Monday, February 28, 2011

Hospital, makan, keliru

1, semalam kita ke hospital, lawat anak buah kita, anak buah kita ni dari arwah kakak kita yang sulung, arwah kakak kita tu meninggalkan anak-anaknya, kerana dia meninggalkan dunia, ketika anak-anaknya masih di sekolah rendah dan anak bongsunya baru berumur dalam setahun. Sekarang anak bongsunya (kita namakan dia T) dah berumur 30 tahun, dan banyak kali keluar masuk hospital kerana sakit buah pinggang.

Kita ingat lupa ingat lupa, abang kepada T udah meninggal, entah tahun 2009 ataupun 2010, kerana sakit buah pinggang juga! So kita duduk sekejap di situ, tapi kita kesian lagiii kepada si N (iaitu abang T no. 2), sedih sangat nampaknya bila adik dia terlantar sakit, kita semalam more to comforting the abang daripada comforting the adik, gitulah, hubungan mereka rapat, kerana terpaksa indie sejak kecil lagi... tak, tak, mereka bukan nyanyi-nyanyi kat utube, mereka indie gitu-gitu jer (independent)

2, lepas tu kita pergi makan sate dari restoran suatu nama popular tu, kita tiup punya tiup punya tiup, kita takut locot lidah kita ni, rupa-ruPANYA!!! makanan semua sejuk macam baru keluar dari esbox. penat jer usaha kita tau, bersembur-sembur dah airliur berenzim kita kat makanan-makanan semua, nasib baik kita jer yang mentedarahnya semua, jadi kita tak kesahlah. Tapi kita ralat jugalah, tak thrill-lah makan sate dingin, tapi lagu kak ziana zain tajuk dingin tu memang best untuk didengar, hangattt jer.

3, sambil kita makan, suami kita kata makanlah timun, timun ni penawaq kepada sate daging. Anak kita tu kan, dia tak paham ayah dia cakap penawaq penawaq penawaq, dia ingat ayah dia cakap PelawaK, PelaWAk pelAWak...... "ayah tu cakap penawaq! penawar, tau tak? bukan pelaWAk pelawak pelawak tu! issshhhhhhh"

Lepas tu kita saspen, "hoh, mak saspenlah pulak, kena halau balik, keh keh keh, keh keh keh, keh keh keh keh"

halau balik, halau balik, keh keh keh keh keh keh keh

Sekarang ni kita taip kat blog, dan kita keliru, kita sebenarnya sedang cerita tentang apa.... ?

oh ya! sebelum kita lupa-lupa lagi.... kita nak ucap thanks kat lieya, atas kesudian dia follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, February 27, 2011

Temui Mak Su di BLOOK

Tangan yang menghayun batu lesung boleh menulis cerita

betui, saya memang menggunakan lesung dengan berhemah sangat;
betui, saya memang kuat cerita, sehingga jumlah cerita kosong saya adalah tidak terkira dah, sudah BebERApa kali moving templates!

Tetapi, tak mo cakap banyak, saya salin SEDikiT kata-kata yang sangat memangkinkan semangat dari editor blook ini iaitu saudari Ateeka Ameer, "bloggers (maksud dia adalah bloggers perempuan) yang menulis dalam acuan dan gaya yang tersendiri tanpa dipengaruhi mana-mana unsur, itu adalah sesuatu yang saya anggap 'rare' "

Kalau nak tahu rare tak rare, kalau mahu jiwa anda diberikan perasa-perasa berunsurkan shallot, garlic, black pepper, salt, sugar dan lain-lain, mintalah dari saya, maka saya akan hantarkan via abang posmen yang neutral dengan PengERASnyA berjumlah RM17.00 sERba berDIri.

Tidak terdapat di black market, open market, share market la la la

penulis-penulis yang boleh anda temui (ada 13 penulis blog semuanya) adalah Ju asu ra, amal, ehem ehem ehem, hanie, citahrudin, mimie candycane, zara, mcjust.lol, Jo, mirachantek, reen, masy dan balqissy, dan tambahan 2 cerita bonus.
Terima kasih firol & fadzli yang menjadi penyelenggara projek blook perempuan ini, gambar diambil dari tempat dorang-dorang.

Berminat nak beli, boleh emel saya di ceritakosong@gmail.com

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, February 26, 2011

Terima Kasih

Terima kasih, terima kasih, tak ada kata-kata yang lebih sesuai, selain dari Terima Kasih :D
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Aku Kaya dengannn..........

Alhamdulillah, nak cerita ni, urusan aku nak bukak buku bank gaji dapat diselesaikan setelah aku repair MyKad dan HisKad di putrajaya tempohari. Yang penting tu MyKad, HisKad tu pulak, memang nak kena repair, dah rosak teruk, cipnya tu hampir nak tertanggal, tak ada kena-mengena ngan gaji aku.... hi hi hi

Dan alhamdulillah lagi, gaji pertama sebagai 'editor' di serikat baru ni sudah pun diterima, dan dah pun sOLosAI........

