Friday, April 29, 2011

Comel

kucing adalah binatang comel yang suka lalu-lalang berlari-lari anak di depan kereta atau motorsikal yang sedang bergerak, even ia kadangkala suka rari-rari ranak di depan anak-anak kecil yang sedang berlarian, lepas tu sama-sama jatuh bergolekan.

tapi kucing comel payah nak cedera sebab ia ada bulu tebal sebagai penebat.

lain daripada tu, kucing comel suka berak di sekitar rumah orang untuk menambah aura..... yyaaaaaa!!!!

ambik getah paip! simbahkan air!! . . . . kat taik kucen yang mushuk!!!!!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, April 25, 2011

Semalam yang aku lihat

yang aku lihat tak semestinya yang aku nampak...

tapi semalam dalam ramai-ramai orang yang mengunjungi booth tempat aku bertugas, aku lihat ibubapa bawa anak-anak sama ada anak-anak mereka adalah perempuan sahaja sehingga 4, 5 orang. Ataupun lelaki saja sehingga 4, 5 orang. Ataupun anak 4 orang perempuan dan satu lelaki

vice versa.

Oh... jadi bukanlah aku alien sangat apabila aku ada 4 orang anak perempuan tanpa anak lelaki... kan kan kan. Ramai lagi yang senasib dengan aku di dunia ini. Dan mungkin juga mereka selalu menerima kata-kata 'pelik' sebagaimana yang aku terima saban tahun.

"bang, singgah bang."

aku juga lihat ibubapa yang sabar dan bapa yang terlebih sabar melayan kerenah anak sambil gosok poket dan pegang wallet ;P

ada yang sporting dengan kemahuan anak-anak masing-masing sekaligus bertanya 'cik promoter' apakah yang sesuai untuk anak mereka.

"kak, ini bagus kak, kita pentingkan kualiti dalam produk kita."

ada terjumpa kawan-kawan, "hei... macamana engkau boleh bertukar line? kasihan engkau, di sana gaji kau dah besar, sekarang kau kena mula dari bawah."

apa nak buat wahai kawan, saya adalah seorang 'yang sentiasa muda' kot... hahaha

"awak kerja promoter edar flyers? berapa gaji awak sebulan? awak ada pelajaran tak?" (salah-seorang pekerja [rakan sekerja saya] telah ditanya sebegini semalam)

"kak! hari ni harga runtuh, pembelian yang berbaloi."

apa-apa pun, aku balik ke rumah dengan kaki melecet di tumit! hari ni sudah tampal koyok (plaster) di tumit...

esok, ke pesta buku lagi!
Gambar dengan anak sedara, dicilok dari blog abang zino. Terimo kasih :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.



© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, April 22, 2011

Pesanan dari Maksu regarding PWTC

Oh ya, nak pesan.... heh heh heh. kita kat situ pekerja, bukan blogger.

no one there knows about this blog. i keep it within myself only and the virtual blog world/people... coz it's my private thingy and shouldnt be disclosed to anyone i don't trust.

my dear blog friend, i hope i will get your cooperation to maintain the secrecy. Okay?


set tak?

Selain dari pesanan tu, kita juga nak ucapkan terima kasih kepada Azani Md Noor dan ibu muda atas kesudian folo blog ini :D

Kita nak beritahu, kita sukar nak folo balik, tunggu keadaan menjadi lebih baik ya... :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, April 21, 2011

PBAKL 2011

Thanks ya Fyna, atas kesudian folo blog ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~

hoh! penat! sakit tumit, lenguh kaki. harini diminta ke pwtc untuk tolong setupkan booths. letih wak....wa cakap lu.

aku penah sekali datang ke pesta buku, sebagai pengunjung pun aku penat. apatah lagi nanti nak bertugas... ho ho ho

dan harini tolong setup, susun barang-barang.... waaaa, letihnyer!!!

by the way, pekerjaan sekarang bukan naik pangkat, ia cumalah di bidang yang berlainan tapi cabarannya tetap ada. apatah lagi bagi seorang pempuan tua usia nak masuk 42 tahun, tiba-tiba pegang jawatan, ada jugak mulut yang berbunyi. bukan tak ada. gitulah.... adat dunia.

sebaliknya gaji pula, terpaksa ikut gaji orang yang tak ada pengalaman. ya lah. namanya pun pekerjaan yang lain, lari sungguh dari bidang pekerjaan aku yang telah aku lakukan selama puluhan tahun. aku terpaksa reda jer lah... inilah adat orang mencari rezeki... kan. hajat hati nak dok ghumah jer, boleh masak untuk husband dan anak, tapi impian tinggal impian. aku terpaksa kerja untuk bantu suami sara keluarga. bukan nak bermewah, tapi untuk SARA KELUARGA

lain dari tu, aku sebagai pekerja @ kuli tidak langsung ada share dengan syarikat jadi aku tidak ada kemampuan nak beri sebarang offer atau free gift kepada pelanggan syarikat. kalau tokei bagi, dapatlah kat uols. gitulah ceghitenyer.

berlagak langsung tak ada ya. nak bergambar or nak cari glemer langsung tak ada ya. aku sedar diri aku, gemuk, pendek, tak cantik, tak uptodate, tak vast, tak vogue, dah berumur, suka gelak tapi selalu disalah anggap sebagai GEDIK..... dan lain lain yang tak lagilah.

