Friday, August 19, 2011

Perkabungan

Kabus selimuti daun
dahan, dan
ranting-rantingnya
biarpun tidak menyentuhku
namun
jiwaku serasakan berkabung

mak meninggal bulan 4, abah meninggal bulan 6, kakak yang rapat yang saling berutus surat mengirim sms bertanya khabar bergosip meluah duka berkongsi rasa meninggal di bulan posa, yakni bulan 8. entah bila-bila, masaku kan tiba.

kehidupanku terasa terlalu sunyi kini

apatah lagi, kawan-kawan yang dikenali juga semakin sibuk dalam hal-ehwal mereka sendiri. zaman dah berubah... manusia semakin maju... akhirat semakin mendekat... aku masih begini

hhmm, how about you there? people may not live happily ever after but i wish you all the best ever after. if you come by please stay around for a while, i just wanna tell ya that i am not the person you knew anymore, i am doing something else which i could not share with you when you were around.

been missing you...

al-fatihah

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

20 comments:

pB said...

salam Mak Su


hidup tak selalu tenang ....


moga mak su juga tabah menghadapi apa jua dugaan yang mendatang



amin

shasha said...

Samalah kita maksu.. Jiwa kacau sejak akhir akhir ni

Acik Erna said...

Alfatihah...
maksu masih punya keluarga dan anak2.

anuar said...

salam maksu

alfatihah utk mereka yg telah tiada..maksu masih punya keluarga, anak2 dan kawan2 di sekeliling utk berkongsi suka & duka =)

sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka2 yg pergi dulu dari kita..

Kakzakie said...

Lumrah yg hidup pasti akan pergi
tidak dapat ditahan barang sesaat lagi
izrael taat dan patuh perintah
akan tiba masa kita kena pasrah
hidup kena teruskan juga
walau banyak sungguh pancaroba

Tak sedar rumah mak su dah baru
renovation nak sambut hari raya tu:)

*SiRibenMerah said...

mati itu pasti..

Al-Fatihah buat semua yang telah pergi..

*rindu arwah mama saya*

Mr feckry said...

mati adelah sesuatu yang pasti..

maksu, teruskan cari lailatul qadar, minta keluarga kita yang telah meninggal tergolong dalam ahli jannah

miloais said...

Al-Fatihah...

moga maksu tabah
semua yang berlaku - ada hikmahnya
dugaan dariNya...

~aSFaLiZa~ said...

hope maksu tabah ye. nk raya ni tak mo sedih2 ye

halila Ibrahim said...

yang penting sabar ... mati itu pasti kita pasti melaluinya..cuma x tau bila..

Daddy Ziyyad said...

Al Fatihah..

Bertabah lah Maksu...
Hidup kita ni ialah musafir..org2 yg Maksu sebut tu dah hampir tamat musafirnya...kita bakal menyusul

gadisBunga said...

maksu masih ada kami semua...

eelobor said...

Al-Fatihah jua kepada muslim-muslimat yang telah kembali kerahmatullah

sayangsayangibu said...

al fatihah
pada Nya jua kita kembali kan?
lamabt cepat saja.

kemey said...

tringat arwah atok sy,i'm not there when he left me..

Sha said...

salam maksu:)

al-fatihah utk smua yang tlh meninggalkan kita.

kita kena tabah utk mengharungi hidup ini wlupun sukar, smua itu menguji keimanan kita.

zino said...

hidup perlu di teruskan selagi kita bernyawa... perjuangan tak pernah berakhir....

luahfikiran said...

SALAM,
AL FATIHAH DAN MENDOAKAN SEMOGA ROH MEREKA DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG2 BERIMAN. AMIN

sahromnasrudin said...

al fatihah utk semua muslimin muslimat yang telah mendahului kita ke sana

MOKCIK AZWA said...

Kita pun tak tahu nasib kita..dapatkah lagi bertemu Ramadhan di tahun hadapan..Al Fatihah untuk mereka yang sudah mendahului kita..