Wednesday, March 30, 2011

kelakar

Terima kasih yayansmum, sudi follow ceritakosong ini :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~

pada suatu hari, w pun berkata-kata.....

"mak!!! hujan turun lintik-lintak! cepat angkat kain!!!!" ;D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, March 26, 2011

Kakngah menyumbangkan cerita

kami pergi bermain-main di padang, antaranya kami main baling tin, kejar-kejar juga main bola lisut. selepas itu kami penat, bila dah penat, kami rehat di dalam longkang. longkang itu kering sebab musim panas. lepas tu ada orang kentut, BAU TELUR.

.
.
.

mak: okey, so, kat mana keinsafannya?

anak: cakaplah masyallah, sapa kentut ni?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

memang sumbang sungguh ini cerita.

p/s: iklan sudah dibuang dari iklan ini..... rasa macam tak ada gunanya, sebab amat sukar nak update hari-hari seperti di zaman dahulu-kala, sob sob sob

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, March 21, 2011

Sambungan tergendala sebentar

Sambungan internet tergendala sebentar, tunggu gaji, baru leh bayar, baru leh online dari umah... sekarang mencuri-curi namanya. Opps!

anyway, sudah dapat approval!! sudah masuk editing proses!! yaahhooouuuuuuuuuu... (ceritanya di entri ini)

dan, sementara itu, aku diberikan tugas editing utk projek lain pula ;)

sori, lum dapat gi BW, hu hu hu

dan terimakasih HappyIrfa, sudi follow blog maksu :D
(biarpun dah mula sepi sekarang ini...)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, March 16, 2011

Intan ku kesepian

... adalah sebuah tajuk lagu dari wings yang aku sangat suka melayan semasa di ipta dulu.

tetapi malam ni, dalam kepala pening-pening lalat (mungkin kerana pagi berhujan petang berhujan), aku terus bersemangat nak memblog atas sebab rindumu intan, intan puterikurekure.

maaflah, maksu jarang-jarang berada di fb, x berjaya masuk ke fb lately, selain dari tu, rasa macam kurang ngamlah ngan fb. tak pandai nak berinteraksi di situ. layan blog lebih best :)

esok aku kena interview orang, untuk satu ruangan di majalah, interview adalah salah-satu bidang tugasan.

tadi aku berjaya siapkan bukuku sendiri (novel nipis dalam 10000 patah perkataan lebihkurang). novel nipis ini adalah satu xtvt ko-kurikulum di sini. markah lebih akan diberikan :)

idea ceritanya muncul di kepala otakku pada penghujung bulan 2, aku mula menggarap ayat-ayatnya pada hujung minggu lepas, dan tara..... hari ni sudah siap. Yeah... !!

sebenarnya aku hampir-hampir putus asa semasa cuba menyusun ayat-ayat, kemudian dalam kesedihan aku tunjukkan kerangka novel itu kepada seseorang dan dia menyukainya dan terus memberikan galakan! thanks thanks so much! aku sahut kata-katanya dengan mengarang lagi dan lagi dan lagi hingga berjaya ke titik penghabisan pada hari ini.

tinggal nak prufread, dan revise ayat-ayat yang tak ngam sui saja. lepas tu boleh tunjuk kat bos, kalau diluluskan, boleh masuk ke step seterusnya. Doakan yang baik-baik untukku... please.... :D

selain tu, aku sudah siapkan dokumen-dokumen yang diperlukan yang berkenaan dengan pekerjaan utamaku iaitu mengelolakan suatu magazine. ada beberapa lagi ruangan masih perlu aku cari bahan-bahannya. di sini, kita kena siapkan dokumen-dokumen seawal tiga bulan earlier, rupa-rupanya banyak steps yang diperlukan dalam bidang penerbitan ni ek.... baruku tahu.

dan, berat badan aku masih belum berjaya dikurangkan... hu hu hu

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, March 15, 2011

Layan Game PSP

Teruk juga beberapa hari yang lepas, tak dapat nak melayari internet, sambungan internet sangat perlahan.... dennmggg danngggg dennggm danngggg

Apa nak buat? sambil tunggu broadband lemah-gemalai berusaha membuat capaian ke laman-laman blog (yang akhirnya gagal juga), aku main game ikan makan ikan. Layan..... makan makan makan, kemudian check internet, makan lagi makan lagi, check internet.... dengggg, aku pulak yang kena makan... sayang sungguh, tinggal 1 nyawa pulak tu, tapi tak usah khuatir, ikan ni ada SAKTI, makan lagi banyak, makan bonus, bertambahlah nyawanya, macam kucing, ada 9 nyawa!! (iya ker?)