Dan w pun periksa-periksa wallet aku nak cari gaji, "mak, mak banyak kad, w nak main kad mak".

"Eh....... jangan, itu semua kad kad gaji jugak ada kad kad minyak. kad cimb bank, kad maybank, kad bsn, kad bank islam, kad Bank Bumiputera pun ada!! dan sekarang kad bank arrrr ash bee. (kalau kad minyak tu, selagi ada pam minyak, adalah kadnya)"

"Jangan nak, itu kad bank mak, mak ni kaya, kaya dengan kad bank".

"Gaji mana?"

"Gaji dah masuk dalam perut".

p/a: terima kasih ya Lucky lizan, iza, roha, atas kesudian following blog maksu ni, biarpun sekarang maksu kurang ada masa nak hapdet blog.... minta maaf banyak-banyak ek. Juga maafkan saya wahai *geng tidak kosong - seramai 271 orang* yang masih lepak-lepak di template lama. sekarang ni keadaan tidak berapa mengizinkan (alasan skema) ;p

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, February 24, 2011

Belated, gambar-gambar Putrajaya lagi

semua orang! tutup muka!



cantik banget


dah merajuk dah sekoq tu, cepat pujuk cepat pujuk

hhmmmm, penatlah, mana kedai jual cendol ni?

bawak diri di pintu gerbang ;D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, February 20, 2011

Jelajah wizardry

p/s: tambahan, 11.13pm, terimakasih ya kengkawan, sudi follow blog ini :D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hai dear bloggers,

Hari ini aku usahakan untuk settlekan akaun bank untuk kemasukan gaji dengan serikat baru iaitu di utara KL, sayangnya, surat sokongan dari serikat tertinggal kat dalam meja, aku pergi intai2 tapi tak ada orang bekerja hari ni nampaknya.

Tapi aku usha juga bank di mall gergasi itu, malangnya mereka tak terima kerana IC aku rosak.

Kemudian lari pula ke rumah arwah kakak, melihat anak-anak buah. Dan tetap juga aku menangis secara virtual melihatkan mereka yang kehilangan bonda mereka. Maaf, maksu tak dapat datang kerap2, maksu pun kaki bangkrapsi..... hu hu hu

{kak, aku datang tengok anak2 kau, insyallah, kalau ada masa dan wang, tetapi aku tetap juga akan cuba call mereka untuk tanya2 khabar, anak2 kau, anak2 aku jugak, rehatlah kau di sana dengan aman ya.... alfatihah untuk kau}

Selepas itu ke putrajaya nak buat ic. Selepas buat aku dan hubby ic, kita buat aktiviti wizardry,

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hubby prektis terbang bawak anak ;p



2 gambar di bawah, pak su chot buat magik terbangkan kertas ;p




gambar bawah, w dengan gaya lompat ke belakang

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, February 19, 2011

Pening-pening lalat

Aku ni bukanlah penduduk asal dari Kampung si pening lalat tu... tapi sekarang ada sikit rasa pening-pening, pertamanya kerana aktiviti perah otak yang aku dah lakukan di hari ke 2 dan ke 3 bekerja.

Juga mungkin kerana aku terkejut apabila encik dan kakak ada plan supaya aku jaga 1 territory, bukan calang-calang territory tetapi merupakan ikon/produk utama serikat. Di samping itu kena handle ruangan BI dan yang paling utama, menyentuh hati adalah pekerjaan aku sekarang ini.Industri pun dah tukar :)

Juga aku dah ada hati nak isi soalan-soalan dalam profail itu, yg mana dulu terbiar kosong layu dan kaku... sebagaimana kosongnya jiwa aku yang sengsara, tika itu.

Sekarang seperti sudah jumpa pengisian dan basenya, tetapi penemuan ini rupa-rupanya akan dan bakal mengambil banyak masa aku, tetapi jangan khuatir, kerana xtvt menyentuh hati itu boleh dilihat hasilnya setiap bulan di hard copies, insyallah, dengan izin Allah Taala juga semua ini berlaku.

Oh ya! minggu depan aku akan hadiri 1st event dengan serikat :D

p/s: bolehkahku sentuh hatimu? dan hati buah cintamu?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, February 18, 2011

Mengenderai gajah

Kalau dapat naik gajah ni, tiap-tiap malam pun w setuju pergi jemput kakak balik dari kerja :D




Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, February 17, 2011

Februari yang ini

Februari ini memberi banyak kesan kepada jiwa aku, selain dari aku menghabiskan minggu2 terakhir di tempat cari makan [yang sengsara], dan akan memulakan tugasan baru yang lari langsung dari pembelajaran aku tika di IPTA dulu, dan si kakak memulakan kerjanya [kerjanya yang ke3 sementara nak tunggu result spm] di sebuah pusat membeli-belah besar di pekan berhampiran [gambar tika jemput kakak balik dari kerjanya], dan

di bawah ini adalah wajah riang si A, berumur 7 tahun, bersekolah di sekolah cina di dekat rumahnya, yang akan mengikut ibu ayahnya migrate halal ke australia pada penghujung bulan februari ini. Keluarga A adalah merupakan salah-satu dari 4 orang rakan karib paksu chot di Kolumpo ini.
Selamat bermigrate halal diucapkan buat keluarga A, mereka tak akan naik tongkang tetapi akan naik kapalterbang, 'kini semua orang boleh terbang' [kecuali maksu and family masih tidak mampu naik kapal terbang-terbang kecuali naik kapalterbang funfair sahajork so far].

