Thursday, December 8, 2011

Dah penghujung tahun dah.......?

Salam khamis, hari ni aku puasa. bukan puasa ganti atau puasa sunat, tapi puasa yang aku sendiri suka-suki namakan sebagai 'puasa kesyukuran'. haritu dah sujud syukur dah, sekarang puasa pula. Terima kasih Ya Allah. Kerana anak sulung aku, kakak, dah diterima masuk ke salah satu pusat pengajian kelolaan kerajaan. di area kuala lumpur ni juga.

Bukan apa, aku nak dia belajar berjauhan dengan keluarga, berdikari, tahu susah senang hidup 'merempat' di tempat orang / bersendirian, dan lain lain. Kalau ikut paksu, dia nak si kakak bekerja, dan aku disuruhnya berhenti kerja dan duduk di rumah. Boleh bukan tak boleh. Tapi sanggupkah kakak infakkan seluruh gajinya untuk keluarga kecil kami? macam yang aku lakukan tiap bulan?? idaklah teman ni poyo cerita teman ni hebat.... masalahnya teman ni tidak berjodoh dengan ORANG KAYA gitu. So gaji aku memang keseluruhannya untuk family. Sama ada bayar hutang keta, motor, beli beras, hutang kad, bil air, bil letrik, acetero, jajan, gas memasak, gantian duit buku teks hilang, duit pibg, bedak sejuk, bedak nyonya, minyak masak, ayam sekoq dua ekoq, topup untuk 4 sim kad dan lain-lain.

Kalau kakak bekerja dan aku dok umah.... sudah tentu gaji dia untuk bedak dia, baju t-shirt dia yang melekat kat tubuh [ok lah, sbb dia kurus kedeking, tapi pandangan mata aku masih tak gemo... ya lah, kan aku ni mak mak, orang tuwa, yang mahu anak tu kelihatan sopan dan manis di sisi agama all the times!!], lagi apa ek.... untk kasut dia, untuk topup dia, bla bla bla.

Ujung-ujung dia leh lah tolong bayar duit api and acetero kot... tak payahlah. Kang pak su kerja siang malam, ujung-ujung aku terlupa muka dia macam mana. kan susah tu.......! hihihi

Well.... mcm yang pernah aku ceritakan ketika aku mula masuk kerja kat 'sini', gaji aku susut. tapi aku tak kisah sbb aku nak belajar benda baru. sebab aku nak terjun ke dunia penulisan, sbb aku nak mencuba menulis kot kot boleh bawa perubahan baik dari segi kewangan kat family aku. selain daripada itu, aku juga belajar mengedit tulisan. which is a difficult and tough job too.

malangnya di mana-mana pun uols... kat mana-mana kerja pun, ada diskrimanasi.... sedih. frust. kat mana-mana pun ada orang yang akan mengagungkan manusia berdasarkan sijil collectionnyer... padahal ada kelebihan yang diperolehi @ dianugerahkan oleh Allah kepada orang yang tak berkesempatan untuk belajar tinggi-tinggi.

macam aku ni... Takkanlah aku nak eksen beritahu kat orang yang aku ada kemampuan (means i am confident i can do) untuk mengajar orang buat karangan

DAN mereka dapat keputusan A dalam peperiksaan mereka!

dan hasil dah ditunjukkan pada KERTAS/sijil.

by the way, karangan-karangan mereka tentunya diperiksa oleh orang-orang yang berkaliber di sekolah-sekolah tu. tak mainlah rasuah untuk mendapatkan A dalam bahasa malaysia derrr....

ujian bulanan pun mantop!

tapi segelintir orang yang bertuhankan 'koleksi sijil' ni tak nampakkkk...

sebab apa? aku tak tahu! aku tak paham!

adakah sebab aku tak de penonjolan kat diri aku ni?

ya lah... brasserie pun bukan jenama Victoria secret yang mahal diperagakan oleh peragawati seksi in the world tu kaedahnyer.......

....silakanlah terjun ke sungai dengan labu wahai si luncai....

Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar.

Buat husband, biarkan ayang anje stroberi cupcake blueberri muffin [ni nama manja aku. jangan tiru tauuu] teruskan bekerja dulu, well.... don't know for how long. Untuk saling bahu-membahu mencari rezeki untuk anak-anak kita dan sambil tu memperbaiki taraf kewangan keluarga kita. Moga Allah kurniakan kepada kita rezeki yang berkah dan dihujani rahmat. Aminn ya rabbal alamin.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

9 comments:

mohammad said...

salam ziarah

Nada Lyana said...

Entry yg menarik kak O. Apa yg boleh buat bersabar dan buat yg terbaik walaupun tak hebat macam org itu.

Tihara said...

Insya Allah moga murah rezki maksu nanti :)

miloais said...

nama manja maksu comel lahhhh!~

moga2 maksu berjaya ye..

aNIe said...

Ameen...semoga Allah mengurniakan rezeki yang berkah dan rahmat buat kita semua...

Acik Erna said...

mak su..alhamdulillah..anak mak su dah berjaya untuk melanjutkan pelajarannya ...kita serupa mak su tak ditakdirkan kaya..tapi alhamdulillah dengan keluarga kita..

shasha said...

tak apalah mak su..mungkin belum rezeki lagi tu...kita doakan mak su...aminn...

*oh ya..kita dah reply email mak su...

my baby said...

rasa nk nagis nii baca uwaaaaaa....
saboo jelaa kita KUAT kita KUAT boleh punya boleeeee yey... :P

ct rahani said...

tahniah utk kakak.. semoga terus berjaya.. & semoga Allah terus permudahkan rezeki utk maksu sekeluarga.. amin..