Tuesday, August 30, 2011

Selamat hari raya

Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.

Selamat dalam perjalanan pergi balik ke kampung.

Saya doakan anda sekalian sihat sejahtera dan bergembira di hari raya, perbanyakkan sedekah.

p/s: terima kasih cikli kerana sudi follow blog ini.

Salam mesra,
maksu

Thursday, August 25, 2011

Tips penulisan lagik

Menulis, melukis, membedah orang, mencabut gigi orang, memfloss gigi sendiri adalah skil anugerah Ilahi. Termasuklah skil-skil yang lain seperti juga memasak, buat air kopi yang sedap, menaip laju tanpa error. Oleh itu, bermohonlah kepada Nya agar diri kita diperkayakan dengan skil-skil yang bersesuaian dengan diri kita. Dan biarlah supaya ia adalah untuk kebaikan manusia sejagat. Insyallah.

Mengenai nak mula menulis, para otai novelis esp. sasterawan negara kata kena baca banyak-banyak buku sekurang-kurangnya 100 buah buku sebelum memulakan penulisan. Saya kata every 10 years in your life, banyak 100 buah buku and + +. Dan another 10 years tu, baca lagi 100 buah buku and + + dan seterusnya.

Buat latihan mengembangkan ayat, sebagai contoh. Kita buat ayat dengan menggunakan perkataan kereta. Dari kereta mungkin boleh nampak warna, hala tuju, pemandu dan lain-lain.

Contohnya: shasha memandu kereta volvo merah yang baru dibelinya ke low yat, kerana dia ingin membeli beberapa aksesori komputer. dia memarkir keretanya dekat isetan.

:D

p/s: terima kasih saye tecik sebab sudi follow blog ini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, August 23, 2011

Sahaja aku bersedekah kerana nama

oouuhhh dahsatnya.....

kalau diberi peluang:

anda nak mensedekahkan jamuan makan kepada rakan sepejabat yang sama-sama bekerja makan gaji dengan anda cuma bezanya banyak sikit sahaja

ATAUPUN

anda nak sedekahkan duit anda kepada orang yang sangat-sangat memerlukan yang mungkin juga, langsung tidak mengenali anda untuk diucapkan terima kasih

Friday, August 19, 2011

Perkabungan

Kabus selimuti daun
dahan, dan
ranting-rantingnya
biarpun tidak menyentuhku
namun
jiwaku serasakan berkabung

mak meninggal bulan 4, abah meninggal bulan 6, kakak yang rapat yang saling berutus surat mengirim sms bertanya khabar bergosip meluah duka berkongsi rasa meninggal di bulan posa, yakni bulan 8. entah bila-bila, masaku kan tiba.

kehidupanku terasa terlalu sunyi kini

apatah lagi, kawan-kawan yang dikenali juga semakin sibuk dalam hal-ehwal mereka sendiri. zaman dah berubah... manusia semakin maju... akhirat semakin mendekat... aku masih begini

hhmm, how about you there? people may not live happily ever after but i wish you all the best ever after. if you come by please stay around for a while, i just wanna tell ya that i am not the person you knew anymore, i am doing something else which i could not share with you when you were around.

been missing you...

al-fatihah

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, August 12, 2011

Nak menulis jugak....

Maksu tak pernah menglistingkan bidang penulisan di dalam hobi, mestilah dokter, loyer dan majistret sajork. nak tiup seksofon tak brani, sebab takut kalu nyonya sabariah mansur dengar... hik hik hik.

Anyway, kita tak tahu until we try, so nevertheless you don't know how to write, but at least you can compose decent sentences itu sudah kira memadai as a beginner. sehari sehelai lembar benang ayat banyak hari berlembar-lembar benang ayat.

Mula-mula sekali of course kena ada keinginan untuk mencuba, sudah cuba lalu dibuat. sudah buat lalu dikemaskinikan. Sehari mungkin siap satu page or 2 pages, pantang ada idea cepat-cepat dicoretkan di note book.

kemudian dah sampai kat rumah, dah relax-relax, keluarkan balik dan perkembangkan idea itu.

ini petua dari ramai otai-otai novelis, bukan dari maksu, maksu cuma kongsi saja kat sini.

cukup dulu buat masa ni.... sebab idea maksu pun kureng. hahaha

nak tahu tak? karya pertama maksu adalah berbentuk dialog lucu keluar kat suratkhabar apa ntah di tahun 1980an. Itulah yang pertama dan yang lucunya, ia dikeluarkan sebanyak dua kali. Of course, tiada bayaran pun. cuma excitement aje lah.

terima kasih buat anganrahman atas kesudian follow blog ini :)

Sunday, August 7, 2011

Berminat nak menulis novel tapi tak berani?

Jangan risau, maksu kan ada.... he he he [sambil gelak-gelak angkat kening macam ala-ala gatai-gatai gitu..... wakakaka]

Begini, sesiapa yang berminat nak mencuba-cuba bidang penulisan novel untuk pembacaan kanak-kanak yang ada pengisian pengajaran, bolehlah contact maksu untuk hantarkan manuskrip. Patah perkataan tu tok sahlah patah-patah sangat sebab susah maksu nak luruskan balik... hahaha, TETAPI adalah lebih kurang 10000 - 11000 patah perkataan. Sebanyak lebihkurang 9 bab atau 10 bab.

KALAU tak buat bab, nanti saya babap.

cara begini bagus untuk orang yang baru mula nak menapak di bidang penulisan novel kanak-kanak, yang baru nak mencuba-cuba mengasah bakat.... talk to me :D

ceritakosong@gmail.com

Okeh, and finally, i would like to thank yayashimano atas kesudian follow blog ini :D

Thursday, August 4, 2011

Kegagalan manusia menjadi manusia

Manusia sangat sombong dalam perkongsian ilmu dan acapkali bila ditanya, jawapan adalah tak tahu....

Manusia sangat malas dalam mencari ilmu dan educating him/herself. Tak mahu menggunakan akal untuk mendapatkan jawapan even a simplest one. Dan acapkali mengambil kesempatan bertanya kepada orang lain as a shortcut to ease him/herself lives.

Oleh sebab itu, manusia adalah kedua-duanya. Sombong dan malas bercampur-baur.

Manusia lupa, manusia alpa.... na na na na
(oops! terus termenyanyi pulak..... tapi terlupa lirik!)

Monday, August 1, 2011

1 Ogos dan Ramadan pun bermula

Salam ramadan buat semua yang kenal maksu mahupun yang tak kenal maksu, ramadan datang menyapa sesiapa sahaja tak mengira usia mahupun paras rupa.

Kalau tak kenal maka tak cinta, kan.... ahaks

Dengan ini, contest yang haritu tu, ditutup secara rasminya. Terima kasih kepada Citarasa Rinduan dan Miloais yang sudi participated, walaupun hadiahnya kecil sahaja. Oleh itu, sila emelkan nombor akaun bank ke emel maksu, ceritakosong@gmail.com dan juga beritahu postal address yang lengkap untuk hadiah sampingannya :)

Tiba-tiba jer ada hadiah sampingan, ahaks.

p/s: terima kasih kepada taukeh songket merangkap ex-classmate merangkap ex-schoolmate kat UiTM atas pemberian souvenir kepada saya :D

Sesiapa nak beli songket atau pakaian yang sewaktu dengannya atau nak cari barang untuk hantaran, bolehlah singgah ke kedai taukeh songket tu ya... Mudah je nak mencarinya :D