KATAK jer yang tak

JUMPA ANDA DI SANA :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, April 18, 2011

Jadual

Bertugas pada 24 april 26 april 28 april dan 1 mei.

shif pagi sampai maghrib.

booth (dalam bahasa isyarat, wakakaka) Bola januari hingga mei dan Fola januari hingga mei.

Nak kenal saya? cari aje gambar saya kat entries lama, cari kat "labelling" kat bawah nun, cari under label "gambar".

Dan thanks kat banghas11 atas kesudian follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, April 15, 2011

Esok saya dah dua bulan

untuk majalah di atas tu, saya merupakan penulis sahaja.... siapakah saya?
(saya tidak gunakan nama sebenar. Klue: dalam huruf ada alphabet o dan e)

saya akan bertugas di sini, jadual sudah keluar. tunggu difinalisekan pada hari isnin nanti :)


(gua kena shif pagi, beberapa hari dalam seminggu dan weekend pun ada gaks)
Terima kasih kepada mp dan The Fusion Tea atas kesudian folo blog ini :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.


© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, April 14, 2011

Jaga Kedai

Salam sayang buat semua.... :)

sowi, kita agak sibuk lately (normally pun.. hahaha), sebab kita kena ikuti kerahan tenaga yang ditugaskan oleh majikan baru kita, sebab nanti majikan kita nak bukak kedai (bukan kedai makcik karipap) buku di gerai-gerai yang terdapat di pwtc minggu depan.

Kata majikan kita, kita kena bertugas gaks jaga kedai ikut penjadualan. Selain dari tu sebenarnya kita sedang kena mengedit banyak buku-buku baru untuk dicetak buat penambahan produk untuk gerai majikan kita.

Dah tu, kita dah mula mengelolakan majalah 'tuttt' sebagai editor sepenuhnya dan sebagai internal writer, tapi oleh kerana kena ada projek ad-hoc seperti di perenggan dua di atas, kita kenalah ketepikan majalah kita sat. sat jer....

Lain dari tu, esok kita kena buat presentation untuk perkenalkan majalah yang kita kelolakan ni kat staff-staff kampeni majikan kita....eh eh. kalau kampeni ni kampeni bapak kita, sohih kita tak nak terlibat dengan presentation-presentation ni, sebab sora kita jenis gigiiilllllll. Kita tak gemar, tapi kita kena akur, sebab kita nak konpem cecepat.

majikan... cepatlah konpemkan kita ya.... kita janji, kita buat presentation best-best esok ni... la la la.

Kita juga nak amek kesempatan nak ucap terima kasih kat kengkawan yang sudi mai singgah kat blog kita ni, kita rasa malu-malu alang ngan uols ler..... dan thanks kat anna saida dan Tyrah atas kesudian mereka folo blog kita.

awok ni bukan apa, komputar awok dah tak da kat rumah, awok dah terblok dari terjahan internet.... awok sedihlah jugok, tapi awok tahu, destiny awok ni masih jauh lagi gamaknya.....

Bye, solle solle, solle solle....

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, April 7, 2011

Dialog lucu

"abu mengaripapkan emaknya di dapur" - kumpulan Balas.

Ooooo, apa diaaa? mengaripapkan? hantu makcik karipap ya?

nanti kena penampaq baru taaauuu... amvoiii (ai loikee kumpulan Balas)

Thanks kepada penambahan geng cerita kosong, arryani, syed saifullah, isterimdnavy :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, April 1, 2011

Kelakar 2

Alamak, lagi senyap-sunyi dan kosong blog ni, ada pertambahan plaks kat geng2 cerita kosong iaitu kalamhati & cinta sufie. Terima kasih atas kesudian.

Sebenarnya saya ada masalah baru-baru ni, laptop di rumah terpaksa digadaikan. So, connection saya dengan dunia siber apatah lagi dunia blog bertambah jauh.

Saya dengan tak malu beritahu secara terang-terang supaya kawan-kawan tak tertanya-tanya kenapa saya / blog ini sepi tanpa posting-posting terbaru.... hu hu hu

Maaflah, mungkin anda akan rasa kecewa :(

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ni nak cerita tentang w, anak kecik saya tu. haritu masa kami baru balik dari kerja, dia pun ceritalah dengan penuh confident, "kaki w dimasuki kayu".

Saya: "mari mak tengok kena kat mana". dia pun tunjuklah.... kat tapak kaki kiri.

Halus je selumbarnya. Saya pun ambil pin baju, nak koreklah selumbar tu. Apalagi, w pun mulalah menangis, beriya-iya, macam kena rotan.

Saya: "kenapa nangis? mak belum usik pun kaki tu"

W: "sakit,.... sakit...."

;D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.