Itulah aktiviti aku.

Di tempat kerja pula, aku sedang menyiapkan suatu tugasan yang berjumlah puluhan mukasurat, tinggal lagi beberapa muka surat saja lagi. Bila idea datang, aku teruskan menaip. Bila idea tak mai, aku buat kerja lain yang melibatkan tugasan utama iaitu publication.

Oh ya, aku terasa-rasa yang aura memblog sudah semakin pupus, tapi geng kosong kat sini dah bertambah ek, dah 280 orang, terima kasih Oasis :D

Maaf, belum ada giveaway terbaru. Nantilah, bila hasil kerja pertama aku berada di pasaran, mungkin aku nak juga buat seketul dua GA, tengok bajet :)

HHmmmm, well, ekceli, yang layan game psp tu bukan aku, tapi budak lelaki kat rumah sanun tu, bapak dia dapat komisen, maklumlah, orang marketing memang macam tu... kah kah kah..............

(saja jer, maklumlah, tak ada idea tadi nak cari tajuk yang bersesuaian ngan cerita kali ni, errr... takkan nak letak tajuk, ai suka main anak ikan?) (aauuww) (giloko???)

p/s: semenjak banyak berkecimpung dalam arena penulisan 'salinan keras' (hard copy) ni, kerajinan menulis di 'salinan lembut' (soft copy) semakin pudar.... hhhmmm, entahlah...... :(

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, March 11, 2011

Innalillah buat Idola

Salam berjuta takziah buat negara Jepun dan warganya; terutamanya di bahagian utara Jepun - yang sedang dalam kepayahan akibat dilanda ombak tsunami.

Lapuran menyatakan ombak pertama adalah setinggi 10 meter disusuli ombak ke dua (lebihkurang) 7 meter, gempa pada 8.9 skala richter.

Ramai yang terkorban di celah-celah bangunan yang runtuh.

Takziah buat negara idola, Jepun, merupakan salah-satu negara maju yang ada hubungan yang baik dengan Malaysia. Negara matahari terbit itu telah melahirkan superhero-superhero yang sukar hendakku lupakan sejak kecilku; biarpun ada unsur lawak di sini tapi kesedihan tetap melanda hati.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Pengakuan

Kalau boleh, aku nak request blogspot untuk create 'butang like' di blogspot ni, alah, sama macam muka buku tu..... bukan apa. Memanglah menjawab respon juga merupakan satu task untuk setiap blogger, dimana kerap kali bloggers gagal menjalankan tugas ini sepenuhnya, kecuali masih ada lagi beberapa blogger yang tak pernah fail mengreply komen.

Dulu alasanku sibuk, dan masih kekal nak gunakan alasan sibuk (memang benar sibuk)... aku juga sekarang nak menyatakan alasan aku yang ke - 2 iaitu kadangkala, aku just tak tahu apa nak reply. aku baca setiap komen, aku hayatinya, tapi aku tak dapat fikir jawapan yang seswai untuk mengreply. Oleh itu, samada bizi, ataupun kerana tak dapat cari jawapan yg bernas, aku biarkan komen tidak berbalas.

Alangkah bagusnya kalau ada 'butang like'.

Tq de_kerinchi, sudi follow di sini :)
ai loikkeee :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, March 10, 2011

Binatang peliharaan

Mood aku tetiba kurang baik harini.... ish, lecehlah. bila tengah happy-happy tetiba jadik macam ni.

Anyway, tadi sempat gi melawat blog mak dara terdiva, cerita kucing.

Memandangkan aku tak ada idea nak tulis apa, so aku nak respon kepada cerita dia mandikan kucingnya, dia tanya pernah tak mandikan pets.

Aku mengakulah, aku takut kucing, malah apa pets pun tak pernah bela. Aku takut nanti aku era pets suruh gi beli beras ker sardin ker, ntah macamanalah pets nak handle kerja tu.

So kalau pets pun tak ada, cemana nak mandikan pets?

Tapi aku pernah juga mandikan binatang, contohnya aku mandikan ikan, mandikan semut. Kat semut tu aku sound dia, "trespassers kena dimandikan"

.
.
.
.