Jangan lupakan kami, yang ada juga masa dan ketikanya, menyusahkan kalian, budi-baik kalian tidak dapat kami balas, kami mohon kepada Allah SWT untuk memberikan segenap kebaikan untuk kalian bermusafir di aussie sana... amiinn ya rabbal alamin.

Kalau masa dan tika dan [duit] mengizinkan, ingin juga kami melambai-lambai di tepi lobi el si si tea.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Career update

Pergi ke tempat kerja baru dengan membonceng motosikal hubby di bawah sinaran bulan purnama, kerana takutkan terlewat, alhamdulillah, kami sampai ketika ayam belum pun sadar dari beradunya.

Berpagi-pagi dengan pengenalan kepada tugasan, tugasan yang tidak pernah aku termimpikan akan melakukan, malahan bakal pikul di bahu suatu tanggungjawab yang humangous [betul tak ejaan?] andainya kakak dan encik berpuas hati dengan prestasi aku dalam masa probation ni. Berdebar-debar dan peluh jantan mengalir sopan-santun, walau bagaimanapun, ada suatu perkataan yang amat sesuai buat tika ini, iaitu

.....AMAN..... A-M-A-N........ A*M*A*N.................. aman.................... AmAn.............

Iya, aman, sesuatu yang sudah lebih dari 10 tahun tidak aku kecapi di tempat kerja lama.

Banyak mahu dipelajari, khuatir andai akan mengabaikan blog ini, tetapi akan usaha untuk terus memberikan keadilan kepada rakan-rakan siber yang banyak, terlalu banyak menyokong jiwa aku selama ini :D

Kembali ke rumah, menunggu paksu chot selesaikan tugasannya, juga dipayungi sang rembulan yang sedang mengambang penuh dan bercahaya indah. Alhamdulillah.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, February 16, 2011

MyKad yang rosak

Aku ke bank pada hari isnin baru berlalu ni, bawa w. Lagi sekali, naik bas :D

Sesampai ke bank, mykadku diberitakan rosak, jadi aku tak dapat buka akaun untuk tujuan gajian dengan majikan baru, alahai, sedihnya....... dahlah hari tu nak berhenti punya pasal [dengan majikan lama] sangat susah sampai gaji kena tahan, sekarang dengan majikan baru, mykad pula rosak tak boleh buka akaun, kena buat yang baru........

Dalam pada tu, w juga yang seronok, beli pasir warna-warna (dia dah buka baju, aku suruh pakai balik, terbaliklah pulak.....)


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Pengumuman

Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantuTolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

eh! salah PENGUMUMAN pulak

gue udah berpunye ya bung

Ini aku nak buat pengumuman, hhmmmm [tarik nafas... lepas...]
aarrgghhhh, tak sanggup nak cakap, tengok gambar sajalah,





Terima kasih uols, terima kasih. Saya mengundur diri dari bisnes online.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, February 15, 2011

Baginda berpesan

Dari Anas ra, katanya, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Telah berfirman Allah Ta'ala, "Wahai anak Adam! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. Wahai anak Adam! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula".

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

12 Rabiulawal

Kita menyambut maulidur rasul ini bukan kerana hendakkan cuti, tetapi hendaklah memahami dan menuruti ajaran sunnah yang kita warisi dari junjungan kita, Nabi Muhamad SAW. Bukan sekadar berarak dan kemudian balik ke rumah, ataupun mengambil kesempatan untuk beriadah bersama keluarga di tempat-tempat perkelahan. Marilah kita lebih mengenali Rasulullah, pemberi syafaat yang bakal kita cari-cari di akhirat kelak.

Petikan sebuah hadis, dari Ibn Umar ra, katanya, "Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda, "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara". Maka Ibn Umar berkata, "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati".

