Thursday, December 29, 2011

Bicara hujung tahun

First and foremost, thanks to nananane atas kesudian menjadi follower blog ini.

Terima kasih dgn info yang diberikan untuk entri kesenyapan seekor kambing. aku tak tahu pun yang johnny depp dan anthony hopkins ada sejarah hitam mereka tersendiri. tetapi talking about sejarah hitam, rasa-rasanya every soul in this world ada sejarah hitam.

selain sejarah warna gold, warna autumn, warna winter dan lain-lain. Pakar kaler kata, tahun 2012 bakal menjadi tahun yang berwarna-warni dengan trend pakaian akan menggunakan dalam tiga jenis warna utama as an attraction.

Apabila menulis, kebanyakan yang ditulis adalah sejarah, selain daripada reka-rekaan, imaginasi, khayalan si tukang tulis. adakalanya seorang penulis kena melakukan aksi-aksi spontan dengan fizikalnya untuk mendapatkan idea yang mantap dalam penceritaan, kadangkala akan menangis dan ketawa sendirian.

Kadangkala tak lari dari tema cliche, tidak dapat dielakkan tapi cuba dijauhkan.

Apa yang terjadi sepanjang tahun 2012 ni ya?

Aku berenti kerja, cari kerja, dapat kerja baru. beralih bidang dari blogger jadi editor, dan juga writer... tanpa tauliah dari pihak kesusasteraan rasmi. itu besar sangat dah sedangkan aku ni kecil-kecilan, sekecil kemuncup di tepi seluar kamu, yang biasa ditarik dibuang... huhuhu.

Selamat tinggal 2011 yang mencabar. Selamat datang 2012. Selamat datang... macam manakah rupa tahun baru sebenarnya? apakah tahun baru itu serupa aku? serupa kamu? serupa dia? sesuatu yang tak wujud dalam bentuk warna bau dan rasa tapi dinanti-nantikan. pelik, kan?

Whatever....

Salam mesra,
mak su ceritakosong

p/s : nantikan novel kanak-kanak keduaku, akan berada di pasaran tak lama lagi. Insya-Allah.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

10 comments:

Irfa said...

tahun baru 2012.
anak dara saya bertanya
'betul ke 2012 dunia akan kiamat?'
emm umie jawab kiamat itu pasti tapi itu rahsia Allah.takde sapa pun tahu bila kiamat akan berlaku

ejaMaria said...

2012 bole la maksu sabung belajar... biar ada tauliah dari pihak kesusasteraan... ;p
semoga lebih sukses hendaknya...

Kella said...

tahun baru dah nak muncul lagi..
umur pun makin meningkat..
ada yang belum dicapai... hmm usaha lagi di tahun hadapan.. itu sudah pasti... =)

selamt tahun baru maksu...

atuk said...

Assalamualaikum Mak Su

moga 2012 lebih baik drp 2011
amin

Wassalam

wa khairul onggon said...

Mak Su dah jadi editor? ALhamdulillah tahniah... :)

Tihara said...

selamat thn baru maksu..semuga kita ke sana dgn semangat yg baru :)

MOKCIK AZWA said...

Semoga tahun baru 2012 lebih sukses untuk Maksu..

shasha said...

Tahun baru yang mencabar...

PinQib said...

tahniah maksu di atas segala pencapaian cemerlang maksu di thun 2011, maksu tak nak cube buat novel remaja/cinta keee

PinQib said...

tahniah maksu di atas segala pencapaian cemerlang maksu di thun 2011, maksu tak nak cube buat novel remaja/cinta keee