Friday, December 30, 2011

Penat semput sesak rasa semak

penat sebab tadi dah dera paru-paru untuk merayau-rayau di sebuah pekan bermula dengan klinik untuk buat anak sulung aku punyer medical checkup. 3-hari bekerja siaplah result, katanya. next week leh ambil lah. Tapi bayaran dah settle, RM100.

PENATtttttt................

Lepas tu pergi pejabat pos, jalan kaki sejauh 600 meter dari klinik tu, cadang nak renew lesen memandu. malangnya sistem online rosak. SEbenarnya masalah lesen pelik ni; rasa-rasanya lesen aku mati tahun 2012, tup tup rupanya lesen dah mati pada oktober 2011... alamak!! baru sekarang aku prasan! roadtax keta dah mati dah pun mid December haritu.....

sEMPUtttttTT...... kepala otak bila memikirkan

So, next place, pergi ke maybank untuk buat bayaran yuran pendaftaran. Sekarang semua sistem serba canggih, application via internet, keputusan via internet, bayaran advance katanya. Masa hari mendaftar nanti kao pergi ke sana bawak resit jer sebagai bukti pembayaran. Dah settle dah, RM500 lebeykureng. Lepas tu akaun mebenk dia dah lama tak aktif, taruh RM10, nak bukak akaun mebenk mahal ya ampun!! So, bila dah ada akaun, kenalah jaga. Ya TAK?

SESAK dah poket ni... Sesak sebab semakin ringan

Tup tup ternampak satu tulisan kecik, peserta kursus diminta buka akaun Giro BSN untuk elaun. Eh! peserta kursus dapat elaun! Bagusnya! Terima kasihlah... mak bapak yang ngantar anak gi kursus tu pun [myself] bukannya orang kaya pun. Ada elaun tu alhamdulillah sangatlah.

So berjalan kaki ke bangunan yang lain, malangnya BSN dah pindah ke pekan yang lain. Kena ambil teksi or bas or jalan kaki sepurnama agaknya baru sampai.... Hu hu hu. Bila dah sampai kat BSN, buka akaun, nak RM50. Eh! di tahun 70an dulu macam murah jer rate nyer... Oh... zaman dah berubah.

KEPALA RASA SEMAK sebab kalau ada BSN in the same vicinity, kan senang kan Aku....... malaslah nak gerak sana gerak sini cari bank

Tiba-tiba alarm telepon berbunyi, reminder - "gambar gambar gambar". Kena ambil gambar pulak. Kat kedai foto, cik adik manis ramah mesra mintak RM15.

Badan letih, lepak pulak minum air. Mintak sepinggan mee goreng. Fulus berpindah tangan.

Lepas tu, dari pekan yang kedua ni, ambil teksi untuk balik ke rumah. Fulus berpindah tangan lagi dan lagi dan lagi.

Ingat esok nak belikan baju skolah untuk anak-anak yang bersekolah menengah, so, dun know how.... Boleh tak pakai kain perca jer, jahit-jahit gaya sulam tampal. Vintage skit kalu skolah gaya macam tu, KAN?

ngee..... sempoouuttttt

gi blogseeing ndak lagik.... sebab rasa tensen, so mood hilang. camno nak buat ni? rasa guilty sesangat :(


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

9 comments:

Kakzakie said...

Tak perlu rasa guilty mak su, bila dah tak semput bolehlah jenjalan...

p/s: somput poket tak apa maksu boleh cari lagi somput dada jumpa doktor selalu fulus terus-terusan berpindah tangan.

miloais milo said...

memang semput lah bila masuk bulan 12
anak2 nak start sekolah in january...
laju aje duit keluar dari wallet...
pening jugak dok pikir hal2 yg lain - juga melibatkan duit-ringgit!

gadisBunga said...

takpe maksu. tak lari blog dikejor.

kdg tu mmg mcm tu. seminggu fulus dalam wallet, boleh habis dalam sehari je.

Irfa said...

oh maksu..duit keluar macam air
sib baik la kita bekerja.kalau suami sorang yg bekerja camner la agaknya.gaji besar takpela

so sg suami,tq pd isteri yg bekerja :) motif?huhu

PinQib said...

susah2 dulu, kemudian ari senang maksu.. Sabarrr

Tihara said...

Insya Allah, saya doakan maksu murah rezeki..seronok tengok maksu ada anak2 yang ramai..esok2 semuanya berjaya..Insya Allah :)

aliaaroslan said...

harap2 semua pelaburan2 bakal mendapat hasil di masa depan. anak2 kene hargai semua tu :)

Zareda Norman said...

mak su

duit sekarang ni macam air mengalirnya.. bayar cukai, bayar indah water, zakat, yuran sekolah.. arghhhhhh

Uncle Lee said...

Hello Mak Su, from Canada, wishing you and family a very happy new year.
You stay young, stay beautiful and simpan satu lagu dalam hati.
HAPPY NEW YEAR, MAK SU!
Lee.