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, February 14, 2011

Telegambalela - cerita kenduri

p/s: terima kasih buat Noraini Hussin kerana sudi follow cerita-cerita kosong saya ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

mari merasmikan pelamin dengan gaya akrobatik


ini salah seorang selebriti yang hadir, iaitu Chef Yang Jamil, bertindak sebagai emcee, yang kahwin tu pangkat cucu, bapak pengantin adalah pakcik driver di tempat cari makan 'tteetttttt'
ambil gambar dari dekat, eeiii, tetap tak puas hati sebab teringin nak sumbangkan suara ;p

pakcik driver sebenarnya ada main band di masa lapang, tetapi sebagai tuan rumah, tidak dapatlah dia menunjukkan skilnya pada hari kenduri tu.


sesudah makan kitorang ke kedai motor, repair motor, sian w, boring dan letih dia, sampai tertidur-tidur di atas kerusi itu


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Respon dari ramai

'tahanlah sabar tu sikit'
'bodoh'
'rugi, kerja dah lama'
'bacalah zikir banyak-banyak'
'kau tak pandai nak promote diri agaknya'
'asyik nak berhenti kerja, kerja sekejap berhenti, kerja sekejap berhenti, bila nak berduitnya?'

dan macam-macam lagi assumsi yang aku terima dari saudara-mara pabila aku beritahukan tentang nombor telefon yang sudah tidak boleh digunapakai lagi kerana aku sudah pun berhenti kerja dari serikat abcdefghijklmnopqrstuvwxyz [namanya memannggg panjang, letih nak menyebutnya]

lalu aku pun menerangkan. inilah balasan jawapanku kepada persoalan-persoalan mereka:

tak tahn sakit jiwa keja di serikat ini, selama hampir 12 tahun diperkotak-katikkan, tuan tali leher ramai, TETAPI tuan tali leher kedekut, kasik naik gaji ciput, bonus dan gaji sama amount dgn apa yg drebar dapat. tapi utk orang lain yang ___________________ dorang boleh pulak bagi increment dengan bonus yang besar.

asben i keja pekerja am saja, gaji i ni habis kat family, utk diri sendiri beli lipstik pun x dpt.

bos dalam satu-satu masa ada 4 orang, 5 orang, last sekali haritu ada 3 orang [nasib baik 2 orang resigned], tapi soon, bos akan bertambah lagi dengar-dengar grapevine bercerita jadi akan tambah kepada 4 orang.

semua mereka nak naik pangkat, tambah tinggi tambah tinggi, bebanan i bertambah, semua demanding, semua kata dia urgent, semua kata dia bos paling besar.

dulu masa jaga encik tali xxx tu, i at the same time kena jaga 3 lagi boss! tapi sekarang!!!! bos encik tali xxx tu dapat privilege, cuma jaga sorang bos saja - pandai pulak kampeni kata dia tak boleh jaga ramai bos, encik tali xxx tu kerjanya banyak. HABIS TU kenapa masa dulu tu, kampeni bebankan saya dengan bos SAMPAI 4 ORANG??!!

selain i jadik punching bag untuk mereka melepaskan tensen biarpun i tak bersalah or terlibat dalam sesuatu hal, mereka pun kata i tak pandai buat kerja, tahap average tak competent dll [semalam i jumpa pakcik drebar, kenduri kahwin anak dia, katanya, "tuan tali leher sekarang contact pakcik sendiri, tak pernah pun suruh orang baru tu calling calling pakcik, biarlah dia cik maksu, dia ngutuk awak dulu, sekarang awak dah lega dah"]

eh, pandai pulak tuan guna jari dan dial nombor telefon sendirik ya? dulu awat tak boleh ????

oleh kerana saya kena handle ramai bos, encik tali xxx dan lelain bos semua pakat-pakat gelak kat saya sindir saya mengata saya tak reti buat kerja dan macam2 lagik kutukan khusus untuk saya

tapi pembantu dia sekarang, dia bela sungguh tak mo orang tu kecik ati, huh!!!

mentang2lah aku melayu pakai tudung, dorang buat onar

dahlah tu, ada 1 JIWA TU benci saya sepenuh hati sepenuh jiwa suka sakitkan hati saya dan hhmmmmpphhh.....................

:(

dahlah ada alkesah terjadi di mana saya cuti raya, tapi sebaik saya masuk kerja saya sudah kena marah dengan rakan sesama pembantu-pembantu katanya dia tak tahan cover saya sebab kerja saya banyak giler. saya pernah luahkan kegeraman saya kat blog ini jugaklah. tapi pelik kan, kalau kerja saya banyak giler, engkau kenalah bersyukur kepada tuhan engkau, pihak kampeni yang baek hati dan sayangkan engkau tak bebankan engkau dengan kerja yang banyak, sebaliknya saya ini, yang pihak kampeni kata tak reti buat kerja, performance average, tak pandai bla bla bla dibebankan dengan kerja yang banyak

bOSaNN. Sy nekad berenti, alhamdulillah, dalam masa tak sampai 48 jam selepas berhenti, dapat kerja lain sebagai [censored] [kalau diberitahukan kat dalam blog, TAKUT JADIK BAHAN FITNAH lagik]

doakan i berjaya :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Hati yang tak puas hati

