pula kalau buaian itu digoncang oleh beberapa orang.... sohih tak boleh goncang dunia?

jangan ingat itu sekadar mitos atau simpulan bahasa sahaja.... kALAU KAU BERANI KAU CABARLAH TANGAN ORANG YANG MENGHAYUN BUAIAN NI.

kau nak tengok DUNIA KAU BERGONCANG!

b*a*b*i !!!!!!!


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, October 26, 2011

Snake eyes lakonan nicholas cage

Being a total failure and a total looser, to smile and laugh out loud is not problem at all for me, especially when i need to cover up some losses or to fill in emptiness here and there... kata seorang manusia yang hidup di zaman kegemilangan wayang bisu lakonan chahlii chapelin yang bertopi hitam dan bertongkat.


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, October 21, 2011

Novel pertama saya is here!

* STICKY POST * post terbaru ada di bawah *


Assalamualaikum... dengan sukarianya, maksu nak beritahu yang novel pertama maksu sudah pun siap cetakannya... bertajuk Syukran Ya Allah, di bawah naungan syarikat Blue-T. Harga cuma RM10.90. Target pembaca berumur 8 - 15 tahun, tapi open kepada sesiapa sahaja yang gemar membaca :)



Pesan Nabi adalah satu projek kompilasi di bawah seliaan maksu, harga RM5.90, iaitu hadis-hadis nabi yang sesuai untuk bacaaan kanak-kanak dari umur 6 - 15 tahun juga. Under the same company.

Of course, kedua-duanya sesuai untuk hadiah buat orang tersayang :)

Pertanyaan, hubungi maksu di ceritakosong@gmail.com ya.... am glad to help you :)

Thursday, October 20, 2011

Bahasa Universal

Kalau bercakap dengan anak aku si w tu, memang gelak aje lah.... umurnya 5 tahun, tapi bercakap macam orang besar... masa dia kecik-kecik banget dulu, aku memang tak ajar dia cakap pelat. Tapi cemana pun, w tetap ada mengeluarkan perkataan-perkataan pelik seperti:

sabak berenang = sabak bernam
padang bawang = padang awam
pakok = kapak
celit = cekik
sampai = sambil

dan lain-lain.... tak ingat dah. bila dia cakap je kita tergelak, tapi seboleh-bolehnya tak mo gelak beriya-iya, nanti dia merajuk... hehehe


p/s: saya belum sempat nak jenjalan kat blog kawan-kawan semua, semuanya.... huhuhu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, October 17, 2011

Saya ada alibi okeyy

Pre-post!! Terima kasih kepada abang long dan nur_eira atas kesudian follow blog ini :D

_____________________________


hari jumaat 2 minggu yang lalu tiba-tiba saja aku ni tak leh nak bangun pagi kerana buku lali bengkak. aku ingatkan disebabkan oleh spring ankle [betul tak ejaannya tu?]...

sangat sakit... kalau tak malu, maunya aku bergerak macam suster ngensot ke bilik air, dan kemudian ke dapur untuk minum. jadi suka tak suka, 2 orang anak dara aku terpaksa papah aku ke hulu ke hilir... si kecik W pun tolong, tolong angkatkan bantal... hehehe, mekasih.. :)

so check punya check gi dokter, dokter kata gout... alamak!!! apsal tiba-tiba aku kena gout!? aku ni macam-macam penyakit pelik-pelik aku dapat, masa di mid 20an, aku dapat penyakit batu hempedu sampai kena di_operate!! sekarang ni GOUT pulak!! earlier last year, dokter saspek aku ada lemah jantung!! fuhh!!! semua ni sakit orang BERDUIT ni!

anyhow, aku mc on that day, i.e 2 weeks ago. just one day. tetapi SUATU KEJADIAN ANEH BERLAKU DI PEJABAT!!! member2 di opis kata mereka nampak aku di opis, dan aku was in the office until jam 11.00am gitu!!!

GILA! CRAZY! TERRIBLE!

Dah sekarang ada seseorang syak aku ada SAKA or perhaps ada bela hantu!!

Alamak! walaupun aku katakan aku ada di rumah and my anak-anak and husband yang hantar ke klinik jadi saksi... tapi this matter bukan perkara kecil. Ia merupakan suatu fitnah besar yang dikenakan kepada aku!! Oleh Siapa?

YA ALLAH, SELAMATKANLAH AKU DARI FITNAH DUNIAWI DAN MATA-MATA JAHAT SYAITAN, IBLIS, JIN DAN MANUSIA... aminnn


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, October 15, 2011

Mencari bahan

sebelum meneruskan cerita, saya nak beritahu pemenang nombor BERTUAH BELUM LAGI DITEMUI. Jadi, teruskan singgah ke mari ya :)

Saya nak beritahu, haritu saya sedang mencari bahan untuk bahan cerita terbaru [untuk majalah], iaitu tentang suatu hadis Rasulullah saw. Saya terkenang kepada suatu kata-kata ini yang ramai juga pernah atau telah menyatakannya sebagai hadis Rasulullah saw, termasuklah saya. Saya amat mempercayai kepercayaan saya itu, tetapi pencarian saya itu menemukan saya dengan maklumat bahawa kata-kata itu adalah daripada Saidina Umar al-Khattab.

Iaitu: 'Suruhlah anak-anakmu belajar berenang, memanah dan menunggang kuda.'

Tetapi kata-kata itu, biarpun daripada Saidina Umar, memang merupakan suatu rangsangan dan dorongan untuk orang-orang muda beriadah agar bertubuh badan yang sihat. Mempunyai pandangan yang tajam dan boleh mengendalikan makhluk lain dengan berhemah.

Tuesday, October 11, 2011

Berapa saat?

Anak saya w minta henfon baru-baru ni. katanya, senang nak cal kawan dia, nak tanya dah pukul lima ke belom? sebab kalau dah pukul lima, emak (sayalah tu) bagi main kat luar. Saya kata pinjamlah telefon saya, dia kata tak mo sebab telefon emak selalu tak de kedit... amboi... kemain lagi dia mengata saya kan...

Jam waktu itu baru pukul 2 pm. Dan sementara nak tunggu pukul 5 pm, banyak perkara jugak yang dia bangkitkan.... bayangkanlah, berapa saat saya nak kena handle perkara-perkara berbangkit dia tu, sampai ke pukul 5 pm....

saya takut kalau selalu ada perkara berbangkit macam ni, tak perlu tunggu 5pm. 2.30pm pun saya dah lepaskan keluar... huhuhu


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.