sebelum meneruskan cerita, saya nak beritahu pemenang nombor BERTUAH BELUM LAGI DITEMUI. Jadi, teruskan singgah ke mari ya :)
Saya nak beritahu, haritu saya sedang mencari bahan untuk bahan cerita terbaru [untuk majalah], iaitu tentang suatu hadis Rasulullah saw. Saya terkenang kepada suatu kata-kata ini yang ramai juga pernah atau telah menyatakannya sebagai hadis Rasulullah saw, termasuklah saya. Saya amat mempercayai kepercayaan saya itu, tetapi pencarian saya itu menemukan saya dengan maklumat bahawa kata-kata itu adalah daripada Saidina Umar al-Khattab.
Iaitu: 'Suruhlah anak-anakmu belajar berenang, memanah dan menunggang kuda.'
Tetapi kata-kata itu, biarpun daripada Saidina Umar, memang merupakan suatu rangsangan dan dorongan untuk orang-orang muda beriadah agar bertubuh badan yang sihat. Mempunyai pandangan yang tajam dan boleh mengendalikan makhluk lain dengan berhemah.
7 comments:
maksu
berenang hobi Sch@
memanah belom penah cuba ..mahal!!
menunggang kuda igallops je kat umah .. heheheheh ..
salam maksu-
haah penah dengar juga pasal hadis ni..
Berenang tak pandai..memanah teringin nak cuba..menunggang kuda..gayat!
berenang dah expert...panah belum lagi...tunggang kuda...lagi la belum... :D
Bila beriadah badan sihat otak pon cergas.
Assalamualaikum Mak Su
semua kosnya tinggi untuk aktiviti ini
Wassalam
Salam maksu... memang pernah dengar pasal hadis tu... dan pernah baca jugak satu artikel ni... yg org yahudi memang mengamalkan aktiviti sukan mcm tu.. wallahu alam...
Post a Comment