Akhirnya, pihak serikat telah membayar gaji aku [iaitu gaji untuk januari; baru-baru ini]. Aku mengambil kesempatan, errr, sebenarnya diambil kesempatan oleh anak-anak untuk mengepow dengan permintaan membeli kasut dan selipar. Kasihan mereka, terutama sekali si w dah kehilangan selipar lebihkurang 5 kali kerana baling tin, tercicir ke dalam longkang, baling selipar untuk tak kasik burung terbang, dan macam-macam lagilah kerenahnya.


amboi, senyum jer kan bila mak cakap.... eh wah, eh wah

Inilah hasil pengeluaran wang dari 2 buah kedai kasut di pekan berhampiran,
tak perlu mencari hingga ke KL, takut nanti poketku bertambah lobos pula... ;P

Aku juga beli sepasang kasut sebagai penguat semangat untuk memulakan tugas baru di sarikat baru :)

Dan ini adalah gambar kasut hoki kakngah, dia dah terpilih wakil hoki sekolah sejak di darjah 5, cuma sekarang mampu aku adakan kasut hoki yang benar-benar kasut hoki, bukan kasut sekolah, bukan kasut 19.90, bukan kasut 3.99. Kakngah, main hoki betul-betul, serius, bersemangat untuk membantu pasukan dan sekolah, or... engkau nak ke kalau mak gadaikan kasut ni kat kedai bundle?

hehehe, acah jer......
itu duit topup, itupun dia nak potretkan, tak ada keroje.

Oh ya, kelebihan dapatkan kasut di pekan berdekatan adalah kita boleh sengih2 kat taukeh dan dapat diskaun biarpun dia tulis 'jejaringan' [nett] :D

Jadi, kenapa hati aku tak puas hati? Sebab w boleh tertidur lena dalam bas, dan aku tak tidur takut terlajak, bila sampai ke rumah, aku letih bagai nak pengsan, dia segar-bugar!

metabolisme oh metabolisme {eh, ada kena-mengenakah?}

p/s: terimakasih kepada Nur-nba dan Chereta-chenta kerana sudi jadi geng tidak kosong :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, February 13, 2011

Bertemu jodoh finale

[ini adalah cerita flashback sambungan dari entri di bawah]

Biarpun sudah diberikan alamat yang aku pohon dan pinta sangat dari hadrat Ilahi, aku tetap tidak tender resignation letter kepada majikan, malah, aku merancang cuma untuk berhenti pada penghujung januari 2011. Kerana duitlah punca utama aku melengah-lengahkan keputusan aku!

Bulan januari, awal bulan: minggu baru bermula dan aku pun masuk kerja, aku dapati konflik telah meletup di meja dan kerusi aku, lalu aku membuat asumsi, lagi lama aku cuba mempertahankan kedudukan aku, maka aku akan jadi lagi terancam!!!

Oleh itu, tanpa berlengah, aku [aku memang tak perlu fikir panjang kerana aku sudah diberikan alamat yang aku pinta] tidak berfikir panjang, terusku taip sebuah surat 'bahawasanya saya ini hendak berhenti kerja' yang AMAT RINGKAS DAN PENDEK isi kandungannya.

Dalam hatiku, aku akan bekerja di syarikat yang even pesara pun boleh bekerja iaitu di tempat yang jauh sikit dari sunway.

Walau bagaimanapun, 1 gambaran iklan yang kusimpan dalam otak tu muncul semula [iklan dari s/khabar lama yang aku baca di bilik pengawal mat bangla sekuriti], aku cepat-cepat google dan cari nombor telefonnya, kata orang yang menyahut panggilan, aku hendaklah menghantar contoh karya untuk memohon kerja di situ, lalu secepat mungkin, aku lakukan via emel, aku hantar contoh contoh contoh karya [3 contoh menandakan aku serius].

Jadinya, dalam masa 48jam aku meletakkan jawatan [semasa meletakkan jawatan, aku tiada sebarang spesifik pekerjaan pun yang akan aku ceburi kelak, malah aku bertawakal jika aku terpaksa duduk di rumah saja, retiree], aku telah bertemu dengan syarikat yang minta contoh karya, dan telah diterima bertugas selepas tamat aku serve tempoh notis berhenti 30-hari.

Dalam pada itu, memanglah tuan tali leher dan puan tali leher di tempat cari makan [syarikat abcdefghijklmnopqrstuvwxyz] memujukku berulang-kali supaya aku batalkan keputusan berhenti. Namun, lukaku terlalu dalam, tak ada antibiotik yang dapat mereka sediakan pun untuk merawat luka.

