Sunday, December 11, 2011

Sudah matipun mau berjalan

Tajuk di atas adalah tajuk sebuah siri tV yang bakal memasuki musim kedua shortly. Ini adalah adegan yang terdapat dalam episod tiga musim satu.... Untuk basahan otak jer ni... Nothing serius.

para zombi zomba berjalan tak tentu arah di luar emporium. manusia yang masih punyai roh gelabah di dalam empo. mereka membuat keputusan untuk menggunakan enzim yang terdapat dalam badan sekoq zombi yang telah ditembak kepala hotaknya sebentar tadi sebagai teknik penyamaran untuk keluar dari empo itu. Dua orang daripada mereka iaitu pembantu sherif dan sorang lelaki cina akan melakukan penyamaran itu.

'ingat, jangan kena mata ataupun kulit kerana enzim ini beracun,' pesannya.

Seterusnya, mereka pun keluar dan berjalan di antara para zombi zomba, mereka berjalan tersenget-senget meniru langkah zombi zomba 'sudah mati pun mau berjalan' itu.

Namun tak semena-mena hujan tengahari turun dengan lebatnya. Apa nak dikato. enzim-enzim tadi semuanya melorot dan mula hilangkan kesan bau bangkai dari tubuh dua manusia itu. Ada sekoq zombi sudah terbau keharuman dua orang makanan. zombi bermata cemey dan berambut tak terurus itu mengerling tak manja dan ala ala cuak kepada dua orang makanan itu.

si lelaki Cina itu berasa cemas. 'tentu hujan tadi dah buatkan bau bangkai zombi hilang dari tubuh kita," bisiknya kepada lelaki omputih itu.

'relaxlah, tak mungkin.'

zombi mata cemey itu mengekori dua orang makanan itu dengan rapat. tup-tup lelaki cina terpandang kepadanya dan saling merenung.

'otakk,' kata lelaki Cina itu dengan tujuan untuk covering up penyamarannya yang sudah terbongkar.

Background music adalah lagu yang dinyanyikan oleh HUsin yang tak ada SPM tapi dapat beli motosikal besar sebab gaji dia kerja kat Singapura adalah humangous!! (Iklan, hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri elok lagi hujan batu di negeri sendiri)

'kenapa hang becakap dengan dia? mereka tak bercakaplah!" bentak si omputeh.

'tapi apa nak buat ni? kau kata tak mungkin bau busuk hilang dari tubuh kita.."

"mungkin juga dah hilang..." jawab omputeh tu.

'Eh!!! jangan terai terai lagilah... Kau nak jadi lauk ke? LARI!!!!"

mereka berdua lari lintang pukang.

The end......

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terima kasih kepada Yan, Dela Hamid, Tebuan, Mohammad, Zyra yang sudi following blog ini :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

8 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mak Su

pandai mak su buat cerita

Wassalam

shasha said...

Sambungan zombi kg pisang ke atau walking dead??atau Hantu kak limah balik rumah??

ibundo said...

mengingatkan pada cerita walking dead yang kpah memang malas nak ikut.

Ni cerita baru ke ni maksu..

Mak Su said...

atuk, saya prektis menulis di blog :)

shasha, kak pah - walking dead. ahaks. tak tau naper, tiba2 teringat kat husin tak de spm bila tengok zombi zomba tu

miloais said...

iols teringat dua cerita
zombi kg pisang
an jugak the walking dead....

Kakzakie said...

Maksu masukkan cerita macam ini dlm majalah, mesti anak kakak suka

MOKCIK AZWA said...

sangat kreatif Maksu...bravo..

aliaaroslan said...

saya tak pernah tengok the walking dead ni. rasa nak beli aje full set sampai current season. macam best aje crita nya.