Tuesday, July 26, 2011

Hobiku menulis

Salam mesra buat semua followers dan pengunjung blog ini, maaflah, nampaknya tema ceritakosong ini telah menguasai blog. Hi hi hi, blog pulak yang dah semakin kosong.

Di tahun 2006, masa aku mula berblog, dan seterusnya, aku boleh buat entries sampai 2 atau 3 untuk sehari tapi kebanyakan masa, setiap hari mesti ada 1 entri baru. Tapi tak sekarang, kan.... teruks.

Dulu kerja aku hanya tunggu arahan dari encik tali leher, selain dari melakukan tugas-tugas rutin. Tapi sejak awal 2011 ni, aku dah bertukar bidang pekerjaan 360 degree. Macam dangdut pulak!!

Aku dah masuk ke bahagian pekerjaan yang perlukan aku menulis dan melakukan editing setiap hari. Di sini aku perlu terus bergerak kerana aku bertanggungjawab ke atas karier aku sendiri dan keselamatan periuk nasik aku sendiri.

di samping itu, aku dah siapkan 2 buah manuskrip novel kanak-kanak. Novel pertama dah masuk bahagian final untuk persediaan sebelum dicetak. Novel kanak-kanak yang ke-2 ni aku ingat nak mula masukkan ke bahagian layoutlah, kemudian boleh fikirkan gambar decorationnya dan lain-lain. Selain dari itu, aku hendak menyiapkan novel dewasa yang aku dah mulakan sejak 2 tahun lalu, dok tersekat di bentuk skeleton belum dihias dengan kata-kata indah asyik masyuk. hi hi hi [novel dewasa kenalah asyik-masyuk, kan... ehem]

Semua kerja ini memerlukan aku berfikir setiap hari, jadi suka tak suka, blog ini mula diabaikan..... huhuhu. So sad... cry cry.

Walau apa pun, terima kasih the whole world kepada citarasa rinduan dan miloais kerana sudi respon kepada kuiz 'tahap murahan' yang aku sediakan. Maaflah, aku belum mampu nak hadiahkan savings accounts yang bernilai RM250 setiap seorang or at least topup bernilai RM50 setiap seorang. Doakanlah kemurahan rezeki aku dan kejayaan untuk segala usaha-usaha aku untuk mengubah nasibku yang kurang berjaya dari segi kewangan ini ke arah yang lebih baik, ya kawan-kawan.

I love you I love you :D

(cakap dengan gaya mendiang michael jackson selepas nyanyi lagu billie jean not my love)

ta ta

14 comments:

Aku Ibu Muda said...

maksu....dah publish novel nya jgn lupa war2kan ye...sy mesti beli! hihi...

Yan said...

wah beshnye jadi penulis..
yanpun minat.. tp tp tp... ermm ntahla hehe.. tgl angan2 kot


ape2pun semoga berjaya kak...

Kakzakie said...

Sementara menanti novel itu kakak baca dulu majalah comel yg ada di pasaran sekarang.

Good luck maksu:)

shasha said...

Love you too Mak Su!!

shasha said...

Love you too Mak Su!!

rasp said...

jgn lupa inform ye bila novel2 mu siap....

miloais said...

welcome my dear!

iols nak baca lah novel maksu... bila dah publish... bagitau ye!

Acik Erna said...

mak su..insyaallah..

Tihara said...

Insya Allah, Allah sentiasa bersama orang2 yg sabar..saya dapat rasakan kegigihan maksu, sebagai seorang ibu, isteri dan sahabat..semakin ramai teman2 blogger..semakin kagum saya dengan kegigihan kamu semua...good luck maksu :)

Citarasa Rinduan said...

mak su......
mak su..
patutlah lama menyepi..

okey2...
ayu memahami..

jaga diri dan moga sucess novel maksu tu..

ayu tunggu di kedai buku berhampiran ya

sayangsayangibu said...

tahniah maksu semakin hebat...

ummu said...

salam maksu
tahniah maksu ye

makdara TERdiva said...

wah! maksu buat novel..
tak sabo nak tggu nih :D

LiFe KaMi said...

selamat menunaikan ibadah puasa,
semoga ibadah puasa pada kali ini lebih baik dari sebelumnya,
Kejarlah pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT..:)