Pengajaran dari pengalamanku:
1. yakinlah Allah Maha Pemberi rezeki, bukan kamu bukan diri sendiri bukan orang lain
2. jika sudah minta pertolongan Allah dalam membuat keputusan, patuhilah alamat yang diberikannya
3. walaupun engkau tak nampak apa akan berlaku esok lusa tulat, tapi yakinilah Allah akan membantu orang yang dalam kesengsaraan
4. Allah menguji orang sekadar mampunya, dalam hal aku, Allah Maha Tahu bahawa aku sudah tak mampu membahui susah-lelah di tempat cari makan yang banyak konflik
5. Allah adalah tempat mengadu hakiki
6. Allah Maha Mendengar segala rintihan dan tangisan biarpun kau telan semula airmata kau
(masin)
7. Jangan memperolok-olokkan sesuatu jenis mimpi, alamat andainya sudah engkau dahului dengan doa, solat, sujud yang lama, dll [ramai orang suka kata mainan, mainan, mainan - maknanya, anda, aku, engkau, dia -> kena lebih bertekun agar dapat jalinkan sebuah relationship dengan Yang Maha Pencipta]
8. Tak tahu bahawa adakalanya perkara yang kita secara tak sengaja buat hari ni, adalah boleh digunapakai kelak dalam 4, 5 tahun mendatang, nasib baik aku tak lupuskan sajak-sajakku, cerpen [tak pernah siar] dan novel dalam bentuk rangka yang aku pernah usahakan.
9. Pabila semua orang membenci engkau, tiada lain yang sudi mendengarkan keluh-kesah engkau [iaitu aku, si coretan maksu yang bercerita kosong] kecuali Tuhan Yang Esa sahaja.

Thank you Allah, insyallah, ada jalan untuk setiap makhluk yang memerlukan.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Bertemu jodoh

Sebelum mula cerita, terima kasih kepada eelobor kerana sudi follow blog ini :D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada suatu masa, petang tu, lagi sekali kena singgah di tempat bangla sekuriti di tempat paksu bekerja, membuang bosan, aku selak-selak helaian-helaian suratkhabar lama. Bertarikh lagi 2 hari nak habis tahun 2010. Ketika itu, tarikh semasa adalah 5, 6 hari di tahun 2011.

"kaka, suratkhabar baru tak ada, itu suratkhabar lama juga", kata bangla sekuriti yang bertugas mengawal tempat paksu chot bekerja.

"Lama pun lamalah, ada banyak lagi perkara yang belum basi", kataku sambil mencari ruangan jawatan kosong. "Bang, ada 1 kerja ni katanya nak cari pesara", jeritku kepada hubby. Dalam hati terfikir, sengsara mungkin sesuai juga, sebab aku sengsara sangat ketika itu di tempat cari makan [ini adalah cerita flashback ya]

Dalam pada itu, aku salin nombor telefonnya, juga menyimpan suatu 'iklan' di dalam kepalaku.

Aku menghantar sms kepada syarikat yang memerlukan pekerja biarpun anda seorang pesara [bagiku, kesengsaraan aku membuatkan aku bertekad untuk memohon kerja di syarikat itu]. Rupa-rupanya ia terletak di atas lagi dari Sunway dan kerja melibatkan pelbagai perkara contohnya saham dan marketing, banyak buat bisnes online. Dipendekkan cerita, janji pun termeterai dan bosnya bertanya, bilakah aku akan berhenti kerja?

[ingat ya, ini cerita flashback]

Ulang kembali pada 1 hari 2 hari di tahun 2010, aku berasa yakin doaku, solatku, pohonku, pintaku kepada Allah swt telah dapat jawapan, jawapannya adalah seperti ini, *jika hendak hantar surat berhenti, hantarlah pada bulan januari tahun 2011*. Alamat ini ku fikir-fikir banyak kali, tapi tidak pula aku beritahu kepada hubby.

* bersambung

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, February 12, 2011

Mandi sungai dan nak makan

Sapa lompat lagi tinggi, dia dapat makan dulu


Terjunan bebas! wweeeehhuuuu!


Dah lapar, nak makan

Eh! ada lagi makanan!! wallaawweeee

Hari ahad pula nak ke kenduri kahwin anak kepada pakcik pemandu di tempat cari makan lama, "walaupun cik maksu dah berhenti kerja tapi jangan lupa mesti datang ke rumah pakcik tau, pakcik ada panggil artis juga", katanya. "Panggil artis? mesti saya datang"

;)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Menghafal

Hubby ajar aku cara-cara ke tempat kerja kakak, jam dah nak pukul 10malam.

Oh ya, lupa nak kongsikan, kakak dah kerja di sebuah pusat membeli-belah di KL, berdekatan berjauhan dengan rumah, mula-mula tu kami izinkan dia balik ikut member sekerja, tapi rasanya tak mahulah menyusahkan orang juga menyusahkan diri sendiri menunggu-nunggu dia dengan risau, so beginilah, kami akan mengambil dia, lagipun dah malam tu....takut ooooo, takut antu malam, zomba!!

Hubby pun sambil memandu tunjuk simpang mana lampu isyarat mana yang mesti aku redahi supaya tak tersalah jalan, kalaulah, kalaulah masa tidak mengizinkan dia keluar menjemput si kakak.