Oh, aku tak sincere di sini, aku buat-buat cerita jer.

Aku pun idaklah 100% telus.... auuwwwww.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, March 9, 2011

Jantung berdebar

Hari demi hari, debaran jantung aku tambah kuat. Tarikh aku akan mula mengambil-alih tugas mengelolakan publication sudah semakin hampir. Bukan itu saja, aku juga harus menangani laman muka buku yang berkenaan. Jadi kepada handai-taulan yang tahu aku kerja di mana, bolehlah mula *like* laman muka buku syarikat itu :D

Aku sudah mengintai-ngintai laman mukabuku itu, tapi terus-terang, aku jadi blur. Aku tak tahu apa nak buat....... waduh, handle laman muka buku sendiri juga sangat saspen inikan pula nak handle laman muka buku sebuah publication popular!

Rakan2 muka bukuku cumalah lebihkurang 135 - 145 orang, dan yang itu..... ratusan dah! friends request pun puluhan saban hari, mesej inbox lagi. Hoh..... gila berdebar...............

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, March 8, 2011

Syukran Ya Allah

Pada hari aku menyatakan yang kakngah menang giveaway blook mortar & pestle, aku terima voucher bernilai RM20 untuk membeli-belah di kedai gergasi. Voucher itu sempena kesabaran aku menjawab online survey yang telah aku sertai sejak setahun lepas. Dengan 2000 point, aku boleh tukarkan kepada voucher kedai gergasi bernilai rm20. Alhamdulillah.

Tadi aku baru bank-in cek nuffnang bernilai RM60.00+. Sebagai ahli bukan glitter, permintaan aku untuk cashkan uwang pada bulan disember 2010 baru diterima pada ujung minggu lepas. Alhamdulillah.

Hari ini kakak dapat gajinya pertama (dari kerjanya yang ke-3 sejak habis spm tempohari) bernilai RM500 +. So dia beli henpon made in china, juga katanya nak beli beberapa lagi barang-barang. Dapatlah aku pula pow duit dia, alhamdulillah.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, March 6, 2011

Terima kasih jiran

aku sidai kain, banyak kain... ada kain, ada baju, ada seluar, ada pakaian tarzan.... lepas tu aku masuk ke dalam rumah untuk ambil lagi sebaldi kain-kain.

lepas tu

PLIINNGGGG PLOONGGG PLANKKKKK

seketul batang paip untuk sambung ereal tv terjatuh ke bawah.... Ya Allah, harus aku beranglah kan......... aku pasang telinga.... tak ada pun terdengar suara-suara sumbang memekik mintak mahap ataupun mintak garam ataupun mintak bawang ????

tak lama selepas itu! datang seorang budak lelaki terhegeh-hegeh... aku pun pandanglah kat wajah dia tepat-tepat dengan muka yang sangat fierce, aku tanya, "apa projek kat atas tu?"

'mintak maaf'

aaa...... budak tu mintak maaf. dengan tanpa pandang kat aku, dia terus capai batang paip tu, dan terus lari naik semula ke tingkat atas.

ada banyak barang-barang sudah terjun betul-betul at my backyard! rak pinggan plastik, tudung saji plastik, hanger, sikat, baju, seluar, seluar pendek, baju kelawar, penyapu. kadang-kadang macam ada orang mencurahkan air sebaldi 2 baldi, mungkin air mop..... kebetulan pula, kain baju tak ada di ampaian!!!

dahsyatlah!! jiran aku dahsyat!!! dan mereka, hampir-hampir mencederakan penghuni flat di bahagian bawah, dan mereka, just buat bodoh saja.

bagus, inilah mentaliti rakyat malaysia yang kita bangga-banggakan.... aku suka dan BANGGA sangat, kalau boleh, aku nak mintak jiran tu buat kelas tusen tentang cara-cara buat HEMOI berhidup berjiran tetangga, *aku hidup cara aku, engkau nak mampus pi mampuslah*... kan, kan , kan...........

kalau barang-barang aku jatuh, anak aku ada untuk kutip, itupun kalau aku nak kutip. kalau tak, engkau kutiplah...

wakakakaka

nasib baiklah aku bukan pengutip - kata maksu.

