Tuesday, May 10, 2011

Peraturan baru bas Rapid KL

Hai kawan-kawan,

Anak-anak aku beritahu yang mereka tak boleh lagi menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL untuk ke sekolah pergi/balik, sebab bas tu sekarang or dalam masa 2 minggu ni nak gunakan sistem kad pengenalan pelajar. Ya ke?

Kad Pelajar tu kena dibuat di Pasar Seni. Kalau jalan kaki dari rumah kami di kawasan ulu uluuu uluuuuuu selangor ni, tak tahulah berapa jam nak sampai.

Tidak ada disediakan perkhidmatan buat kad pengenalan bas rapid kl untuk para pelajar di daerah masing-masing yang berkenaan. Betul ke?

Dan kelak kalau tanpa kad pengenalan tu, TAK BOLEH NAIK BAS rapid kl. Wah... dahsyatnya undang-undang baru ni..... Kenapa dengan bayaran 50 sen pergi dan balik tu? Tara untung ka? Kalau macam tu, susah sangat, dengan gaji pekerja, dengan maintenance bas, dengan kenaikan harga minyak di bawah pemerintahan... err..... Well. naikkanlah tambang kepada RM1.00 satu perjalanan. Itu lebih baik dari WAJIB BUAT kad pengenalan pelajar, dan kena dibuat di Pasar Seni, dan aku laki bini bekerja, dan anak aku nak pergi buat dengan sapa? Dan sapa nak jaga anak aku kalau mereka ke KL sendirian untuk buat kad pengenalan pelajar....
..
..
supaya mereka boleh guna bas rapid kl untuk pergi balik sekolah yang jarak perjalanan lebihkurang 30 minit berbas.

!!!

Bukan semua orang mampu sediakan supir dan mobil untuk uruskan hal persekolahan anak.

p/s: i am not laughing, if you may find this posting amusing....

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

30 comments:

Aku Ibu Muda said...

huhuuu...renyah sungguh prosedur nya ye...

Mak Su said...

AIM. meluats kans....

iina said...

Tak leh hantar email tak puas hati kat rapid kl ke? Cubalah mana tau kan

Ummi said...

susah jugak kan mak su

kes ummi pulak, anak ummi naik bus seminggu dua kali aje, sebulan 8 kali, jumlah kena bayar RM55 sebab naik waktu balik, kalau naik pergi balik RM60, untuk 8 kali naik bus kena bayar macam setiap hari naik bus

tapi sebab no choice kan mak su, bayar jugaklah, sebabnya setiap kali time budak sekolah balik, ummi ada kelas :(

hari ni gula naik 20 sen pulak, esok2 kuih naik hargalah :(

Mak Su said...

iina, tq, nanti saya terai

ummi.... dema ingat kita kaya... huh huh huh

gadisBunga said...

depa tau tukaq ja. tau mintak ja. senang ke susah ke nak ikut kehendak depa semata2 nak accomplish benda tu depa tak penah pikiaq~

Rozali said...

Assalamualaikum Mak Su

mereka yg merancang tu orang yg tak pernah naik bas....
dan tak pernah hantar anak ke sekolah, harapkan supir ajer

Wassalam

Maryam said...

maksu,
dia sudah tukar sistem la. orang dewasa kena pakai kad rabbit. bit in, bit out; kata dia. touch n go tapi limited untuk kenderaan awam rapidKL je (star lrt, putra lrt, bas). untuk pelajar, kena pakai kad lain sebab special rate kut.

(nanti nak komplen kat new entry lerrr...)

Cikgu CTE said...

OOO mcm gitu pula yea...kalau orang luar mcm saya nie nak naik cam ne?

shasha said...

Jual kad tuh atas bas tak bole ke? Atau pun kat kaunter2 tiket.. Pelik betul la..

dangarumbia said...

Mungkin tujuannya baik (kena buat kad) tapi caranya tak betul dan menyusahkan... patutnya kena sediakan tempat buat kad, di sekolah contonya... tempat2 yang mudah untuk pelajar pergi.

Miecyber said...

Kesian kepada ibu bapa dan anak anak..

Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011

Aimi dan Pakcik Hashim said...

pengurusan dia x pikir ker atau salah maklumat yg dapat?

KAMATO said...

agaknya mereka nak elakkan pendatang asing guna khidmat rapid kot

mzhany said...

ooo mcm tu pulak eh. mungkin jugak kot taknak bagi org asing guna. rimas sgt kan kalau mereka ni beramai ramai dlm bus. etika tak payah kata laaa....

Mr PenyuBiru said...

nampaknya kena ambil cuti atau time off lah gamaknya.

aNIe said...

Peraturan baru ke? Hmmm...sebab anak akak takde yang nik bas... tu yang akak tak tau...

m i n e r a l . . . said...

macam2...takkan nk buat untung bergnda dgn bdk sekolah kot...aiyakk

Farhan Zulhusmi said...

kenapa mcm tu??
adakah ia menyenangkan atau lagi menyusahkan???
kena buat aduan rakyat nie.....wajib buat....

- GC - said...

apa punya prosedur nih? menyusah kan orang//


*orang yg buat prosedur ni, bkn naik bas pn.. kita2 je naik..

Kakzakie said...

Kakak duduk JB tak ada sistem ini lagi. Huhuhu...

miloais said...

pulak dahhh!
yg setau iols - skang ni kalo nak naik bas rapid - tak bleh bayor pakai duit dah - kena guna kad BIT [kalo tak silap namanya] or guna kad touch n go...
tak tau plak ada peraturan lain utk budak2 sekolah!

haihhhhh!~ makin remeh dan merepek hoccay!

sahromnasrudin said...

assalamualaikum maksu...

saya cadangkan aduan dibuat di biro pengaduan awam

rATu kEBaYA said...

bermacam-macam dah sekarang ni maksu.. semua nak di perbaharui cara dan kemudahan.. tapi tak memikirkan cara tu benar2 memudahkan atau lagi menyusahkan

julietchun said...

lamanya tak pegi pasar seni. kata org kat pasar seni sekarang ramai org asing yg lepak, berhati2 kalau ke sana.

atty's said...

salam maksu..sapa lah yg buat peraturan tu..kan senang kalo pakai online ke..lepastu pos kan kt umah ke..memudahkan semua org kan..

makdara TERdiva said...

betul tu maksu..skrg rapid dah ada sistem kad baru..canggih katanya..

Daddy Ziyyad said...

pelik aja peraturan kad pengenalan ni..

wahida said...

peraturan yg sgt annoying...

Mak Su said...

Terima kasih buat semua yang hadir memberikan pendapat... tak tahulah nak cakap apa..... saya rasa tensi, boring and annoyed.

:(