Aku pun diam dan kusyuk, diam, diam, kusyuk memerhati....tiba-tiba,

"Hoi! orang suruh dia hafal jalan dia boleh tidur", kata hubby

Saya ngantuklah............

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, February 11, 2011

Metabolisme

Anak kat rumah ni bercerita, dia hairan dengan tubuh badan kurus cekeding seorang kawan lelaki di sekolahnya, makan 2 pinggan nasi setiap hari di sekolah, tapi badan kurus melidi.

Aku katalah, "itu tanda metabolisme dia tinggilah tu".

Metabolisme tu apa?

Metabolisme tu maknanya kerjanya asyik berxx saja.

Oh...? ya ker?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Darah tisu daging tisu

2 hari lepas bawa anak aku, si kakngah ke klinik, batuk-batuk. Setibanya kami ke klinik, masa tu dah dekat nak pukul 10malam; terdengarlah suatu pekikan dan tangisan nyaring seorang budak lelaki, di kepala aku terbayang 2 scenes, satu takut nak kena khatan [adakah orang berkhatan malam-malam?], satu lagi sebab takut kena oksigen mask tu [macam oksigen mask tu nak telan dia ;D].

Kami pun masuk ke klinik dalam keadaan saspen, selang beberapa minit, patient pun keluar, bapanya sungguhlah patient sambil tersenyum-senyum pegang wallet, sambil berjalan dia cerita, peluru pistol mainan masuk ke dalam lubang hidung anak dia dan tadi tu menjerit-jerit, doktor terpaksa vakum untuk keluarkannya.

Aku ingat vakum ni digunapakai untuk membantu ibu-ibu yang dalam kesukaran nak push dalam proses melahirkan ..... oh, multitaskinglah tu.

Selepas kakngah selesai berjumpa doktor, kami singgah ke rumah kawan paksu chot. Dia pun cerita, anak jiran dia pernah termasukkan pemadam kecik ke dalam lubang hidung, bawa ke GH dan doktor tarik keluar, hidung dah bernanah teruk.

Dalam kedua-dua kes - melibatkan anak-anak lelaki, selamat, alhamdulillah. Budak lelaki memang nakal ek..... idea dorang ni weird sungguh.

Tapi ini ada satu orang, barang masuk dalam hidung terus lenyap..... Si kakngah anak aku tu, masa kecilnya masukkan segumpal tisu kecik ke dalam lubang hidungnya, masa nak hembus keluar tersalah teknik, terus masuk lagiii ke dalam tisu tu, sampai sekarang dia pun tak tahu apakah nasib........ si tisu?

Aku kata, redho jer lah, dah jadi darah daging tisulah. Ish ish ish, anak sapalah ni..........

p/s: sekolah tak pegi, dapat mc. tapi nak main hoki, sanggup pulak, nak kena piat telingalah dia tu.

p/s 2 (aik? macam game pulak), terima kasih kepada Sari yusa ibrahim dan AmYcozZo atas kesudian following coretan maksu :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, February 10, 2011

Siaran tertunda

Baru ada kesempatan nak share lagi sedikit barang-barang yang diberi oleh kawan-kawan di tempat cari makan lama, haritu dapat dari Ati dah sharekan kat sini :)

Si aida buatkan beg [warna hijau tu], dia ni joined sama dengan aku. Sedih katanyanya, kawan sama-sama masuk kerja dah tinggalkan dia, alah... relaxlah, awak maintain, no worries, kalau hati gumbira, jangan fikir-fikir perkara-perkara yang menyedihkan.
Kad dan brooch tu dari Malar, terima kasih, kat CH hari tu Malar was my roommate. Malar kata, "kenapa ya kakak, when at work, all of us showing sour faces, but here in CH, we can laugh and eat and do things together?"

Hhhmmm, kat tempat kerusi diletakkan banyak sour words, sour faces, sour feelings, sour voices, sour pencils, sour pens, sour a4 paper, sour computer dan berbagai lagi barang, hal ehwal berperisa sour... juga ada pisau-pisau berterbangan yang mencocoki belakang.

Ingat lagi tak aku kata encik dan puan tali leher buat dunno di n3 lalu? Finally ada juga, angpow, dengan ucapan thank you for everything selama almost 12 tahun you tolong kami, dan nilai everything aku itu Rm100..... hhmmm, ya lah. Sebuah nilaian... terima kasih lah, ada gaks daripada tak ada :D

TERIMA KASIH

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Kami pulang dulu

"assalamualaikum cikgu
thank you lishes
kami pulang dulu
sobahu kouli"

on another day,
"assalamualaikum cikgu
thank you dishes
kami pulang dulu
sobahu kouli"

teacher oh teacher, sabar sajalah

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Ikat kain batik tinggi-tinggi

Aku dengan sukacitanya nak berkongsi kegembiraan bahawa aku dah sign surat kerja dengan kampeni baru, jklmnopqrstuve. Terserempak pula dengan bosnya dan org kuatnya, teringat masa ditemu dan diduga, aku pun nak bikin a good impression, aku macam terdengar-dengar orang sebut nama si bos tu di luar bilik temu dan duga, lalu selepas selesai sesi aku pun cakaplah, 'terima kasih encik ehem ehem'.

