Tuesday, July 26, 2011

Hobiku menulis

Salam mesra buat semua followers dan pengunjung blog ini, maaflah, nampaknya tema ceritakosong ini telah menguasai blog. Hi hi hi, blog pulak yang dah semakin kosong.

Di tahun 2006, masa aku mula berblog, dan seterusnya, aku boleh buat entries sampai 2 atau 3 untuk sehari tapi kebanyakan masa, setiap hari mesti ada 1 entri baru. Tapi tak sekarang, kan.... teruks.

Dulu kerja aku hanya tunggu arahan dari encik tali leher, selain dari melakukan tugas-tugas rutin. Tapi sejak awal 2011 ni, aku dah bertukar bidang pekerjaan 360 degree. Macam dangdut pulak!!

Aku dah masuk ke bahagian pekerjaan yang perlukan aku menulis dan melakukan editing setiap hari. Di sini aku perlu terus bergerak kerana aku bertanggungjawab ke atas karier aku sendiri dan keselamatan periuk nasik aku sendiri.

di samping itu, aku dah siapkan 2 buah manuskrip novel kanak-kanak. Novel pertama dah masuk bahagian final untuk persediaan sebelum dicetak. Novel kanak-kanak yang ke-2 ni aku ingat nak mula masukkan ke bahagian layoutlah, kemudian boleh fikirkan gambar decorationnya dan lain-lain. Selain dari itu, aku hendak menyiapkan novel dewasa yang aku dah mulakan sejak 2 tahun lalu, dok tersekat di bentuk skeleton belum dihias dengan kata-kata indah asyik masyuk. hi hi hi [novel dewasa kenalah asyik-masyuk, kan... ehem]

Semua kerja ini memerlukan aku berfikir setiap hari, jadi suka tak suka, blog ini mula diabaikan..... huhuhu. So sad... cry cry.

Walau apa pun, terima kasih the whole world kepada citarasa rinduan dan miloais kerana sudi respon kepada kuiz 'tahap murahan' yang aku sediakan. Maaflah, aku belum mampu nak hadiahkan savings accounts yang bernilai RM250 setiap seorang or at least topup bernilai RM50 setiap seorang. Doakanlah kemurahan rezeki aku dan kejayaan untuk segala usaha-usaha aku untuk mengubah nasibku yang kurang berjaya dari segi kewangan ini ke arah yang lebih baik, ya kawan-kawan.

I love you I love you :D

(cakap dengan gaya mendiang michael jackson selepas nyanyi lagu billie jean not my love)

ta ta

Monday, July 25, 2011

Hint untuk Contest

Hint untuk cerita yang maksu minta cari tu, adalah dipostingkan pada bulan Mac 2011 :)

Dan, terima kasih Cikgu Shari atas kesudian following blog ini :D

Sunday, July 24, 2011

Baca dan dapat RM10

Aa aa aa...... ini bukan scam atau junk mail, cumanya maksu sekadar nak berkongsi keseronokan menjadi editor magazine dengan followers Cerita Kosong, i.e Geng Tidak Kosong.

Bukan tak nak extend kepada yang tidak follow, tetapi.... takut-takut kot tak tahu story-mory, kan payah nak participate tu...

Kaedahnya begini. Anda kenalah beli ataupun pinjam atau skodeng atau baca kat library atau apa-apa je lah, tapi jangan guna bomoh ya, guna khidmat pawang pun tak boleh, apatah lagi kalau guna khidmat keris sakti boleh terbang, lagiiilah tak boleh. Mencuri adalah salah di sisi undang-undang. Ehheemmmm, majalah berkenaan mestilah untuk keluaran bulan Julai 2011, nombor siri 64. Cari kat kedai, apa majalah yang ada tulisan 64 di muka depannya. Ada muka budak perempuan pakai tudung kaler pink, bert-shirt hijau, sangat comel dan cute dan ayu itu gambar.

Klu:
Ada satu entri di dalam blog ini berkisarkan kehidupan seharian maksu, scene di rumah Maksu pun tak ingat bila tarikh entri tu, mungkin awal 2011, mungkin hujung 2010 pada bulan Mac 2011.

Soalan (isi tempat kosong):
1) maksu berasa bengang dan geram terhadap [..............] kerana [..............]. Ketika itu maksu sedang [.....................] kat [...........]

2) Cerita berkenaan telah maksu jadikan cerpen di dalam Bahasa [...................] dan maksu menajukkannya (memberinya tajuk) [.......................]

Cara Menjawab:
1. buat entri di blog anda dan letakkan link di komentar entri ini sahaja.
2. retype soalan (1) dan (2) dengan ruangan kosong diberikan font berwarna
3. oh ya! mestilah follower
4. Hadiah disediakan untuk 2 orang pemenang sahaja berdasarkan cepat, betul, the most exact kalau boleh.

Tarikh tutup: 1 ogos 2011.

Hadiah, duit Rm10 each akan dibanking-inkan ke akaun bank anda iaitu mebenk, cimbenk or ar ash bee bank sahaja (sebab benk-benk yang lain tu jauh sangat dari rumah maksu) pada penghujung ogos. sebab maksu pokai currently. almaklumlah, gaji wa bukan lagi RM15.786.43.

(jumlah itu hanya anganan semata-mata)

Serius ni, penghujung ogos akan dibank-inkan jumlah yang dijanjikan.

Harap maksu tak menyusahkan uols!

p/s: Terima kasih Insan Marhaen, sudi follow blog maksu ni.

Wednesday, July 20, 2011

Makan

rasa macam nak makan sesuatu yang merosakkan badan..... hhmmpphhh

eh, ada followers baru, faizzz dan kemey. Terima kasih banyak-banyak ya. Segan pulak dibuatnya, ceritakosong ni dah semakin kosong dan kosong. huhuhu

Tuesday, July 12, 2011

Clash of the titangs

Jadikan saya dewa

"kamu layak menjadi dewa, ambillah tempatmu di sisiku." itulah yang dikatakan oleh zewes, bapak kepada segala dewa-dewa kepada anaknya yang bernama poseirose.

"tak nak, bapak. saya tak nak," jawab poseirose yang sedang memetik bunga ros. "sebaliknya bapak, saya nak jadi dewi."

"pala hotak lu! lu tak leh jadik dewi, jadik dewalah best...., boleh letak trofi bunga atas kepala, masyukkkk," geram sungguh si zewes ni nampaknya tapi dia berusaha memujuk

'baiklah! saya ikut cakap bapak! jadikan saya dewa!"

PLING BADABOOM KEBABOOO TUUTTT UTUTUTUTT...

"BAPAK!!!! costume apa ni?"

"Ya lah, okeylah tu, engkau jadik props untuk lagu laskar cinta nyanyian kumpulan dewa19. Bahagian yang tepuk tangan tu."

"Bapakkkk!!!!"

p/s: i miss lagu-lagu Dewa19, tak dak lagu-lagu barukah?

p/s: hazama!!!!!!!

* cerita ini adalah rekaan semata-mata, tak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang masih tiada di dunia. dapat idea merepek selepas menonton clash of the titans.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, July 9, 2011

Nak hilangkan ngantuk

Cerita minggu lepas, waktu pagi.

Aku kejutkan anak aku, w (umur 5 tahun) untuk ke sekolah. Dia pun jawab,

"Tunggu sekejap, w nak hilangkan ngantuk."

Lepas tu dia sambung tidur. Ngantuk dia pun hilang sebab dah layan dengan lena. Aku pulak? Jadi berang...... brapa lama mau tunggu daaaaa...?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.