p/s: jangan risau, aku tak pekik pun kat jiran tu... aku masuk ke dalam rumah, ambik lagi sebaldi kain, dan aku sambung sidai kain.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, March 5, 2011

Akademi fantasia

nampaknya iklan program realiti akademi fantasia sudah mula disiarkan. betul ker pengetuanya adalah penyanyi popular dari indonesia? aku ni tak pasti, sebab tak baca akhbar. aku terlihat di blog-blog.

pada mulanya aku tak suka dengan berita itu, sebagaimana ramai orang lain berbicara, aku tertanya2 kenapa?

tetapi kemudian aku terfikir, mungkin kebaikannya ialah anak muda di malaysia (ada anak tua ker bakal diambil untuk duduk di asrama akademi tu?) boleh belajar dan grab ilmu untuk menjadi penyanyi di tahap antarabangsa. moga-moga tidaklah penyanyi malaysia hanya popular dan diterima di tanahair sendiri saja, moga boleh melangkah lebih jauh.

kalau betul nak jadi penyanyilah.

kalau tak nak jadi penyanyi, jadilah hamba Allah Swt yang sejati dan seikhlas hati, cintailah Allah dan Rasulullah saw dan ikutlah sunnah2 baginda...........

:D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Imam

aku baru order cerita hantu situ sana sini, memang terjerit2 dibuatnya, terutamanya time si meng cakap dia bukan hantu maaa..... kah kah kah, giler hilarious gaks

lagi satu cerita tu kan, part yang Imam terjerit2 berlawan dengan syaitonirrajim (lakunan sarjen misai yang sedang dirasuk, siap terapung-apung tu......), hhmmmm, nampak pelik gaks bab imam terjerit2 tu, sebab setan tu tak pekak. kalau bolehlah, lepas ni sesiapa pengarah penerbit nak keluarkan cerita seram, tak payahlah pekik-pekik, setan tu tak pekak. percayalah. errr, aku salah cakap ker?

heh heh heh, yang sebenarnya -> tak jerit tak thrill, lagipun yang pekak tu bukan setan, tapi penonton.... hahaha, err... gulp.

suka hatilah, duit bikin filem tu duit uols.

dah tu kan, semasa aku membesar kan, orang tak panggil Imam tu sebagai 'Imam' sebagaimana orang panggil cikgu, doktor. sebab Imam bukannya jawatan duniawi, kan. Aku ni ha, masa aku kecik-kecik dulu, tak da nya nak panggil imam sebagai 'Imam'. Cuba tanya kat aku, cuba tanya, kenapa aku tak panggil imam sebagai Imam??

tanyalah, tanyalah...... aku tunggu ni.

sebab, imam tu bapak aku.

Imam oh imam, oghang ghumah imam ajak makan, oghang ghumah imam kata lauk dah hidang

Imam, buku tulis saya dah habih, saya nak duit.

Panggggg (sah-sah aku kena lempang kalau panggil abah aku sebagai 'Imam')

kuang kuang kuang, al-fatihah buat imam (abah) dan oghang ghumah (mak)

Tapi kan..... bila orang bercakap dengan imam, orang bahasakan dia sebagai Imam ker sebagai pakcik ali, tuan haji zahid, pak long mawi, pak imam hanafi or at least pakcik? Ek?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Hidup dan Mati

terjerit-jerit juga aku dibuatnya semasa menonton cerita-cerita beli di astro first. dahlah astro tu pun kena bayar, bayar beyond lagi, bayar pula cerita wayang (hadoi... semput). iyalah, kata nak menjauhi barang haram, kan...? (vcd cetak rompak).

yang w ni pulak, dok tanya,

eh, mak dia mati ?
mak dia tu dah hidup balik.

kakak dia hidup balik

semua pun hidup balik

eh! dia mati balik

abang tu hidup balik

laaa... dah mati dah

dan soalan w yang pertama sebenarnya adalah, kenapa kakak tu panggil lelaki tu abang?
jawapan: sebab itu suami dia.

p/s: entah-entah w tengah keliru tu, ramai budak-budak lelaki yang dia panggil abang.
Abis tu nak panggil apa? ni aku ni ha, mana reti nak panggil suamiku sebagai BEE (lebah)

p/s 2: terima kasih buat anntaj, sudi follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, March 4, 2011