Apabila aku menandatangani surat kerja, aku dapati bahawa nama bos itu bukan ehem ehem, tapi uhuk ehem... matilah, aku bikin impression katanya!!! Siap tersalah nama bos!

Tapi kali ni, tidak lagi tersalah termasuk ke pintu kedai ;P

Dah balik ke rumah, tengok rumah sambil geleng-geleng kepala, iyalah, orang ramai anak perempuan memang begini, betul tak? Ujung-ujung, si bonda jugalah yang ikat kain batik tinggi-tinggi hingga ke paras lutut untuk mengemas rumah, menyapu, melicinkan, menyusun atur, relocate barang-barang agar lebih tampak selesa dan kemas.

Mendobi, sidai kain, lipat kain, susun. Sudahnya, penat sampai anak lembu [calf / betis] lenguh tak terkata.Hari ni, 10 feb, aku tiada ikatan dengan mana-mana tempat cari makan anymore and not yet, dan aku adalah wife kepada house, eh..... ;p

Pagi-pagi sudah menguruskan w untuk ke tadika,
cepat w

relaxlah mak


mak! marilah beratur sama dengan w, kita baca doa sebelum masuk kelas!!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, February 9, 2011

Beradu tak kira tempat

Memang sangat menggugah kekukuhan tugu bila bersolat jemaah dengan dak w ni, boleh selepas kita angkat tabir, dia pergi cek tangan semua orang samada sudah kiam ataupun belum. Itu dah jadi satu hal, memang tergelaklah semua orang, kecuali pak imam.

Lepas tu dia siap beri peringatan kat semua orang, baca kuat-kuat, macam ayah baca. Bila tak da orang layan [or is it tengah menggigil hati tahan gelak?], dia pun diam, sambil solat sambil tengok tv, lepas tu ada pula cerita lebah kat tv, aku pun boleh hafal sebab dia jadik narrator!

Tup tup!dah lena dah? ish ish ish, baru rakaat ke 2.


solat pakai tudung tadika berbaju gaun separas lutut berwarna pink ;)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, February 8, 2011

The Arrival of the End

Finally, the last working day for me has arrived. Today marks my last day with 'the tempat cari makan namely abcdefghijklmnopqrstuvwxyz' [letih nak menaip, panjang bebeno namanya], after more than a decade, i finally a resignee again.

And again, i wave goodbye with so many feelings, bittersweet, fun, laughter, tears, hatred, depressed, happy, overwhelmed - to name a few. Clouds of sadness covering my head and i keep on drawings photographs after photographs, the faces of the people i have made friends and made enemies here. What to say, i want to be a velvet red rose pink rose in everyone's heart wherever i go, but sometimes, people take roses as poison because of the 'duri-duri' [duri apo aa in english?.... oh ya!! ingat dah! thorn!

ya, people take the thorns as poison and so they hate roses doesnt matter whether roses bring good smell lovely smell or not [ketiak i tak berbau, hokey, and i tak pakai deodorant - oops! terbroadcast pulak]

Anyhow, what is over remains a memory, and with this, goodbye encik tali leher, puan tali leher, tempat cari makan, goodbye, i wish you prosperity

p/s: eventhough no one of the so many enciks tali leher and puans tali leher i have assisted throughout these years remember to treat farewell lunch or angpow or saguhati or whatever even jam meja pun tak dak bagi. I am not looking for materials, true. but your thought is important, since the thing practices 'here' is like THIS, i have no regret in leaving you all behind

:D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Si mulut jahat buat cerita konon

aku menyesal meletakkan jawatan????

sudah-sudahlah mencaci-maki.............

di sini tulis aku daftar jobstreet tahun 2009, tapi ini sebenarnya pendaftaran ke dua.
TENGOK, aku memohon 82 kerja altogether, tapi none succesful. Sedihnya....... :(

sekarang, aku nak delete lah akaun aku jobstreet aku ni


kerana aku sudah berjaya mendapatkan pekerjaan lain, melalui tradisional method iaitu melalui iklan di suratkhabar....

* pertemuan aku dengan iklan ini sebenarnya sesuatu yang menarik, akan dikongsikan kelak :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Mak, marilah pulang

yea yea , hari ni ayah bawa w pergi ke tempat kerja mak :D
ayah!! cepatlah telefon mak, suruh mak turun!

aduh, boringnya, bila mak nak turun ni, adui...tingginya bangunan!

mak terpaksa padam gambar kat belakang saya tu sebab ada pempuan seksi lalu-lalang

* Hubby bercuti semalam, bos dia off business sampai 7 feb.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.