Makanan pada hari jumaat

Pertama sekali, terima kasih kepada Lipis Lady dan My Story Line atas kesudian follow blog ini :D

~~~~~~~~~~~~

Sukacita nak beritahu kepada rakan-rakan sekelian, serikat baru ni juga menyediakan makanan pada hari jumaat, sama juga macam majikan di syarikat lama tempat aku bekerja.

Jenis-jenis makanan yang disediakan adalah berat, aku tengok dorang pun hidang dengan sepenuh hati, contohnya seperti nasi dengan lauk-pauk seperti ayam, sup, sayur-sayuran, buah, bubur, kuih, nasi goreng, telur mata. Adakalanya mee kari, mee sup. yang berat-berat saja. Nampak gayanya, aku juga akan jadi tambah berat!!! SEBAB meja aku dekat dengan dapur!

la la la

Walau bagaimanapun, terima kasih jugalah kat majikan di serikat lama, ada 3, 4 jenis kuih yang tak pernah ditukar-tukar saban minggu saban tahun - itu-itu juga. eh, lupa plaks, juga ada epal bercat merah. Oops! ini mengata kah berterima kasih kah.... ?

panngggggg

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, March 3, 2011

Before and After

gelak.... gelak...... aku dah mula merasakan tekanan kerja dah ni......
haaa... gelak kat aku ya? gelak ya?

tapi memang iya, aku dah mula rasakan tekanan kerja, sebab sekarang ni aku masih tolong orang lama buat persiapan untuk publication untuk yang 2 bulan akan datang, selepas itu! aku akan mula kelolakan sendiri!!! uwaaaa, gelak, gelak.

dulu? dulu aku tertekan juga, tekanan perasaan....... depresi dari segala arah, kena jaga hati orang-orang yang tak menghargai sumbangan aku

hari ini di tempat kerja baru, aku lebih kepada 'risau' dan 'takut' sebab dipertanggungjawabkan menguruskan publication yang menjadi bacaan ramai, dan aku juga 'khuatir' kerana kerjaya ini, adalah tanpa sokongan pengalaman mahupun ilmu dari pembelajaran rasmi, ia adalah suatu cabaran dalam bentuk anugerah yang dinanti-nanti.

Perhatian: iNi BukaN MenGADu atauPUN meNgOMPelaN ya, sekadar meluahkan perasaan

p/s, tak sempat nak buat blog walking, capaian internet tak mengizinkan di rumah, sangat slow

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, March 2, 2011

Tahniah ya kakngah

Tahniah buat kakngah, dia berjaya captured nombor 00074863 pada jam 0915hrs.
Sila emelkan alamat postal, berserta alamat rumah kat kampung dan alamat rumah orang yang rajin buat open house grand-grand masa raya puasa.

ooppsss!! haku terlebei sude..........

;P

p/s: Terima kasih kepada Mimie, sudi jadi *geng tidak kosong :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, March 1, 2011

Maksu nak giving away A

Minta maaflah, dah lama berblog, inilah pertama kali nak giving away, dengan sukacita dan rendah hatinya, maksu nak give away satu buku (blook) dimana beberapa ketui cerita-cerita kosong maksu juga ada disitu, iaitu blooknya yang bertajuk, Mortar & Pestle, headernya gambar mata wanita yang sungguh ayu, dan gambar besar adalah gambar batu lesung, tiada resepi di situ, tapi banyak perencah :D

Sila lihat nombor seperti kat sebelah arrow tu (scroll kat bawah-bawah, maka berjumpalah), sesiapa yang dapat nombor 00074863, silakan print screen cepat2, buat 1 entri di blog anda berserta link ke blog maksu, dan nyatakan timing anda capture gambar itu dengan tepat setepat-tepatnya, di samping itu, sila emel pemberitahuan anda ke ceritakosong@gmail.com.

Juga letakkan komen kat entri ini as an information.

p/s: kalau ikutkan tema blog ni, nak buat giveaway, maka adiahnyer berbentuk kosong, wakkakaka [errrrr... aku gelak sendiri ker? eerrrrrr, jangan marah ek..... la la la]

p/s 2: gambar tu saya capture nombornya 74618, saya taruh nombor 74635, kendian 74652, tapi oh tak leh jadik, kena up lagi angkanya....... tapi giftnya tetap seketui jer, sowi ek, bajet ciput, subsidi kureng ini tawun...., kalu tak caya tanya kat husin yang tak ada spm tapi dah pi keroje kat singapore tu ;p

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.